Kisah disebalik hantaran al-Quran
Kisah ini khusus ditujukan khusus kepada mereka-mereka yang ada niat untuk menjadikan al-Quran sebagai hantaran perkahwinan. Sama-samalah kita fikirkan dan muhasabah diri yer.

Bacalah kisah ini dan fahami lah mesej yang ingin disampaikan dari kisah ini.
Hantaran Perkahwinanku Senaskah al-Quran
“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ…
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar RadSurah Ar Ra’d
“Apa benda nih ” detik hati Nabil.
“ Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA… RIII..!! ” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ad.
“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa ’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu..
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.
Peringatan buat semua…
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.
Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.’
Sekarang, tepuk dada anda, tanyalah pada diri, berapa minit kah masa yang anda peruntukkan dalam satu hari untuk membaca al-Quran?? 5 minit? 10 minit? Setengah jam? Atau kita hanya baca Quran seminggu sekali? Sebulan sekali? Atau setahun sekali masa bulan puasa saja? Di manakah kita? Sekian, semoga kita dapat memperbanyakkan bacaan al-Quran dan mengamalkannya.

Artikel lain yang best-best...
Email Artikel Ini Kepada Kawan2














Bagus sekali artikel nie. Saya dah lama perhatikan kawan2 ofis saya terutamanyer, berebut2 beli Quran/Tafsir yg cantik2, mcm nak berlawan2 antara satu sama lain, tp bila tanya dah baca sampai surah mana, suma cuma tersengih jer..
Ikutkan hati nak aje saya forwardkan artikel ni pada diorang.
[Balas Di Sini]
1Memang kisah benar dan selalu berlaku dalam masyarakat hari ini. Tanda bahawa Al-Quran bukan lagi untuk difahami isinya tetapi sekadar untuk hiasan di rumah-rumah, hantaran kahwin dan sebagainya. Muhasabahlah diri kita masing-masing.
[Balas Di Sini]
2Sejak mengikuti ceramah seorg Ustaz yg mengesyorkan “bacalah AlQuran setiap hari walaupun sebaris ayat, kemudian fahami maknanya, kamu akan rasa hasilnya, Insya-Allah” saya amalkan apa yg disyorkan hingga ke hari ini. Hasilnya, dari sebaris ayat saya rasa tidak puas, akhirnya sekurang2nya baca 1 muka sehari dan baca tafsirnya sekali (10-15 minit je), Alhamdulillah, ketenangan sukar digambarkan.
[Balas Di Sini]
3Moral of the story…
Jangan ketawakan si Nabil tu.. Adakah kita sama mcm si Nabil tu ke……. atau kita lebih baik dari si Nabil tu….. Kalau kita lebih baik dari si Nabil tu Alhamdulillah…….
tapi kalau kita sama atau lagi teruk dari si Nabil tu… Renung-renungkan diri kita dan untuk diri saya jugak. Muhasabahkan diri dan fikirlah sendiri… tengah pening lalat belajar tajwid ni… tolonggg sapa2 yang tau buku tajwid yang paling mudah untuk difahami.
[Balas Di Sini]
suzimarini Reply:
October 21st, 2009 at 7:56 pm
@neesah,
Salah Neesah, Saya mmg boleh ngaji sejak kecil tp tajwid tak berapa bagus. Seorang Ustaz cdgkan supaya saya beli buku Qiraati Rasam Othmani (bersiri 1-6) & mula memperbaiki Tajwid dari awal. Bila dh bertambah ilmu saya beli Mushaf Tajwid dan saya sgt berpuashati dgn Tajwid saya buat masa ini. Jgn tinggalkan mengaji AlQuran, Insya-Allah bacaan & pemahaman kita semakin mantap.
[Balas Di Sini]
neesah Reply:
October 21st, 2009 at 9:44 pm
@suzimarini,
As salam, suzi
Terima kasih……. Buku Mushaf Tajwid tu mcmana, tulisan sapa ye… warna apa buku tu…. nak pi beli kat kedai… hujung minggu ni ada ujian tajwid
[Balas Di Sini]
suzimarini Reply:
October 23rd, 2009 at 7:05 am
@neesah,
Salam Neesah, aturan tajwid yg lngkap adalah Qiraati Rasam Othmani tu. Mushaf Tajwid terjemahan Sheikh Abdullah Basmeih (milik sy warna merah hati - mngkin ada warna2 lain jg tp kndungannya sama) ada dijual di DARULFIKIR, 329B, Jln. Abdul Rahman Idris Off Jln Raja Muda, KL. Harga masa beli dulu RM120.00. Insya-Allah kalu Neesah kunjungi kedai buku ni, kita akn dpt buat bnyk pilihan buku2 tajwid & yg berunsur agama Islam. moga brjaya.
[Balas Di Sini]
bagus betul ni, dulu ada jugak orang tegur tak bagus sebenarnya bagi Al-Quran untuk hantaran.. tapi tak pulak di cerita secara detail kenapa.. dah ada info ni, nanti boleh le explain pada adik2 yang ada hajat nak kawin..
[Balas Di Sini]
5Kalau kat rumah macam2 ayat suci yg cantik berukiran digantung kat dinding tapi sebagai hiasan saja, rasanya tak ramai yg baca ayat suci kat dinding tu. biarpun 1 naskah Al-Quran yg ada tapi kita baca selalu itu lebih bagus.orang Islam kat Kemboja dan Myanmar lagi susah , disana susah untuk mendapatkan Al-Quran. 1 naskah kongsi ramai2.
[Balas Di Sini]
6Begitulah kehidupan manusia hari ini. Itu baru bab membaca sbg amalan harian. Belum lagi bab mengkhatamkan ALQURAN sekurang2nya 2X setahun. Dan apabila mengkhatamkan ALQURAN, Rasulullah SAW akan menghentikan bacaan pada akhiran Muflihun dlm surah ALBAQARAH. So, itu maknanya Kita dituntut membaca terus Kalam Allah. Bila pula kita nak menghafaz ayat2 suci tersebut. Cuba tanya pd diri kita, brp byk surah yg dah kita hafaz? Ada tak kita mohon kpd ALLAH SWT supaya diberi mudah utk menghafaz ALQURAN. Dan adakah kita sudah amalkan kehendak ALLAH SWT yg terkandung didlm ALQURAN. Sedangkan itulah Akhlak Rasulullah SAW, so renungkanlah, sudahkah kita ambil contoh suri teladan daripada keperibadian Nabi SAW utk kita berjaya didunia &akhirat.
[Balas Di Sini]
7Bagus cerita pasal Al-Quran ini, ia memberikan saya satu panduan yang amat berguna sekali.
Ustaz saya ada memberi tahu bahawa jadikan Al-Quran sebagai surat
cinta yang dikirimkan oleh Allah melalui Nabi Muhammad SAW ke umatnya yang amat dikasihinya untuk dijadikan panduan dan amalan dalam hidup seharian. Bayangkan kalau kekasih kita menghantar surat cinta kepada kita, kita akan bacanya berulang-ulang kali kata ustaz. Jadi kata-kata ustaz ini saya jadikan panduan bagi diri saya untuk membaca Al-Quran setiap hari.
[Balas Di Sini]
8assalamualaikum….berpesan-pesanlah kita atr 1 sme lain…. jdi kn pengajaran agar al Quran itu bukan hiasan, jika al quran dijadikan hantaran semate2 krana keindahan hiasan kulitnya sme lah umpama kita mengindahkan masjid hanya untuk hiasan mata cantik dipandang tetapi sunyi dr kunjungan umat manusia…..wallahuallam….
[Balas Di Sini]
9