“Doa Akhir Tahun & Awal Tahun” -Ma’al Hijrah-

Share

Doa Akhir Tahun
( Dibaca selepas solat asar)

Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.

Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.

Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

——————————————————————————————-
——————————————————————————————-

Doa Awal Tahun
( Dibaca selepas solat maghrib )

Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

(1456)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

30 thoughts on ““Doa Akhir Tahun & Awal Tahun” -Ma’al Hijrah-

  1. Salam,

    Tuan, adakah doa akhir dan awal tahun satu urusan agama.
    Boleh saya tahu dari mana sumber doa ini dipetik.

    Terima kasih.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @A Jalil,
    Salam,

    Tuan, doa adalah sangat digalakkan dalam Islam.
    Hanya orang yang sombong dan angkuh saja yang tidak mahu berdoa kepada Tuhan.

    Sumber doa? Saya tak ingat saya ambil di mana,
    tapi yang pastinya, ia adalah doa yang baik yang
    mendapat pengiktirafan ulama2 dari ahlussunnah wal jamaah.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Salam,

    Maaf semasa saya budak-budak (tahun 60an) dulu tidak pernah pun ada majlis baca doa akhir & awal tahun. Mungkin masa itu mereka belum jumpa hadisnya. Kalau pun jumpa sekarang mereka kena beri sumbernya seperti Sahih Bukhari atau Muslim dsb.
    Memang tidak dapat dinafikan bahawa doa sangat penting dalam hidup seorang Muslim.
    Kawan saya ada tanya anaknya yang berada di Madinah mengenai doa akhir & awal tahun. Anaknya kata ada tapi tidak dapat beri sumbernya.
    Kalau ada mestilah ada sumbernya supaya orang ramai boleh merujuk kepada perkara tersebut. Tidaklah dikatakan kita main ikut-ikut saja.
    Juga kalau sepakat ulamak mengatakan ada, maka ada sesetengah negara adakan majlis tersebut dan ada yang tidak mengadakannya. Kalau begitu tidak sepakatlah namanya tu.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 2

    [Balas Di Sini]

    Jebat Reply:

    nak berdoa pun susah.. banyak sangat soal.. doa jelah.. kalau dah bagus sangat carilah sendiri rujukan dan sumber nak sangat di rujuk tu.. lahoilawalakuwataila nauzubillahminzaliq..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. assalamualaikum.
    ni pendapat sylah.
    bila bckp psl doa bagi saya kita berhak berdoa & patut berdoa.sumber doa?xlah jd isu cz yg penting isi doa & kita fhm doa itu.doa ini meminta jd if kita sndr pakai bc jer (arabic) x fhm pun x guna juga w/pun dr sumber apa skalipun.mcm sy kt fhm dan tahu apa yg kita minta & mestilah perkara yg baik2 + positif.sumber doa x lah isu.minta maaf ini hanya pendapat saya shj.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. salam. bg sya…doa adalah amalan yg baik dan amat d tuntut. segala yg baik itu datangnya dr Allah. jd x perlu lah d pertikaikan asal usulnya. semoga Allah terus marahmati umatNya yg kerap berdoa padaNya. 

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Jebat Reply:

    Entahlah saya rasa yang mempertikaikan doa akhir dan awal tahun ni bukan seorang Islam rasanya, kalau dia tak percaya pd doa akhir dan awal tahun kenapa dia masuk website ni.. mgkin dia bukan sorang Islam, yang hanya nak memesongkan akidah dan kepercayaan orangn Islam tentang doa.. fikir2kan..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. entahlah banyak sangat soalannya.. saya sokong kata2 dari tuan2 yg berfikir.. entahlah nak doa pun susah.. yg penting kita tahu maksudnya.. saya risau yang bertanya tu bukan seorang yg memesongkan akidah dan kepercayaan kita..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. Entah2 yang banyak soal dan bertanya itu bukan seorang Islam.. Yang hanya nak memesongkan akidah dan kepercayaan kita orang Islam.. tentang doa Maal Hijrah.. kalau tak nak berdoa dan nak mencari doa akhir dan awal tahun kenapa dia masuk mebsite ni.. fikir2 kan..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. begini.. bukan masaalah doa tu tak baik. secara umumnya mmg doa itu sangat baik lah. sedangkan solat itu pon dinamakn doa keseluruhannya..
    cuma pada saya apa yang saurada A Jalil cuba katakan..adakah terdapat Hadis Shahih dari Rasullullah yang menetapkan setiap kali maal hijrah nak kena baca doa awal tahun dan doa akhir tahun ni.
    di sini lah timbul lah masaallah.. dan doa yang dikhususkan ini yang kita bincangkan sekarang, bukan masaalah doa secara umum.
    secara jelas, saya katakan disini, sesungguhnya doa awal tahun dan akhir tahun ni adalah tambahan dalam agama. dan tidak sabit dari rasulullah, shabat, tabiin, tabi tabiin (salaffus soleh).
    sedangkan tahun hijrah pon mula pada zaman Khalifah Umar Al Khattab, dan beliau mahupun sahabat ketika itu tidak mengadakan atau menyuruh membaca doa khusus maal hijrah yakni doa awal dan pembukaan tahun ini.
    kami bukan nak memecahbelahkan umat. tapi mahu semua kembali bersatu. jauhkan diri dari segala bidaah (tambahan dalam agama)
    walaupon doa itu baik, tetapi kerana bukan amalan, ajaran as salaffus soleh, maka ianya adalah bidaah. kalau ianya baik, maka mereka dulu lah akan mula, tak paha gagah nak tunggu zaman kita nih.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Ariff Reply:

    @Ahady Rezan,
    salam..tidak semua bid’ah sesat sedara..kalau kira mcmtu tiadalah sambutan Maulidur Rasul sebab zaman Khalifah2 dulu tak buat pun sambutan Maulud Nabi..doa ni kan ke jalan kebaikan supaya memtranformasikan diri kita kepada jalan yang baik dari sebelumnya…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @Ariff,
    berdoa itu sangat digalakkan,
    tak kira apa jua jenis doa,
    so, jangan risau…berdoa lah banyak2.
    insyaAllah….tak bidaah.

    yang tak bagusnya ialah orang yang tak berdoa,
    dan asyik mencari kesalahan @ membidaah kan orang lain.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. Daripada awal tahun dan akhir tahun kita tak buat apa dan lebih malang dop buat kerja lagha baiklah kita membaca doa…
    Mengambil berkat di awal kerja kita untuk tahun itu. Awal tahun sudah dimulakan dengan doa semoga tahun ini penuh dengan amalan soleh..

    Kalau tak nak berdoa tak payah la bising. doa memang sangat2 digalakkan. itulah senjata umat Islam…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. Takkan doa pun nak pertikai???

    Kalau isu tasbih dan baca doa berjemaah tu dipertikaikan aku masih boleh terima sebab memang khilaf besar sekarang antara golongan muda yang nak sangat back to basic sampai anggap semua bid'ah masuk neraka (memang ada hadis jadi aku tak berani bangkang tapi aku tak bersetuju dengan cara back to basic ni sangat) dengan golongan ulama yang dah berusia.

    Ini doa akhir awal tahun pun jadi isu?? Agak2 la bro.

    Tak nak berdoa jangan buat bising. Jangan halang orang lain berdoa. Kalau pon ko tak ada niat nak halang orang berdoa… soalan ko tuh dah subconsiously membawa kepada keraguan.

    Kalau doa akhir awal tahun tak boleh… kiranya kalau aku doa minta rezeki Allah swt sebab nak beli rumah tak boleh lah?? Bid'ah tu.
    Bagus back to basic ni.. tapi aku tgk di UUM golongan back to basic ni yg memecah belahkan Islam sampai angkat kerusi nak pukul orang tu sebab baca doa ramai2 lepas sembahyang. Agak-agak la bro.
    Isu orang tak pakai tudung yang masuk status dosa besar tak dibangkitkan sangat.. tapi isu doa, tasbih dan sebagainya dibangkitkan sampai seolah-olah lebih berdosa daripada tidak memakai tudung. Perhatikan topik yang lebih penting dulu…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 2

    [Balas Di Sini]

  10. Aku tak tuduh sesiapa wahabi atau apa-apa…

    Tapi dibanyak tempat, aku lihat yang banyak bawa penekanan back to basic ni semua golongan muda. Tak hairankah?
    Golongan ulama dulu memang boleh kita tuduh cakap ikut tradisi.. macam isu baca doa tu.. mmg dalam Kitab Al-Umm Imam Syafie sendiri dah cakap tak galakkan baca doa secara kuar beramai-ramai (doa hendaklah di sirr kan).
    Aku terima point itu.
    Tapi golongan-golongan ini terlalu menekankan isu bid'ah secara melampau-lampau. Kalau kalian nak buat macam tu boleh… tapi jangan pakai elektrik. Jangan pakai kereta. Jangan guna internet. Semua itu bid'ah.
    Jangan jaga sangat bid'ah sedangkan solat jemaah pun tak jaga. Jaga yang wajib dan amalan khusus yang penting macam tahajjud dan solat jemaah dulu. Otherwise kalian sendiri akan rugi kelak. Boleh jadi isu bid'ah dimaafkan Allah swt kelak tapi sebab kalian semua fokus sangat pada bid'ah itu dan ini… maka kalian terlepas daripada tahajjud dan solat jemaah.
    Isu kritikal umat Islam lebih banyak lagi sedangkan isu bid'ah ini sipi sahaja. Fikir dalam-dalam sebelum buat semua ini. Aku sendiri dah tengok macam mana satu koleh di UUM berpecah dua hanya sebab isu bid'ah jer. Pihak A cakap lepas solat baca doa senyap. Pihak B menegakkan. Last-last gaduh.
    Orang kafir tengok gelak.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 2

    [Balas Di Sini]

  11. One last point.
    Kalau bid'ah yang kalian nak haramkan itu umpamanya macam melompat terkinja-kinja sambil zikir nama Allah dan Saidina Ali r.a… itu aku terima.
    Kalau nak kata bid'ah umpananya aktiviti nyanyian nasyid yang guna muzik bergetar.. itu aku terima (dari dulu memang aku tak setuju.)
    Kalau nak kata bid'ah umpamanya amalan berdoa ramai-ramai lepas solat.. itu aku terima sebab memang aku terganggu nak doa sangat tak berapa boleh. Itu pun aku tak bangkitkan sebagai isu.. sebab aku sedar banyak isu lain yang jauh lebih kritikal. Isu murtad.. isu tak pakai tudung.. isu couple. Know our place and what's important right now.
    Tapi kalau doa.. benda baik.. nak kata tak elok.. memang aku tak boleh terima. Maaflah kawan tapi aku memang tak setuju. Dah agak lama dah pendam.. tapi ini pertama kali aku terjumpa orang yang mempersoalkan ibadat doa. Memang aku tak boleh blah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. Assalamualaikum.

    Org Melayu mmg cepat sensitif kalu disentuh bab adat. Termasukla amalan2 yg dah dijadikan adat. Saya suspek most of them melenting bukan disebabkan soal BIDA'AH…tetapi lebih kerana dipersoalkan ADAT diorang membaca doa tu.

    Mintak maaf, saya takleh terima bila org kata jgn dipersoal niat, yg penting amal. Dalam Islam, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA, tanyalah mufti mana2 pun.

    Doa mmg bagus. Nabi Muhammad S.A.W sendiri menyuruh kita sentiasa berdoa, Allah sendiri menyuruh kita sentiasa berdoa padaNya. Tapi apa jadi kalau doa tu disebabkan niat yang salah?

    Perlu difahamkan, apa yg bro Ahady dan few others persoalkan itu bukan lah perbuatan doa itu sendiri. Yg jadi isu, adalah sebab musabab kita beramai-ramai baca doa awal tahun sebab ADA ORANG KATA nabi suruh. Itulah point sebenarnya! Contoh, bila Nabi tak kata, org Melayu kata Nabi kata, benda tu jadi bida'ah. Pasal hukum dan akibat bida'ah boleh research sendiri la, banyak kat internet.

    LAGI SEKALI POINT SAYA IN CASE MASIH ADA YG SALAH PAHAM: Baca lah doa apa pun masa awal tahun ka, akhir tahun ka, tak salah, mmg Nabi menyuruh kita sentiasa berdoa…TAPI, jgn kata amalan baca doa Maal Hijrah tu amalan Rasulullah, takdak bukti! ( Refer rancangan Tanyalah Ustaz semalam pagi, kebetulan ada soalan sama dari penonton )

    Aku sendiri banyak dosa, banyak buat benda bida'ah dan lagho. Pelan2 aku cuba kikis mana yg aku tahu salah. Dan aku tak pernah nak melenting kalu ada org kata aku salah. Kita kena kaji dulu kebenarannya, dan kalau terbukti kita salah, susah sangatkah nak mengaku " Yes I am sorry, I am wrong.."?

    Sama macam amalan baca Yasin malam jumaat, mmg bagus baca yasin kalau niat nak beribadah semata-mata pada Allah, tapi bila disertakan fahaman baca malam Jumaat tu AFDHAL, tu yg ramai tanya mana hadith dan nas yg membenarkannya?

    Aku sedih tengok sikap org Melayu, bila ada org tegur kesilapan, bukan nak kaji dan admit, ni siap dicapnya org yg cakap tu sbg Islam Munafik. Na'uzubillah……

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. Pada aku benda jadi salah hanya apabila ada yang anggap wajib, Nabi SAW suruh atau mesti buat!! Apa-apa amalan tidak salah pada aku selagi pengamalnya tak kata "Aku ikut Nabi SAW buat ni…" atau dia kata "Korang tak baca doa Maal hijrah ni berdosa tau tak?" Kalau dia kata macam ni… aku sendiri personally tampar dia.
     
    Misalnya… solat subuh di sebuah kampung. Kalau x baca doa qunut diorang beranggapan solat tidak sah. Itu bid'ah yang aku tolak.
    Aku dulu macam tu jugak. Dah sampai ke tahap gaduh dengan Imam sebab bawak keluar kenyataan lepas solat jangan baca doa kuat-kuat. 'Sirr' kan.
    Tapi lama kelamaan aku nampak. Aku nasihat sorang pakcik tua cakap: "Pakcik.. pakcik guna biji tasbih ni bid'ah. Jangan buat pakcik. Ada hadis… sahabat Nabi SAW sepak biji batu yang dijadikan tasbih. Dalil saya tak ada tapi saya agak ingatlah pakcik."

    Pakcik tu cakap apa? "Oh macam tu ya. Kalau begitu susah nak buat baik.. lebih baik pakcik sambung minum arak di Danok macam malam-malam sebelum ni."
    Sampai hari ni aku tak pernah nampak pakcik itu di masjid tu dah.
    Perihal doa maal hijrah.. memang tak ada sesiapa dalilkan sanad sahih dari Nabi SAW atau mana-mana sahabat. Itu doa. Selagi aku tak dengar orang jatuh hukum kata haram kalau tak baca doa tu… selagi itu aku takkan kata salah. Buatlah. Jadi salah bila masuk kes macam surau tu… imam lupa doa qunut.. terus diorang pakat solat lain.
    Selepas beberapa ketika… aku perhatikan patern. Kita golongan macam ini suka sangat persoal amalan-amalan yang dibuat.
    Jom kita tengok dan fikirkan satu situasi.
    Kalau kita ketengahkan bahawa bacaan Yaasin setiap malam Jumaat itu bid'ah.. dan masyarakat bersetuju ia bid'ah.. ko rasa berapa ramai betul-betul faham konsep bid'ah itu dengan betul. Silap haribulan… daripada elok2 baca Yaasin setiap malam Jumaat.. terus tak baca langsung Al-Quran. Kita tanya pakcik kenapa tak baca Al-Quran? Dia jawab: "Relaklah dulu… kan Nabi SAW pun tak buat malam-malam jumaat tu?"
    "Habis selama ni pakcik baca ok jer? Sebab apa pakcik baca? Bukan kerana Allah swt ke?" Pakcik itu jawab.. "Oh.. itu sebab semua orang pakat buat ramai-ramai.. jadi majlis.. pakcik rasa lembut hati nak ikut. Untuk keredha'an Allah swt."

    Dia balas balik ckp kalau buat sorang dia malas. Tapi bila baca ramai-ramai di masjid dia mampu dan sanggup.
    Lepas itu persoalan ko boyarque… isu ni takkan muncul kalau terang-terang ada point-point di atas cakap penulis doa cakap ini semua berasal dari Nabi SAW. Nak share pasal point of view ini kena berhikmah. BERHIKMAH!
    Bukan masuk blog terus bedal tanya: "Dari mana dapat dalil doa ini? Adake sanad dan sebagainya?" Ini offensive? jangan jadi macam anak murid pendakwah masuk kampung nak tegur orang sembah ketua kampung. Ko tau dia kata apa?? "Wahai penduduk kampung… sesungguhnya ketua kampung ini penipu besar!! Tuhan hanya Allah swt."

    Ko tau apa jadi lepas tu? Ketua kampung gelak lepas tu cakap: "Siapa yang memukul orang ini sekali pukulan akan dijamin masuk syurga!" Separuh mati pendakwah muda tu kena.
    Dia balik jumpa tok guru dia… tok guru dia kata: "Ikutlah aku.. akan aku tunjukkan cara yang lebih berhikmah."
    Diorang pergi balik kampung tu… dan this time tok guru dia tunggu sampai ketua kampung tu habis selesai berucap dan disembah. Lepas tu tok guru tu bangkit dan terus berkata: "Ketahuilah… dia adalah benar. Siapa yang dapat mencabut walau sehelai bulu sekalipun daripada tubuhnya akan dijanjikan Syurga insya'Allah."
    Penduduk kampung masuk frenzy… semua serbu tuhan palsu tu. On the spot tuhan palsu tu surrender separuh mati mengaku salah silap dia. Dia mengaku pada semua dia tuhan palsu. Dan waktu itu juga penduduk kampung sedar dan seluruh kampung kembali kepada ajaran yang sebenar.
    Ni nak cakap… kalau nak bangkitkan isu ini… buat cara elok sikit. Masuk blog orang paling tidak tulislah:
    "Bagus amal doa-doa ini.. tapi kena pastikan niat betul. Sebab doa ini bukan lah sesuatu yang wajib atau sunnah Nabi SAW. Tapi bagus amalkan.. jom baca sama-sama."
    HIKMAH sikit. Ko nak tegur orang sukati ko la. Tapi jangan tuduh Melayu itu ini tak boleh terima teguran BILA CARA TEGURAN PUN DAH TAK KENA TEMPAT. Ko agak-agak kalau aku tengah zikir dengan biji tasbih (bid'ah ni) dalam rumah aku… ko masuk tiba-tiba cakap aku berdosa. Aku marah tak? Rasa-rasa apa aku buat kat ko lepas tu? Kemudian bila ko kena pukul dengan aku ko pergi cakap kat orang aku tak boleh terima teguran kesilapan.
    Aku tanya balik satu soalan jer… betul ke cara teguran tu?
    Jangan jadi macam golongan pendakwah.. nampak bebudak muda main bola kat padang bola time azan maghrib terus dia sound: "Assalaamualaikum… kalian tahu tak kalian masuk neraka? Tahu tak azab neraka tu pedih?" Memang kena pukul dengan geng2 bola tu. Lepas tu geng2 bola tu lagi menjauh dari masjid.
    Nak tahu cara dakwah seorang pakcik arab ni (tak ingat negara mana.. dia demonstrate and highly effective). Mula-mula dia join diorang main bola seminggu. Tapi setiap kali dah nak maghrib dia undur diri. Dia tak ajak terus. Tapi cukup seminggu.. tetiba satu hari dia bersuara: "Apa kata.. kita berhenti sekejap saja.. kita solat sebentar. Boleh kah?" Nak tahu apa jadi? Maghrib malam tu penuh sampai surau blok tak muat.
    Jaga tahajjud bro.. jaga jemaah.. pelajari mendalam dan insya'Allah ko akan nampak isu bid'ah dan adat ni dengan lebih berhikmah. Teguran pun berhikmah. Bukan main serbu lepas tu tuduh orang gemar melenting.
    Scan betul-betul setiap post di atas. NONE OF THEM ADA MENTION CAKAP NABI SAW SURUH. Take this into account dan ubah suai approach kalau still nak ketengahkan isu bid'ah dan adat.
    Kita memang nak elak soal bid'ah. banyak timbul isu adat dan kesilapan mcm solat subuh yang aku cakap tu.
    Tapi bro.. ingat ni satu.. Jangan sampai disoal Allah swt di akhirat kelak : "Kenapa engkau menjauhkan hambaKu dari beramal kepadaKu?"

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 4 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  14.  

    Cipan, betullah apa kau cakap. aku sokong. dakwah kena lah berhemah, maaflah aku salah. cara aku tak betul..aku akan usaha untuk memperbetulkan cara aku.
    mari lah kita teliti dan baca dibawah:
     
    perkara yang berlaku dizaman sahabat:
    kata Al Iman ad Darimi yang meriwayatkan dari Amru ibn Salamah menceritakan satu peristiwa.
    Amru ibn Salamah ni Tabiin. yang berguru dgn Abdullah Ibn Mas'ud.
    "Kami tunggu di pintu Abdullah Ibn Mas'ud(seorang sahabat nabi yang fakih, alim agama) sebelum subuh.
    kami akan berjalan bersama dgnnya ke Masjid. sebelum itu, datang pula Abu Musa Al Ashaari(juga seorang shabat nabi). Kemudian keluar lah bila dia keluarlah Abdullah Ibn Mas'ud, Abu Musa Al Ashaari berkata pada Abdullah Ibn Mas'ud:
    Abu Musa Al Ashaari: Aku tadi tgk di Masjid ada satu perkara yang aku rasa tak puas hati tetapi aku tak tgk melainkan perkara itu baik, alhamdulillah baik. tapi aku tak setuju.
    Abdullah Ibn Mas'ud: Apa benda perkara itu?
    Abu Musa Al Ashaari: Kalau kau hidup, sat lagi kau tgk. Aku tgk di masjid tai, sebelum sampai ke sini, ada satu
    kumpulan dok buat bulatan(halaqah) dok tunggu waktu sembahyang. Mereka nih ada batu-batu kecil di tangan mereka dan di tengah bulatan tu ada tekong(kepala) sorang. Tekong tu akan kata.. semua Tasbih 100 kali.. ramai ramai, bersama. Selesai tasbih, Tekong tu akan kata.. semua Tahlil 100 kali.. ramai ramai, bersama. selesai tahlil..Tekong tu akan kata.. semua Takbir 100 kali.. ramai ramai, bersama.
    Abdullah Ibn Mas'ud: Apa kau kata pada mereka?
    Abu Musa Al Ashaari: Aku tak kata apa, kerana aku nak tunggu pendapat kau, dan aku nak tunggu perintah kau.
    (ini kerana Abdullah Ibn Mas'ud ni lebih paham, lebih fakih dalam urusan agama)
    Abdullah Ibn Mas'ud: Kenapa kau tak kata, suruh mereka ambik batu tuh pi kira DOSA mereka sendiri, dan kemudian jaminlah bahawasanya tuhan tidak akan silap dalam perkiraan pahala mereka.
    kemudian mereka pun teruskan berjalan mengarah ke masjid.
    kemudian setelah sampai Abdullah Ibn Mas'ud berdiri di salah satu halawah yang mereka dok buat tuh.
    katanya:
    Abdullah Ibn Mas'ud: Ape benda yang aku dok tengok korang dok buat nih?
    Kata mereka(yang dok buat halawah tuh: Dgn batu ni kami dok kira Tasbih, Takbir dan Tahlil.
    Abdullah Ibn Mas'ud: Kenapa tak ambik batu tuh kira DOSA korang semua. dan aku jamin bahawasanya pahala kamu tidak akan hilang. Celaka kamu wahai umah Muhammad, mengapa begitu pantas kamu melakukan tambahan dalam agama(bidaaah) sedangkan sahabat sahabat nabi masih ramai lagi, baju baginda pon belum buruk, bekas minum nabi pon belum pecah. (maksudnya Nabi baru saja wafat) tapi kamu sudah menambah menambah urusan agama? Apakah kamu berada diatas petunjuk lebih daripada pentunjuk Muhammad? ataupon kamu membuka/pembuka pintu kesesatan.
    maka terkejut mereka di situ. sedangkan pada mereka hanya berzikir. adalah perkara baik.
    Kata mereka(yang dok buat halawah tuh: Wahai Aba Abdul Rahman (Abdullah Ibn Mas'ud), kami buat nya tujuan kami baik, niat kami baik. kami tka buat ini melainkan kerana kebaikan.
    Abdullah Ibn Mas'ud: berapa ramai orang nak kan kepada kebaikan, tetapi tidak menepatinya. 
    maksudnya, kamu nak buat baik, tapi tak ikut pentunjuk Nabi. Kami tak pernah tgk Nabi buat perkara sebegini.
    *lihatlah bagaimana sahabat amat teliti dan memelihara dalam urusan dan amat takut dalam tambahan dalam urusan agama supaya exactly cara yang dirunjuk oleh Rasullulah.
    bab kata kalau sibuk bidaah itu, bidaah ini. jgn lah sampai kata tak payah pakai kereta, jam , rumah sebagainhya.. ini adalah perkara tambahan bidaaah yang bukan dalam urusan agama.. mmg amat digalakkan orang Islam hebat dalam urusan dunia. 
    kita bicara bab bidaah, tambahan dalam agama. bukan urusan dunia. tlg lah perhatikan betul betul..
    assalammualai'kum

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    hamba allah yg daif.. Reply:

    @Ahady Rezan, salam smua

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @hamba allah yg daif..,
    salam hormat ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ali Reply:

    nabi tak buat nabi tak larang jadi percangahan pendapat antara sahabat ,ulama

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @ali,
    yaa setuju
    tiada tegahan dari nabi SAW
    jadi terpulang pada masing2 untuk amalkan

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  15. assalamualaikum smua.dh2la brbntah2 dlm soal agama.tguran dn bncg tu elok tp klu dh smpai cmni x elokla.kejatuhan islam di cordoba spain krne ilmuwan dan ulama d sana brbntah mengenai agama.so,steady ye kwn2.mmg btl cipan kau ckp psl tgur cara brhikmah.tp aku x stuju kau kondem psl pndakwah.aku x sokong sape2.kau tau knp nabi muhammad saw ckp ”klu ade nabi slps aku,umar la yg paling layak.”sbb ktgasannye dn kbraniannye mnegur manusia.ade 73 golongan.satu je msuk syurga,ahli sunnah wal jamaah.ape definisi sunnah wal jamaah?mereka yg mengikuti sgle prlakuan nabi hgga akhir hyt.wlupn bnde tu baik,bidaah ttap bidaah.jd utk elak bnde ni,researchla ape yg nabi buat.kite akn dpt minum telaga nabi kt pdg mahsyar klu kite ikut sunnah nabi wlu ckt pn.dn utk duk syurga yg sme dgn nabi.ni kjayaan plg bsr utk umat yg ikut sunnah.jd fkir2knla.salam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @hamba allah yg daif..,
    waalaikumussalam

    pada aku, kita tak perlu lah nak bertengkar
    hal2 yang furu’ macam ni.

    Nabi SAW dah galakkan kita berdoa,
    tak kira pada masa bila pun kita dianjurkan utk memperbanyakkan doa,
    Nabi SAW juga tak pernah larang kita berdoa di akhir tahun @ awal tahun,
    jadi, apa salahnya doa akhir/doa awal tahun ni?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  16. Selagi hal seperti itu jadi perbincangan yang memakan banyak waktu, kapan kita sempat berfikir dan mengangkat tangan buat saudara2 muslim kita yang fakir, miskin dan butuh buah fikiran kita. Kalau itu bukan maksiat kenapa harus di bid’ahkan. Yang berpesta2 itu yang bid’ah. kalian iniseperti anak play group yang baru kenal huruf saja
    matur nuwun. Mohon di maafkan jika pahit di hati

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  17. MUharram bukan bulan nabi berhijrah, doa awal tahun/akhir tahun juga bukan dari nabi SAW, fadhilatnya palsu dan ianya bukan hadith. Kalender hijrah diasaskan pada zaman Umar RA, bukan zaman nabi SAW dan tiada sambutan diadakan termasuk baca Yassin 3 kali, doa awal tahun/akhir tahun. Buatlah apa yang disuruh bukan menambah amalan agama yang tak disuruh !

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam