Doa Melembut Hati Suami

Doa Melembut Hati Suami

doa lembut hati suami

Zikir (menggunakan nama-nama Allah) ini elok dia amalkan oleh isteri-isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut :

  • Yaa ‘Aziz
  • Yaa Jabbar
  • Yaa Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan pada suami. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak dan hembuslah ke arah suami dengan niat agar hati suami menjadi lembut dan penyayang.

Boleh juga dibaca dan dihembuskan pada tapak tangan dan letakkan tekapkan pada dada suami. Niatkan supaya mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

Atau boleh juga zikir dan hembus pada air, kemudian beri suami minum (dengan niat yang sama).

Zikir atau doa ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak.

Selain zikir di atas, boleh juga amalkan membaca doa ini :

“Wahai Allah, lembutkanlah hatinya (suami atau anakku) sepertimana Engkau lembutkan besi.”

Doa dan zikir (bertawassul dengan nama-nama Allah) ini cuma usaha dan tawakkal kita untuk memohon bantuan Allah agar melembutkan hati orang yang kita sayang. Kerana hanya ALLAH yang mampu mengubah hati-hati manusia.

Wallahua’lam.

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(3057)

6,839 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(8)TAK bagus(1)

2 Komen on “Doa Melembut Hati Suami

    • Saya tak pernah amal dan tak pasti keberkesanannya.
      Tapi yang pasti,
      amalan ini adalah zikir mengingati Allah dan berharap pada bantuanNya.
      Ia dinilai sebagai satu ibadah dan taqarrub pada Allah.

        (Quote)

      BAGUS(1)TAK bagus(1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam