Doa berkesan untuk hilangkan migrain @ sakit kepala

Share

Sebelum ni aku ada kongsi dengan korang 1 doa @ amalan untuk mudah bangun Tahajjud. Tak perlu jam loceng, tak perlu set alarm. Kalau amal baca doa @ surah tu, insyaAllah memang mudah sekali untuk bangun tengah malam. Siapa yang terlepas untuk baca entri  yang lepas tu, boleh baca disini.

Dalam entri ni pulak, aku nak kongsi dengan korang, 1 amalan yang dapat menghilangkan sakit kepala atau migrain. Kesian aku tengok kawan-kawan aku, ramai yang mengadu kata diorang selalu sakit kepala. Termasuk la bini aku. Kerap benar dia kena migrain. Nak-nak pulak, masa tengah mengandung anak ke-2 kami ni.

sakit kepala @ migrain

So, kepada yang selalu sakit-sakit kepala. Kepada yang asyik migrain jer. El0klah amalkan doa @ ayat Quran seperti diterangkan dibawah.

Aku dapat doa @ ayat-ayat ni melalui satu ceramah di Radio IKIM, yang disampaikan oleh seorang Syeikh Arab (yang aku tak ingat nama dia apa…huhu).

Doa Hilangkan Migrain @ Sakit Kepala

Amalannya ialah, sila baca 4 ayat terakhir surah al-Hasyr (ayat 21, 22, 23 dan 24)  setiap kali sebelum tidur. Semasa membaca ayat-ayat ini, tangan hendaklah diusap-usapkan pada bahagian kepala. Dan niatkan dalam hati, dengan keberkatan ayat-ayat Quran ini, Allah akan menghilangkan sakit kepala @ migrain.

fadhilat ayat terakhir surah al-hasyr

Menurut Syeikh Arab tu, ada banyak lagi kelebihan atau fadhilat ayat terakhir surah al-Hasyr ni. Tapi antara yang paling berkesan dan mujarab  ialah untuk menghilangkan sakit kepala atau migrain. Amalan ni memang diketahui dan terkenal di Madinah.

Syeikh Arab tu kata, ada hadith Nabi SAW yang membuktikan bahawa ayat-ayat terakhir surah al-Hasyr ni memang istimewa. Seperti dalam sabda Nabi SAW yang bermaksud ;

“Sesiapa yang membaca ‘auzubilla  hissami’ul alim minas syaitanirrajim’ 3 kali, diikuti membaca tiga ayat yang terakhir daripada surah al-Hasyr, nescaya Allah akan menghantar kepadanya 70,000 malaikat khusus untuk berselawat (berdoa) kepadanya hingga pagi. Jika dia mati pada hari itu, maka dia mati syahid”. (Hadith Nabi)

Bayangkanlah, ada 70 ribu Malaikat yang dihantar khusus oleh Allah untuk berdoa kepada kita, kalau amalkan membaca ayat terakhir surah al-Hasyr ini. Subhanallah.

Jadi, kepada korang yang selalu sakit-sakit kepala atau migrain tu, sila lah amalkan membaca doa pengasih ayat terakhir surah al-Hasyr ni sebelum korang tidur (caranya seperti yang diterangkan diatas).

Aku doakan semoga sakit kepala @ migrain korang akan hilang. Aamiiin.

(4253)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

5 thoughts on “Doa berkesan untuk hilangkan migrain @ sakit kepala

  1. terima kasih atas info ini. ada lagi byk ayat yg boleh dibaca utk skit kepala.blh juga diamalkan ayat dr surah ai waqiah iaitu ayat 19. baca ayat ini sambil letakan tgn atas kepala tapi seblm baca ayat ini baca dulu surah al fatihah,selawat sifa br baca ayat ini insyaallah. kena yakin dan mohon pada Allah. insyaallah amin….

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. salam, baru ingat ayat diatas elok juga diamalkan bagi sakit kanser.kalu boleh hafalkan dan baca setiap lepas solat untuk mengelak sakit kanser atau untuk mengubatinya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam