Doa supaya anak jadi orang alim

Soalan :

Bagaimana untuk mendidik anak agar tak mempunyai perasaan hasad dengki?

Jawapan :

Kita boleh lihat perangai hasad dengki sejak kecil lagi dalam kalangan anak-anak apabila mereka berebut barang, tak mahu mengalah dan sebagainya.

Untuk elakkan anak dari sifat-sifat yang tidak baik dan supaya anak menjadi lebih faham, alim dan berilmu. Boleh usaha terapikan anak dengan doa yag Nabi sollallahu’alaihi wasallam bacakan kepada Abdullah bin Abbas radhiallahu’anhu iaitu :

Doa untuk anak lelaki

Allahumma faqqihhu fiddin wa’alim hu takwil

Doa untuk anak perempuan

Allahumma faqqihha fiddin wa’alim ha takwil

Maksudnya :

“Ya Allah Ya Tuhanku, berilah kefahaman agama kepada anakku, dan ajarkanlah padanya ilmu takwil (penafsiran Al-Quran)”

Sumber Rujukan :

Rasulullah sollallahu’alaihi wasallam pernah bersabda untuk Ibnu Mas’ud radhiallahu’anhu :
“Sesungguhnya dia (Ibnu Mas’ud) pentalkin (pengajar, pembimbing) yang mudah difahami.”

Dan untuk Ibnu Abbas, Baginda sollallahu’alaihi wasallam bersabda ;

“Ya Allah, jadikanlah dia (Ibnu Abbas) faham terhadap agama ini dan ajarkanlah dia ta’wil (penafsiran Al Qur’an)”

Lihat Kasyfu al-Qina’ : 62, Shahih Bukhari 4:10, Muslim 2477 dan Ahmad 1:266, 314, 328, 335.
2. Tafsir Jalalain : 257.
3. Tafsir Jalalain : 307.
4. Tafsir Aisar at- Tafasir 3 : 566.
5. Tafsir Aisar at- Tafasir 4 : 290.

Para ulamak berkata, berkat doa Nabi sollallahu’alaihi wasallam, Abdullah bin Abbas radhiallahu’anhu telah menjadi Qadi pada umurnya 13 tahun.

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(2071)

4,985 total views, 5 views today

Share Button
BAGUS(3)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam