Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Archive for the ‘Tips’

Tips keluarga bahagia

June 01, 2010 By: PakarHowTo Category: Tips

Ni ada satu lagi artikel mengenai “Tips keluarga bahagia” yang saya kira sangat baik untuk kita ambil manfaat daripadanya.

keluarga bahagia

  • Bersama-sama bersolat jamaah , bersama-sama menimba ilmu ALLAH…berdoa bersama2…mengikuti majlis agama dan ilmu bersama..selalulah pergi ke masjid bersama-sama..Jika mendapat ilmu yang bermanfaat, berkongsi lah dengan isteri dan anak2
  • Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, dan beriadah bersama-sama….
  • Galakkan isteri tidur di atas lengan suami…
  • Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan….
  • Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri….
  • Isteri yang romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya….
  • Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan selagi tidak salah di sisi ALLAH…
  • Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga….
  • Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu dan berdoa pada ALLAH, agar diberi ilham untuk menyelesaikan secara baik…

(more…)

Tips untuk jadi lebih bersemangat dan bermotivasi setiap pagi

May 25, 2010 By: PakarHowTo Category: Tips

Mari kita baca artikel ini untuk meningkatkan motivasi dan semangat di pagi hari, insyaAllah.

ceria dan bermotivasi

ceria dan bermotivasi

Perkara terbaik (9 perkara ) yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

  • 1. Bangun dari tidur dengan mengingati dan bersyukur kepada ALLAH

Bermohon doa kepada ALLAH agar ALLAH bantu kita mendekatkan diri padanya. Semoga ALLAH beri ketenangan dan kekuatan serta semangat untuk kita terus bersemangat melayari hidup hari ini.

  • 2. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

  • 3. Tekad Bermotivasi. Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya kerana ALLAH dan dengan izin ALLAH.

Ambil masa untuk berzikir kepada ALLAH dan baca beberapa ayat al-quran atau hadis serta artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

  • 4. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

  • 5. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan dari ALLAH. Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang, insyaAllah.

(more…)

10 Ikatan Untuk Membina Keluarga Bahagia

May 21, 2010 By: surihati_ku Category: Tips

Salam sejambak bunga untuk semua yang sudi singgah di sini. Harap-harap anda semua dalam lindungan dari Yang Maha Esa.

Setiap insan yang telah berumahtangga tentu akan mengimpikan sebuah mahligai yang indah dan membahagiakan bukan. Mana ada orang yang nak berkahwin sekejap dan putus cerai talak begitu sahaja melainkan jika itu sudah kententuan dari Maha Pencipta. Kata orang kita mampu merancang namun segalanya mungkin boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Itu semua adalah ujian dan bahagian masing-masing dalam meniti sebuah kehidupan di dunia ini.

Waktu-waktu begini Suri lebih senang untuk menceritakan hal-hal kekeluargaan dan hubungan dalam rumahtangga sebab Suri yakin di luar sana masih ada yang tercari-cari tips atau petua untuk membahagiakan keluarga masing-masing.

parents

Bagi Suri tidak kiralah sebanyak manapun, selonggok, seikat, selambak petua.. tip..tricks jika disajikan pada anda namun anda sekadar membacanya sekadar ingin tahu sahaja terus untuk apakah tujuan ilmu itu dicari? tapi bukankah ianya akan menjadi lebih baik sekiranya anda manfaat ilmu tersebut dengan mengaplikasikannya di dalam mengemudi rumahtangga anda. Ilmu yang baik elok di manfaatkan selalu. Manakala ilmu yang kurang baik dijadikan pengajaran sempadan.

Baiklah Suri tidak ingin membuang masa lagi apakata kita ramai-ramai semak apakah 10 Ikatan Untuk Membina Keluarga Bahagia Anda ??

(more…)

Tips bagaimana untuk elak rasa bosan

May 16, 2010 By: PakarHowTo Category: Tips

Anda mudah berasa BOSAN? Tak tahu macammana nak kurangkan rasa bosan? Cuba baca 5 tips yang saya kongsikan di bawah tu. Mungkin dengan melakukan tips tersebut mampu mengurangkan rasa bosan anda. Siapa tahu kan? Tak cuba tak tahu…

rasa-bosan2

  • Tips 1 : Mulakan hari anda dengan positif

Bagaimana untuk jadi positif? Untuk jadi positif, minda anda dulu mesti dipositifkan. Maksudnya, anda tak boleh berfikiran negatif. Tanamkan betul-betul dalam hati dan minda anda bahawa anda adalah seorang yang sentiasa berfikiran positif. Lawan semua perasaan bosan dan moody anda. Usah terlalu ikutkan perasaan. Jika anda berasa bosan, cuba senaraikan apakah yang menyebabkan anda bosan. Apabila anda senaraikan, anda akan dapati bahawa, sebenarnya TIADA SEBAB untuk anda berasa bosan. Jadi kenapa nak membosankan diri??

  • Tips 2 : Buka mata, buka minda dan buka hati

Jangan kecilkan ruang lingkup pemandangan dan pemikiran anda. Cuba ajar diri untuk lebih menghargai masa dan persekitaran anda. Buka mata seluas-luasnya, lihat persekitaran dengan penuh rasa kesyukuran atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Lihatlah lagak manusia yang pelbagai, lihat haiwan-haiwan yang bermacam jenis, lihat tumbuh-tumbuhan yang menghijau dan menyegarkan, lihat bangunan-bangunan yang hebat dan mencakar langit, lihatlah alam ciptaan Tuhan yang maha hebat itu. Bukankah semua itu sangat unik dan menghiburkan? Rasailah kemeriahan alam, syukuri apa yang ada dan nikmatilah hidup ini.

(more…)

Tips bagaimana untuk memperbaiki iman dan amal

May 11, 2010 By: PakarHowTo Category: Tips

Pagi tadi saya ada terima satu email yang meminta saya berkongsi pandangan bagaimana untuk memperbaiki iman dan amal. Berikut adalah email yang beliau kirimkan kepada saya.

Salam. Macam mana nak perbaiki iman..?? Iman saya teramat lemah, tuan.
-Assya-

cara perbaiki iman

Berikut adalah beberapa tips yang sempat saya fikirkan…

Kalau nak perbaiki iman, kita kena ambil kira perkara berikut ;

(more…)

Tips untuk rasa lebih tenang

April 18, 2010 By: PakarHowTo Category: Tips

  • Untuk rasa lebih tenang dan tenteram, berhentilah berharap pada orang lain. Sebab kalau kita berharap pada orang, nanti kita akan kecewa apabila harapan kita tu tak ditunaikan.
  • Kita ni memang biasanya suka sangat meletakkan harapan dan berhajat pada pertolongan orang, terutamanya apabila dalam kesulitan.
  • Ini silap besar. Islam tak ajar kita berharap pada makhluk.

bantulah saya

  • Islam menyuruh kita hanya meletakkan sepenuh harapan pada Allah. Sebab hanya Allah lah yang dapat membantu kita.
  • Setiap hari, kita berikrar dalam solat setidak-tidaknya 17 kali mengatakan “Hanya kepada Allah kita sembah, dan kepada Allah sajalah kita mohon pertolongan.”
  • Habis, apa perlunya lagi kita berharap dan meminta bantuan daripada manusia lain? Sedangkan manusia itu pun berharap pada Allah juga.

(more…)

Tips menduduki peperiksaan dengan tenang

April 11, 2010 By: PakarHowTo Category: Tips

Saya baru saja menduduki Peperiksaan Khas Untuk Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 (atau lebih dikenali dengan exam PTD) pada hari semalam (10/April/2010). Saya tidak pasti adakah saya boleh lulus atau tidak. Namun, saya telah cuba untuk buat yang terbaik dalam peperiksaan itu, walaupun persediaan yang dibuat tidak mencukupi. Apa-apapun, saya berdoa semoga Allah meluluskan saya untuk pergi ke tapisan kedua nanti. Amin.

Sempena musim exam ni, saya rasa ada baiknya juga saya menulis 10 tips bagaimana untuk menghadapi peperiksaan dengan tenang tanpa berasa tertekan. Saya memang amalkan tips ini, dan alhamdulillah berkesan pada diri saya.

Berikut adalah tips-tips nya ;

  • 1. Tidur awal

Tidurlah awal pada malam sebelum peperiksaan. Tidur yang mencukupi penting supaya badan dan otak kita segar pada keesokan harinya.

  • 2. Bangun awal

Cuba bangun seawal mungkin pada pagi hari peperiksaan. Bangun, mandi dan tunaikanlah solat sunat 2 raakat. Solat sunat apa-apa pun boleh. Sunat taubat ker, sunat hajat ker, atau sunat tahajjud pun boleh dilakukan. Doa dan minta pada Allah supaya mempermudahkan kita untuk menjawab soalan.

  • 3. Baca surah Yaasin

Abah saya kata, Surah Yaasin adalah ’surah yang memudahkan’. Sebab itu kalau orang sakit tenat digalakkan untuk kita baca surah Yaasin supaya kalau ajal nya sudah sampai, maka mudahlah roh nya untuk keluar dari jasad. Jadi, siapa yang amal membaca surah Yaasin pada pagi hari, InsyaAllah, dengan keberkatan surah ini, semua kerja-kerja kita selama satu hari tu akan dipermudah dan diselesaikan.

Jadi, peruntukkan sedikit masa untuk baca surah Yaasin, setidak-tidaknya pada hari kita nak menduduki peperiksaan. Baca dan niatkan dalam hati supaya Allah bantu kita.

  • 4. Telefon ibu

Doa ibu bapa untuk anak adalah sangat mustajab. Telefon lah ibu/bapa kita sebelum menduduki peperiksaan. Minta maaf pada mereka kalau-kalau kita ada buat dosa dengan mereka. Minta mereka doakan kejayaan kita. InsyaAllah, dengan berkat doa ibu/bapa, Allah pasti beri kejayaan pada kita.

  • 5. Pergi ke tempat peperiksaan lebih awal

Pastikan diri kita tiba di tempat peperiksaan setidak-tidaknya 15 minit lebih awal dari masa peperiksaan bermula. Ini bertujuan untuk mengelakkan kita daripada menjadi kelam kabut sekiranya kita terlewat.

Saya pernah melihat seorang calon yang sampai lewat ke dewan peperiksaan. Memang kelam kabut dan huru hara dibuatnya. Saya lihat dia termengah-mengah, berpeluh dan nampak kusut pada wajahnya. Sedangkan pada masa itu, orang lain dah bersiap sedia dengan tenang di tempat duduk masing-masing untuk menjawab soalan. Dia pulak, memang nampak kelam kabut dan tidak tenteram. Dalam keadaan begitu, adakah anda rasa dia boleh menjawab soalan peperiksaan dengan baik??

Jadi, sila pastikan diri kita untuk datang awal ke tempat peperiksaan.

(more…)

Tips Persahabatan Sempurna

April 09, 2010 By: surihati_ku Category: Tips

  • Salam semua. hurm Suri harap anda sihat hendaknya. Sesungguhnya minggu ini memang memenatkan Suri. Saban hari dapat kontrak..baca pastu kena buat rumusan depan bos argh..memglah agak mentensionkan..huhu..sudalah semua dalam versi bahasa orang putih ..fuh, baik ada pak kamus maka senanglah sedikit kerjaku untuk membuat penterjemahan dalam dua versi bahasa melayu dan bahasa english yang seterusnya ..
  • Mataku pun telah berpinar-pinar tambah lagi malam tadi tidur lewat anak pulak asyik berjaga malam. Dia tak sihatlah pula..huhuhu..Okeylah omelan orang mengantuk memang sebegini..kikiki.. :)

hjhj

  • Sebenarnya entri ini dah pun diminta oleh beberapa orang pembaca setia di blog pakarhowto ni. Seingat Suri dari tahun lepas lagi. Huhu..minta maaf semua sebab terlewat untuk memenuhi permintaan ini. Namun pada hari ini Suri berkesempatan nak kongsiakn ilmu tersebut kepada anda ;) .
  • Anda ada kawan? semua orang ada kawan..sahabat..atau kekasih gelap..? Tapi bagi Suri jika anda hendak mencari seorang sahabat adalah lebih baik sekiranya anda mencari sahabat yang mempunyai kesamaan yang ketara dengan anda. Kenapa? Sebab minta yang sama akan membuatkan tali persahabatan anda akan lebih akrab dengannya lagi.

(more…)

Tips Untuk Berjaya Dalam Exam PTD

April 07, 2010 By: PakarHowTo Category: Tips

Nampaknya ramai juga kawan-kawan saya yang akan menduduki exam PTD Gred 41 pada hari Sabtu (10/Apr/2010) ini. Ada yang menelefon saya semata-mata mahu mendapatkan tips dan panduan bagaimana menghadapi exam ini. Ada juga yang menghantar email meminta sample soalan exam PTD ni.

“Alahai sahabat, aku pun baru ‘first time’ ambik exam ni. Macammanalah aku nak bagi tips kat ko pulak. huhu”

Itulah yang mampu saya katakan kepada kawan yang menelefon saya tempohari.

Namun, untuk tidak mengecewakannya, saya berjanji padanya untuk mendapatkan tips dan panduan bagaimana menghadapi exam PTD ini daripada Saudara Riza Zuhri (sahabat karib saya). Saudara Riza ni telah berjaya lulus (dengan cemerlang?) exam PTD ni, dan pada hari Isnin 5/Apr/2010 lepas beliau telah mula bertugas di Putrajaya sebagai PTD.

Berikut adalah beberapa tips yang saya dapatkan daripada beliau tentang bagaimana untuk berjaya dalam exam PTD (Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41) ini.

  • 1. Baca buku Malaysia Kita (Wajib)

Kalau siapa yang tiada buku tu, kena la keluar modal sikit dan beli. Pergilah ke mana-mana kedai buku dan dapatkannya. Kemudian, pulun lah baca buku ‘Malaysia Kita’ tu.

Kalau nak baca setiap muka surat, mungkin memang dah tak sempat kot. Sebab exam PTD hari Sabtu ni. Jadi, anda cuba belek mana-mana yang dirasakan penting, dan yang anda rasa anda memang betul-betul tak tahu.

Bacalah selagi mampu dan cubalah ingat fakta-fakta penting.

  • 2. Ambil tahu isu semasa (isu nasional dan dasar-dasar kerajaan)

Ini penting. Cara paling mudah (bagi saya la) untuk dapatkan maklumat tentang isu semasa ialah tanya orang. Bertanyalah kepada kawan-kawan, sedara mara ker tentang isu-isu hangat masa kini. Minta pendapat mereka tentang isu yang diperkatakan. Tapi pastikan anda dapatkan fakta yang tepat dan relevan.

  • 3. Datang awal ke tempat peperiksaan

Sila pastikan juga anda datang awal ke tempat peperiksaan. Ini penting juga. Kita tak mahu, disebabkan kita terlewat, kita jadi gelabah dan tergopoh gapah. Yang penting, kita kena tenang dan tak kalut semasa menduduki peperiksaan ini.

  • 4. Isi maklumat diri pada kertas OMR dengan pantas

Biasanya sebelum exam dimulakan, akan ada ketua pengawas peperiksaan memberikan penerangan. Jangan hiraukan dia. Sebab apa yang diterangkan tu perkara-perkara biasa yang memang kita dah tahu. Gunakan masa dia berikan penerangan itu untuk mengisi maklumat diri serta hitamkan butiran diri pada kertas OMR supaya anda ada masa lebih apabila exam dimulakan nanti.

(more…)

Tips untuk menghadapi exam PTD (Gred 41)

April 04, 2010 By: PakarHowTo Category: Tips

Minggu lepas, saya dapat surat mengatakan saya kena menduduki Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 (Exam PTD) pada 10 April ini. Aduh, terus pening kepala saya. Yer lah, sejak lepas graduate dari Universiti dulu, sudah hampir 10 tahun tak merasa perasaan tertekan nak exam begini.

“Boleh ker aku lulus? Apa persediaan perlu dibuat? Apa perlu dibaca? Apa yang akan ditanya masa exam nanti?” Macam-macam yang saya fikirkan. Pendek kata, memang pening kepala dibuatnya.

Lantas, saya pun mula la meng’google’ untuk mencari tips-tips dan panduan bagaimana untuk membuat persiapan bagi menghadapi exam PTD ni. Cari punya cari, berjumpa lah saya dengan ‘Tips Cemerlang Exam PTD‘. Bila saya buka, rupa-rupanya tips ini ditulis oleh orang yang saya kenal. Saya panggil beliau dengan panggilan Catzer.

lulus-exam-ptd

Berikut ini saya kongsikan tips cemerlang exam PTD yang ditulis oleh kenalan saya ini;

(more…)


This page is copy protected