Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Dosa menganiaya orang lain (Mesti Baca)

January 21, 2011 By: PakarHowTo Category: Kisah Benar, tazkirah

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Seorang sahabat saya (Faizal) telah forward 1 artikel yang cukup memberikan kesan pada hati saya. Saya kongsikan dengan anda.

Kesimpulan yang boleh saya dapat daripada artikel ini ialah, JANGAN SEKALI-KALI KITA MENGANIAYA atau MENJATUHKAN MARUAH ORANG LAIN.

Sebab, dosa menganiaya orang lain tidak akan terampun selagimana dia (orang yang teraniaya itu) memaafkan kesalahan kita.


“Aida & Ina, Tolonglah maafkan aku.”

Pada 14 tahun yang lalu, saya adalah penuntut IPTA di selatan tanah air.

Saya lahir dari keluarga yang berada dan memiliki kereta sendiri. Senang untuk berulang alik dari rumah sewa ke fakulti. Lagak saya seperti pelajar pandai kerana penampilan saya cukup sempurna. Tetapi sebenarnya saya adalah pelajar yang lemah.

Saya mengaburi mata kawan-kawan dengan wang yang saya ada. Hanya untuk mempunyai ramai kawan.

Saya ada tujuh orang kawan di rumah sewa. Tetapi Ina dan Aida selalu menjauhkan diri dari saya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan.

Lagak Ina dan Aida seperti pelajar biasa pergi ke kuliah tetapi mereka pulang rumah pukul 10 malam. Apabila ditanya mereka akan menjawab ke rumah kawan membuat tugasan kuliah.

Akhirnya saya bersama kawan rumah sewa yang lain mengintip mereka berdua. Rupa-rupanya mereka membuat kerja sampingan di kedai dobi.

Saya sebagai ketua dan kawan-kawan lain bersubahat mengenakan mereka berdua. Saya telah merakam pergerakan mereka.

Kemudian saya dan kawan-kawan sebarkan cerita pada kawan-kawan lain di fakulti bahawa Ina dan Aida terpaksa bekerja di kedai dobi untuk menyara kehidupan mereka. Kedua mereka sangat malu dengan kenyataan yang lengkap dengan bukti gambar.

Kesannya kawan-kawan yang lain memulaukan mereka kerana takut diejek pekerja dobi.

Selepas tamat pengajian dengan pengaruh dan dan kuasa yang ada pada ayah dan ibu, akhirnya saya mendapat kerja dan berkahwin dengan jutawan.

Tetapi badai melanda kehidupan. Saya dikurniakan empat orang anak tetapi mereka cacat tangan dan bisu. Anak-anak selalu mengadu kawan-kawan di sekolah selalu mengejek mereka. Saya sangat sedih.

Keluarga saya, suami, mertua serta kawan-kawan mula menjauhkan diri. Saya sangat tertekan. Saya mengambil keputusan untuk menunaikan umrah.

Anak saya tinggalkan kepada pengasuh. Di sana Allah telah tunjukkan pada saya satu ketentuan.

Datang seorang lelaki peniaga tamar menyapa saya supaya berkongsi masalah dengannya. Saya akur dengan permintaannya.

Setelah menjelaskan masalah saya, peniaga terbabit bertanya kepada saya,

“Adakah suatu ketika dulu awak telah menggunakan tangan serta mulut untuk menjatuhkan atau menganiaya orang lain. ” Jika benar pak cik rasa inilah balasan Allah atas perbuatan awak dahulu. Sebab itulah awak dikurniakan anak-anak yang cacat. “

Tetapi awak masih ada peluang untuk bertaubat. Pergilah memohon maaf pada sesiapa sahaja yang awak telah aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan-kawan awak melakukan kesilapan atau tidak.

Awak tidak sepatutnya bercerita keaiban orang pada masyarakat atau orang lain. Selagi masyarakat atau kawan-kawan awak tidak memaafkan, selagi itulah Allah tidak menerima amalan awak,” katanya.

“Ya Allah, inikah balasan Mu terhadapku atas perbuatan menjatuhkan maruah Aida dan Ina dulu.” Hati saya menjerit meronta.

Setelah kembali ke Malaysia saya mencari Aida dan Ina tetapi tidak ketemu.

Maka diruang ini, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Aida dan Ina, pelajar UiTM 1995, atas perbuatan saya menjatuhkan maruah anda berdua dahulu.

Tolonglah maaf kesilapan saya agar saya dan anak-anak dapat meneruskan kehidupan tanpa ejekan atau pemulauan daripada masyarakat sekeliling.

“INA, AIDA, MAAFKAN NATRAH (NED) YA.”

NATRAH BT. NAJMAN (NED)
Menara Jati, Kuala Lumpur

Sumber : Mingguan Malaysia (Ahad) 13 Disember 2009

P/S : Jadi, sama-sama lah kita beringat ya! JANGAN SEKALI-KALI MENGANIAYA atau MENJATUHKAN MARUAH ORANG LAIN. Nanti buruk padahnya!


Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

27 Comments to “Dosa menganiaya orang lain (Mesti Baca)”


  1. minta izin share ea?
    .-= tra´s last blog ..perkara-perkara yang buat kita hilang ingatan dan tumpul minda =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @tra,
    dipersilakan.
    tiada sebarang sekatan di sini.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Sesiapa yg pernah melakukn kesilapan,segeralah bertaubat.Tebuslah dosa-dosa lalu dgn memperbanyakkan amalan seperti sedekah.Sedekahkan pahala sedekah itu kpd org yg pernah kita sakiti andai kita x dpt memohon maaf darinya.Kepada yg pernah disakiti,serahkan org yg menyakiti kita kpd ALLAH.Maafkanlah org tersebut.Percayalah,jika kita memaafkan org,kita akan lebih tenang.Jauhi dari sifat dendam yg umpama api membakar sekam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. Terkedu juga bila membaca kiriman kali ini.Sebaiknya amalkan sedekah dan berdoa agar satu hari anda berjumpa Aida dan Ina.Selebihnya berserahlah kepada ALLAH.Kita manusia hanya mampu berusaha dan berdoa,ALLAH yang penentu dosa dan pahala yang kita buat di muka bumi ini.Moga anda terus bersabar dan bertaubat atas segala dosa yang telah lalu.
    Sifat keterbukaan anda ALLAH juga yang memberi hidayah dan telah banyak manfaat dan kebaikan kepada orang lain yang berkongsi dengan anda.anda janganlah risau sangat,redhalah saja.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    sue Reply:

    @mengkudu,

    setuju….ingatlah segala amalan yang kita lakukan pasti akan menerima balasannya…ini janji Allah kepada kita…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    najihah Reply:

    sangat2 setuju…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. apa sangat best hidup di dunia ini dibandingkan janji ALLAH (JanjiNYA benar) untuk akhirat.sementara masa masih ada kembalilah kepadaNYA.ALLAH sahaja yang berkuasa untuk memaafkan manusia.sebab itulah kita diingatkan agar jangan leka dan lalai dengan belaian dunia yang hanya sementara.ingatan ini bukan untuk orang yang susah di dunia sahaja tetapi ALLAH bersifat adil dan saksama, ia untuk orang kaya dan juga miskin.sesiapa yang bertaqwa dan mengikut perintahNYA tiada lah ada dibeza bezakan seperti mana ganjaran dilakukan oleh manusia kepada manusia di dunia ini.Maha suci ALLAH yang menjadikan dunia dan segala isinya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ina Reply:

    ye…betul tu…Kuasa Allah dan hukum karma…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    mengkudu Reply:

    @ina, sama sama kita beringat sebelum terlanjur buat silap.perpatah orang tua kita apa kurangnya sebagai motivasi agar tidak terlalu sombong di bumi ALLAH.
    Terlanjur perahu boleh ditarik,tetapi terlanjur kata kata buruk padahnya.Baik berpada pada ,jahat jangan sekali.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. semasa saya bekerja di beberapa buah company…
    saya lihat mereka2 yg gagal menjaga mulut dari menyakiti orang lain..
    hidupnya lebih bermasalah dan tertekan….

    Inikan pula menganiaya orang lain seperti artikel diatas.

    Terima kasih en. shukri atas artikel tersebut. Memang berguna dan memberi pengajaran kepada kami semua.. :D

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    mengkudu Reply:

    @Hairul Hissam, saya juga bekerja di pejabat, dan sudah tentu sama juga bercampur gaul dengan ramai kawan berbilang bangsa,berlainan agama dan budaya.Orang yang tidak memelihara lidah dengan baik,memang dibenci orang.Sudah tentu menerima sumpahan setiap hari. Akibatnya hidup susah seperti disimbah timbunan sampah yang lesu.kesimpulannya, biarlah apa yang dikongsikan di sini, menjadi pengajaran buat kita dan anak anak.Itu baru hukuman di dunia yang dapat dinilai bagaimana susahnya di akhirat.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Hairul Hissam Reply:

    @mengkudu,

    Benar tu.. semoga keluarga kita dijauhi dari sifat-sifat ini…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. sebagai peringatam utk diri sendiri..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. Terima kasih atas artikel yang dipaparkan.Satu ingatan untuk kita.janganlah kita angkuh dengan harta dunia yang berbentuk sementara sahaja.banyakkan doa kepada Allah dan kalau boleh buatlah solat hajat semoga anda bertemu dengan kawan anda untuk memohon maaf.semoga anda berjaya.mudah-mudahan anda bertemu dengan kawan anda.insyahallah jika anda ikhlas pasti Allah akan tunaikan hajat anda.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. Assalamualaikum w.b.t.

    Kdgkala, kita menceritakan keburukan seseorang di luar pengetahuannya ….wpon sekadar peringatan, agar sifat itu tidak ada pd diri kita…kerana kita manusia yg lemah… perlu ingat mengingati antara satu sama lain…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. Setiap perkara yang kita lakukan akan di timbal balik dan mendapat balasan di dunia atau pun di akhirat.semoga kita mendapat iktibar dari artikel di atas….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    jamilah Reply:

    Cerita Ned terlalu menusuk kalbu. Allah sayangkan Ned, Allah menyedarkan Ned, Ned telah bertaubat, semuga Aida dan ina memaafkan Ned

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. Cerita ini terlalu menusuk kalbu. Alangkah bertuah nya Ned kerana Allah telah membuka pintu hati untuk bertaubat. Allah sayangkan kita, Banyak-banyak bersabar semuga kawan Ned memaafkan Ned

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10
  11. salam….jadi iktibar….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11
  12. wo shi seha says:

    saya sudah membaca artikel ini di akhbar mingguan tahun 2009. Pengajaran dan peringatan buat diri sendiri dan teman2..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    12
  13. sumaiyyah says:

    Subhanallah…inilah pengajaran yg plu kita ambil iktibar
    Hukum Allah buat baik dibalas baik, dan bgitulah sebaliknya…
    renung2kan sbg peringtan diri sendiri wa Allahualam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    13
  14. di dunia terlampau banyak kes penganiayaan..semoga Allah taala membalas segala dosa yang dilakukan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    14
  15. adakah dikatakan menganiaya orang jika menyebabkan suami isteri bercerai?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    15
  16. Semuga Puan berjaya menjejaki 2 sahabat anda tersebut.
    Cuba cari dalam facebook/friendster atau sunber2 lain..sesungguhnya usaha anda yang tidak henti2 untuk mencari 2 rakan anda tersebut merupakan satu ujian Allah untuk melihat kesungguhan puan.Wallahuallam..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    16
  17. minta izin download & copy artikel dlm blog tua..
    Jazakallah khoir

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    17
  18. me,myself and I says:

    subhannallah…takut nya…saya pun selalu buat orang yang bukan2…umpat dan megeji,,,, Ya Allah ampunkan la aku!!!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    18
  19. R.Sabrina says:

    minta izin share

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    19


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11