Dosa berganda di facebook

Dosa berganda di facebook

Kita sering salahkan orang lain sebab membuka aib, kelemahan dan keburukan diri kita. Kita cukup marah dan geram bila kelemahan kita diwar-warkan.

Namun, kita terlepas pandang, kadang-kadang kita sendiri yang memapar perlakuan buruk kita kepada masyarakat.

Ketahuilah, di antara faktor terbukanya aib diri kita ialah dengan ber”mujaharah”, yakni terang-terangan melakukan dosa.

Rasulullah sollallahu’alaihi wasallam bersabda (yang bermaksud) :

“Semua umatku diampunkan dosa mereka kecuali orang yang secara bermujaharah iaitu terang-terangan berbuat dosa dan yang termasuk dalam mujaharah adalah seorang yang melakukan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa tersebut. Kemudian dia berkata: “Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu.” Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tetapi pada pagi hari dia sendiri telah membuka sendiri akan dosa tersebut.” (Bukhari dan Muslim)

Telah berdosa atas maksiat yang dilakukan, ditambah lagi dengan dosa menzahirkan perbuatan maksiat itu.

dosa facebook

Sebagai contoh maksiat yang dizahirkan ;

Dengan berkata “wehh, kau nak tau tak, semalam aku keluar dating dengan makwe aku…”

Begitu juga dengan komen cintan cintun dengan pasangan (yang belum sah) di laman sosial seperti FB. Ini dilarang!

((Nota)) Begitu juga komen manja-manja, sayang-menyayang yang dizahirkan di facebook oleh pasangan yang sah (suami-isteri). Ini juga menyalahi adab! (Harus dihentikan kerana ia bukan akhlak orang mukmin).

Amalan menzahirkan perbuatan maksiat @ dosa adalah amat membahayakan, kerana ianya boleh menjadi punca ikutan oleh pihak lain. Ia akan menjadi rantaian dosa yang berpanjangan.

Larangan menjadi punca kepada perbuatan dosa ada dinyatakan dalam hadith Nabi sollallahu’alaihi wasallam :

“Sesiapa yang menunjukkan satu jalan keburukan (dan menjadi contoh buruk) maka baginya dosa perbuatannya tersebut dan dosa orang-orang yang mengikuti akan perbuatannya itu.” (mafhum hadith)

Semoga Allah menutupi kekurangan kita dan semoga kita menjaga kain kita daripada terselak..

Ayuh mari perbanyakkan amal ibadah. Semoga dengan itu terhapus dosa-dosa dan kesilapan kita.

Tulisan Ustaz Muhammad Izzan dengan sedikit olahan kata oleh PHT.

Mesej dari PHT :

Kita tulis yang baik-baik saja lah di facebook. Sentiasa fikir dulu sebelum tulis atau share apa-apa. Kerana setiap kata-kata, tulisan, komen dan perbuatan kita dihisab dan dipertanggungjawabkan di ‘sana’ nanti….

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(544)

1,376 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(2)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam