Doa agar isteri, suami atau anak menjadi taat kepada Allah

Share

Ramai para pembaca blog ini menghantar email kepada saya mengadu masalah yang pelbagai. Paling banyak ialah email berkaitan masalah rumahtangga.

Para isteri menghantar email mengadu tentang suami mereka. Suami tak solat, suami ego, suami panas baran, suami tak tunai nafkah dan macam-macam hal lagi.

Ada juga suami yang hantar email meminta jampi @ doa pengasih untuk lembutkan isteri yang suka melawan.

Manakala, para ibu ayah pula, hantar email minta diajarkan doa yang dapat melembutkan hati anak-anak mereka yang tak dengar kata.

Pendek kata, ada macam-macam permintaan yang diajukan kepada kami di PakarHowTo ini.

Semua ini, pada saya, menunjukkan institusi kekeluargaan di Malaysia sedang mengalami masalah-masalah yang begitu kritikal.

Rumah-rumah kini sudah tidak lagi menjadi ‘syurga’ buat suami/isteri. Konflik dan pertembungan suami isteri berlaku setiap masa dan ketika. Hingga kedua-dua suami dan isteri tidak lagi merasa bahagia. Hiduplah mereka penuh tertekan dan kecewa.

Bagi yang ada anak, lain pula masalahnya. Ramai anak yang degil dan tak mahu dengar kata. Pantang ditegur, pasti dibalas dengan kata-kata keras dan menyakitkan jiwa. Ibu bapa merasa gagal tunai tanggungjawab dan hampa tidak terkata.

Mengapa semua ini terjadi? Di mana silapnya? Apakah jalan penyelesainnya.

Jadi tidak hairanlah, kami menerima pelbagai email aduan itu dan ini.

Tolonglah ajarkan saya satu petua atau doa yang dapat menyelesaikan masalah saya…! Saya dah buntu dan tak tahu nak buat apa!

Itulah antara luahan dan permintaan yang biasa kami terima.

Untuk makluman semua, PakarHowTo bukanlah pakar kaunselor atau problem solver. Kami sekadar berkongsi ilmu @ info yang ada saja. InsyaAllah setakat yang kami boleh bantu, kami bantu.

Baiklah, bagi menunaikan beberapa hajat @ permintaan dari pembaca blog ini, saya kongsikan 1 petua atau doa yang sangat-sangat baik untuk diamalkan. Doa ini ialah supaya pasangan anda (suami atau isteri)  atau anak-anak anda menjadi seorang yang taat kepada Allah.

Kalau suami @ isteri @ anak anda keras kepala ker, ego tinggi ker, malas (atau tak mahu) solat 5 ker, maka saya sangat-sangat menyarankan kepada anda untuk amalkan membaca ayat di bawah ini sebagai doa dengan istiqamah (secara berterusan).

surah ar-rum ayat 31

Maksudnya:

“Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertakwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik.” (Surah Ar Rum:Ayat 31)


Cara mengamalkannya ialah :

  1. Baca lah ayat ini (sebagai doa) sebanyak 33 x setiap kali selepas solat dan mohonlah hajat anda kepada Allah Ta’ala.
  2. Boleh juga dibacakan ayat ini dan ditiupkan ke dalam air minuman. Kemudian, air tersebut diberi minum kepada pasangan (suami/isteri) atau anak anda.

InsyaAllah, yakinlah, dengan kemuliaan dan keberkatan ayat al-Quran yang anda amalkan sebagai doa ini, pasti mustajab dan meninggalkan kesan positif.

Wallahu’alam.

(1618)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

10 thoughts on “Doa agar isteri, suami atau anak menjadi taat kepada Allah

  1. Beramal dan bertaqwa; dan menjauhi perbuatan yang haram lagi mungkar adalah panduan paling mudah diingatkan.InsyaALLAH hidup di dunia dan akhirat akan
    selamat.Semoga kita bersama golongan yang sentiasa mentaati perintahNYA.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. apa doa untuk lembutkan hati ibu supaya mengubah keputusan nyer agar tidak menetukan jododh untu anaknya…..tolong la….sy buntu…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. masallah rumah tangga ini sebenar nye datang dari kite, pertama ego, kedua amalan kite, kalau ister bercakap kasar dng suami, anak anak akan ikut kasar, kalau suami kasar dgn isteri anak2 pun ikut, kalau kita cakap lemah lembut, sopan, menghormati org, terutama ibu bapa kita, anak anak kite akan ikut, ini pengalaman saya, adik saya pernah marah bapa saya depan anak dia, pada satu hari anak dia marah dia, dia kata dah pandai marah mama, anak dia kata yang mama marah atok tu boleh, so sebagai pengajaran kalau kita hormat suami, org tua kita, jiran kita, anak2 kita dan pemimpin kita, anak2 akan hormat kita so rumah tangga akan aman damai anak2 akan ikut apa yang kita buat. wallahualam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    herna Reply:

    tq,atas info sye copy gamba dan doa,smoga mdapat keizinan..syukran..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam