Doa elak malas, rasa dukacita, tertekan, dan elak kedekut

Share

Anda selalu berasa malas? Anda ada masalah sering berkeluh kesah dan berasa dukacita? Anda ada sifat penakut dan kedekut? Anda mengalami tekanan hutang dan dizalimi orang lain?

Saya mencadangkan agar anda dapat hafal dan amal doa di bawah ini.

Doa nya tidak panjang mana. Semua orang boleh hafal dan amal.

Bacalah doa ini setiap kali lepas solat. InsyaAllah, semoga dengan doa yang kita baca secara istiqamah (berkekalan) akan dimakbul kan oleh Allah Ta’ala.

Berikut adalah doa elak daripada perasaan malas, rasa keluh kesah, dukaciti, sifat kedekut dan penakut dan elak alami daripada tekanan hutang.


doa-elak-malas

Maksudnya : “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”

Keterangan:
Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a. bahawasanya pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang sangat miskin bernama Abu Umamah. Siang dan malam dia tinggal di masjid, sehingga Rasulullah pun mengetahui perihal keanehan-keanehan pada diri Abu Umamah itu, dan kemudian beliau memanggilnya seraya menanyakan sebab-sebab dia bersikap demikian.

Abu Umamah menerangkan kepada Rasulullah s.a.w. tentang kesedihan dan kesusahan yang menyebabkan ia tidak betah tinggal di rumah, kerana akibat banyaknya hutang yang tidak dapat di bayarnya.

Mendengar pengaduan Abu Umamah, Rasulullah s..a.w. merasa hiba lalu beliau berkata kepadanya: ”Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat dan amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Tuhan akan melenyapkan kesedihanmu dan dan memberimu kelonggaran? Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca doa diatas, sedang Abu Umamah mendengarkannya dengan baik.

Abu Umamah membiasakan membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu siang dan malam dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya.

Selang beberapa hari, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah berkurangan, makin lama makin berkurang dan akhirnya hilanglah sama sekali dan terbukalah alam fikirannya untuk mendapatkan usaha yang baik.

Dia akhirnya menjadi usahawan yang besar, sehingga hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya, dan bahkan dia menjadi orang yang kaya raya.

InsyaAllah, sama-sama lah kita amalkan doa ini untuk mendapat kebaikan dunia akhirat. (1384)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

8 thoughts on “Doa elak malas, rasa dukacita, tertekan, dan elak kedekut

  1. tima kasih en. syukri atas amalan tersebut..
    saya juga ingin berkongsi satu lagi tips untuk
    menghilangkan rasa malas, keluh kesah dari
    pengalaman saya sendiri.
    Caranya mudah dengan mendengar ayat alquran.
    sye beli cd alquran, saya dengar .. mmg byk perubahan
    pada diri saya.. tapi kalo dapat baca dan memahami maknanya lebih baik kan.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. insyallah…
    kita amalkan sama2

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    yana Reply:

    tq…insyaallah akn sy amalkn=) berwudhuk, berwirid dan mengaji juga dpt membantu utk menenangkn fikiran yg kusut dan tekanan…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Pakar howto,

    terima kasih kerana berkongsi maklumat beserta kisah nabi ni.

    Apa yang saya boleh kongsikan. Bukanlah untuk riak, tapi untuk berkongsi dgn rakan2 blogger di sini.

    Saya amalkan doa ini dah lama. Sejak saya di tingkatan 1 lagi.
    kehebatan doa ini yang dapat saya rasa pada diri saya ialah :

    “saya x malas untuk mencari ilmu”

    - saya sanggup berlenguh bahu untuk melakukan sesuatu.
    -Jika berhutang walaupun RM1, saya rasa gelisah. (maksudnya: kita rasa nak bayar pada pemiutang walaupun nilainya kecil)
    -Orang lain nampak aura kerajinan pada diri kita tapi sebenarnya kita tidak perasan ttg perkara itu.
    -Saya rasa lebih murah hati untuk bantu orang (tak kedekut) dalam apa je perkara. ..

    Mudah2an ianya berterusan.

    p/s: rakan2… Amalkan selalu doa ini sampai kita tua sama ada selepas sembhyang atau di mana saja..

    Pahamkan maksud doa, dan ketika berdoa, niatkan dalam hati guna bhse melayu. Allah maha Mengetahui..

    P/ps: admin blog, ada doa tuk hilangkan marah x? kongsikan? hehe

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam