Fadhilat dan Kelebihan Surah Al-Ikhlas

Share

Ada seorang pembaca blog pakar meminta saya mencarikan info berkenaan dengan fadhilat dan kelebihan Surah al-Ikhlas. Setelah saya belek2 artikel yang saya kumpul selama ini, maka berjumpalah saya dengan info seperti di bawah ini. Hmm, dah alang-alang dapat ni, maka ada baiknya saya kongsikan info berguna ini dengan para pembaca semua. Selamat membaca dan semoga ada manfaatnya. :)

  • Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
  • Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya RasulaLlah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).

  • Sabda-Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
  • Dari Abu Hurairah r.a. – Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”. “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy) “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga..” (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).
  • Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya – dari – pahala seperti pahala syuhada”. Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan” (Riwayat Ibnu Abbas) “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad” itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil a.s.”

Kita dah baca betapa besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca Surah Al-Ikhlas ini. Namun, kalau kita sekadar tahu saja perkara ini tetapi tidak amalkan, maka apalah gunanya. Tersangat rugi besar lah diri kita. Jadi, apa tunggu lagi? Marilah kita memperbanyakkan membaca surah ini. Tapi jangan pula kita hanya pulun baca surah ini, sedangkan surah2 lain kita abaikan. Tak bolehlah begitu yer.

Sekian, selamat beramal. (1411)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

18 thoughts on “Fadhilat dan Kelebihan Surah Al-Ikhlas

  1. Cari dan galilah lagi ‘RAHSIA’ yg terkandung didalam Al-Ikhlas. Bertanya2lah kepada org2 lama (para guru yg haq lagi mursyid). Pandanglah syariatnya sebelum membai’ah tariqahnya & ikutlah apa yg akan dikurniakan Allah kepadamu. Kajilah perkaitan antara surah ini, Surah Al-Fatihah & Kalimah Tayyibah. Kaitannya dgn 7 alam yg disebut2. Kaitannya dgn 7 martabat nafsu. Sedar & insaflah kita Ilmu ALLAH SWT meliputi segalanya.
    “Man ‘arafa nafsahu, faqad ‘arafa rabbahu, man ‘arafa rabbahu fasadul jasad’
    Barangsiapa mengenal dirinya maka mengenal akan Tuhannya, barangsiapa mengenal Tuhannya binasalah jasad. Khazanah Ilmu ALLAH SWT tidak akan pernah habis digali.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  2. salam…subhanallah sebelum ni xth pun kelebihan surah al ikhlas ni…biasanya bc dalam solat je…pas aku bc artikal ni…baru aku th besarnya kelebihan surah al ikhlas ni…thankz bro

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Cuba Isham amalkan baca Surah ini 10,000 kali dalam jangkamasa 3 bulan(100 hari). Kemudian rasakan nikmatnya. Selamat mencuba. Kalau ada apa2 simpan sbg rahsia mu.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Insya-ALLAH, jika kita amalkan dgn penuh keikhlasan dgn niat mencari reda ALLAH, maka rasakan sendiri nikmatnya. Dua nikmat yg paling besar ALLAH kurniakan kepada hamba-Nya ialah ISLAM (AMAL) & IMAN. Renungkanlah apa yg kita perlukan sbg bekalan utk menghadap ALLAH SWT? Pohonkan perkara yg paling berharga di atas mukabumi ini, sudah tentunya bukan harta & bukan takhta tetapi HIDAYAT yg hanya menjadi hak mutlak ALLAH SWT utk memberikannya kpd sesiapapun yg DIA kehendaki. Jadi tanyalah diri kita utk apa kita beramal dgn ilmu kalau bukan utk mendptkn reda ALLAH SWT. Wallahu a’lam bissawab.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    neesah Reply:

    @Man Ibn Rayu Alhaj,

    Ooo Saya faham. Terima kasih. Insyallah akan saya praktik kan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. Alhamdulillah sememangnya menjadi amalan saya untuk membacanya..al maklumla banyak surah yang tak afal…jiwa jadi tenang, rasa dekat dengan Allah, kesedihan pun berkurangan….Terima Kasih Ya Allah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. x ssh sebenarnya bila kita dh biasa
    lebih afdal apabila kita sedekah kpd mreka yg tlh pergi bt slamanya,
    selepas m’baca Al-Fatihah bc pula Surah Al-Ikhlas…
    lama2 ia akan jd ayat lazim dlm diri dan bkn hny utk d sedekahkan
    malah kbaikan dri dunia dan akhirat….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. When you are in a not good position and have no cash to get out from that point, you will need to receive the loans. Because that should help you definitely. I take commercial loan every single year and feel good just because of that.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. Saya sudah lama mengamalkan minum air suam yang dibacakan dengan ayat 4 qul. apa sebenarnya fadilat berbuat demikian?
    sudi kiranya menghantar jawaban ke alamat e-mel saya.
    sekian dan wassallam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam