Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Archive for the ‘Rahsia’

Rahsia Alis Mata Wanita

February 20, 2010 By: PakarHowTo Category: Rahsia

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda sebuah artikel tentang ‘Rahsia Alis Mata Wanita‘. Benarkah ada rahsia yang tersembunyi di sebalik bentuk alis mata seorang wanita? Anda tidak percaya? Cubalah baca dan nilaikan sendiri…

Rahsia Pada Alis Mata Seorang Wanita

Pertama sekali, apa itu alis mata?
Alis mata ialah susunan bulu atau rambut di atas kedua mata manusia.

Kedua, apa fungsi alis mata?

  • Melindungi mata dari bendasing.
  • Alis mata bagi seorang wanita adalah salah satu daripada aset kecantikan.

Sama juga macam rambut, alis mata ada macam-macam jenis. Ada yang lebat, ada yang nipis, ada yang lembut, yang halus, yang kasar, yang jarang-jarang, yang bengkok, yang lurus dan macam-macam gaya lagi lah.

Disebabkan adanya keunikan dan perbezaan alis mata pada setiap orang ini, maka ada kajian dan ramalan yang dibuat tentangrahsia atau tanda yang tersembunyi disebalik perbezaan alis mata setiap orang.

Adakah bentuk-bentuk alis mata memberikan tanda-tanda tentang sikap atau perangai seseorang (khususnya wanita)?

Alis mata yang bersih, berwarna semulajadi dan mempunyai lengkungan yang sederhana.

  • Menunjukkan dia seorang yang ideal untuk dijadikan teman hidup.
  • Dia seorang yang sederhana, tidak terlalu cantik dan tidak terlalu huduh.
  • Dia sentiasa ingin memberikan kebahagiaan dan membantu pasangannya.
  • Dia mempunyai tutur kata yang lembut.
  • Otaknya cerdas.
  • Bersifat agak kelakar.
  • Dia boleh menghiburkan dan menenangkan hati pasangannya.

(more…)

Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga!

February 12, 2010 By: surihati_ku Category: Petua, Rahsia

As-salam Jumaat buat semua. Harapan kalian berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Selamat bertemu kembali kepada para pembaca yang dirahmati Allah. Dalam mencipta kebahagian rumahtangga, cubalah anda hayati sebaris ungkapan ini:

sunset20115

Tika sang mentari mulai terbenam di kaki langit, pintu malam pun mulai menyapa menandakan kehadiran giliran sang rang bulan pula. Mentari telah mula melabuhkan tirai malamnya untuk beradu. Begitupun keindahan pemandangan semasa peralihan suasana sebelum malam menjelang, begitu mengasyikan. Langit kelihatan kemerah-merahan dan nun jauh di kejauhan kelihatan sekawan burung-burung berterbangan , balik semula ke sarang masing-masing menurut putaran hukum alam. Hening sekali. Alangkah moleknya sekiranya keindahan pemandanga tersebut dapat berpanjangan. Namun tidak mungkin terjadi, sebab sudah menjadi ketetapan Tuhan.

Manusia sering terlupa bahawa kehidupan ini hanyalah sementara sahaja. Adakah kerana memikirkan kematian semata-mata maka kita tidak perlu meraih untuk memiliki kegembiraan. Jika kita tidak gembira atau tidak tahu bagaimana cara untuk bergembira dalam hidup ini, adakah adil sekiranya kita menyeret orang lain untuk terus merasi seperti apa yang kita rasakan? Kenapa begitu singkat akal fikiran kita? Sesungguhnya semua orang berhak untuk bergembira, baik orang kaya mahupun orang miskin.

(more…)

Rahsia hindari kemarahan

February 05, 2010 By: PakarHowTo Category: Rahsia

Anda sakit hati, tak puas hati, bengang dan marah pada seseorang? Rileks, rileks. Jangan terlalu ikutkan nafsu, perasaan dan emosi anda. Sebab, kalau anda bengang atau marah macammana sekalipun, ianya tak akan membantu apa-apa. Ia hanya akan merumitkan lagi keadaan. Hati bertambah sakit, dan mungkin ada orang akan terluka dengan sikap kita. Jadi, cubalah kawal perasaan marah walaupun ianya amat sukar sebenarnya.

Baiklah, dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah yang berkaitan dengan ‘marah’, yang berlaku semasa zaman Nabi SAW dulu. Cuba baca kisah ini dan ambil lah pengajaran daripadanya.

ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: “Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: “Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”

Rasulullah lantas menjawab: “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.”

(more…)

Rahsia Minda Cina

January 31, 2010 By: PakarHowTo Category: Rahsia

Saya suka membaca artikel-artikel yang memberikan info atau ilmu pengetahuan yang baru kepada saya. Setiap kali saya membaca info yang saya rasakan baik, saya pasti akan kongsikan info atau artikel tersebut dengan kawan-kawan saya samaada melalui email atau pun melalui perbualan.

Namun, sejak saya tubuhkan blog PakarHowTo ini, maka hobi saya untuk berkongsi info atau artikel-artikel yang menarik dapat dilakukan dengan lebih mudah, pantas dan berkesan. Sehingga kini, ada lebih 3,000 orang yang telah mendaftakan email mereka menjadi pembaca PakarHowTo.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana anda semua, para pembaca blog PakarHowTo, senantiasa memberikan sokongan anda kepada blog ini. Semoga apa yang dikongsikan ini, sedikit sebanyak memberikan pengajaran dan manfaat kepada kita semua, insyaAllah.

Baiklah, dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai satu artikel yang menerangkan tentang “Rahsia Minda Orang Cina”. Bacalah artikel ini dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Ambil mana yang baik, dan jadikan sempadan apa-apa yang tidak baik.

Sekian.

Saya dipelawa untuk menulis untu surat kabar Cina. Bagi saya ini adalah suatu yang menyeronokan. Namun ia bukanlah suatu yang mudah.

Selama ini saya menulis dalam bahasa Melayu dan mereka yang membaca tulisan-tulisan saya adalah 90 peratus orang Melayu. Mungkin lebih dari itu. Sekarang saya akan menulis untuk orang Cina. Apa yang akan saya tulis, dan bagaimana?

Cara yang paling mudah bagi saya untuk memulakan ruangan ini adalah dengan menceritakan pencarian saya untuk memahami apa itu kecinaan atau penerokaan saya untuk memahami minda Cina.

Menurut hemat saya, di Malaysia orang Cina lebih berminat untuk mengetahui minda Melayu. Mungkin kerana kedudukan Melayu dalam politik dan kekuasaan. Tetapi orang Melayu kurang berusaha untuk memahami minda Cina.

“Orang Cina suka menipu”

Kerana tidak ada usaha ilmiah dan rasional untuk memahami minda Cina maka persepsi Melayu terhadap sikap orang Cina diselubungi oleh prasangka. Antara prasangka yang paling meluas adalah: “Orang Cina suka menipu.” Saya pernah mendengar alas an seorang bapa mengapa menghantar anaknya ke sekolah Cina. Katanya, “supaya bila besar nanti tidak ditipu oleh Cina.”

Melayu juga menganggap perpecahan di kalangan orang Cina itu olok-olok sahaja. MCA, Gerakan dan DAP akan bersatu untuk menjaga kepentingan kaum Cina. Prasangka seperti ini meluas dalam wacana politik Melayu. “Melayu jangan berpecah, kalau berpecah Melayu akan lemah dan akan hilang kuasa politik.” Kita semua tahu siapa yang menggunakan hujah ini.

Saya selalu bosan dengan hujah perpaduan ini. Maka saya pernah menulis satu rencana yang saya beri tajuk : “Elok Melayu Berpecah.” Sayang sekali, rencana tersebut yang saya kira amat bernas sekali tidak mempunyai pengaruh dan telah dilupakan.

(more…)

Rahsia memantapkan perhubungan

January 11, 2010 By: PakarHowTo Category: Rahsia

Saya tak tau adakah apa yang akan saya kongskikan ini adalah rahsia ataupun tidak, namun perkara ini sangat penting bagi anda yang mahu mengekalkan perhubungan dengan mereka yang anda sayangi.

1. Meningkatkan keimanan kepada Allah
Kunci paling utama untuk menjadi pasangan yang terbaik ialah, tidak lain dan tidak bukan, kita mesti menguatkan iman kita terhadap Allah, Tuhan sekalian alam. Hanya dengan adanya iman yang mantap saja, maka hubungan kita diredhai, dirahmati dan dipelihara oleh Allah Ta’ala. Cinta atau perhubungan yang berteraskan keimanan adalah perhubungan yang kekal jitu yang membawa kebahagiaan, insyaAllah. Jadi, kukuhkanlah keimanan kepada Allah sekiranya ingin perhubungan anda kekal bahagia selamanya.

2. Kenalpasti kelebihan dan kelemahan pasangan anda serta terima dia dengan hati yang terbuka
Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Sekiranya pasangan kita ada banyak kelemahan atau keburukan, janganlah dikutuk atau memandang serong padanya. Cuba terima dia seadanya. Kalau dia ada kelemahan, kita juga begitu. Kalau dia boleh terima kelemahan kait, maka kenapa tidak kita? Apa yang penting, kita mesti berlapang dada dengan perangai dan sikap pasangan kita. Kalau perangainya buruk sekalipun, jangan sakiti hatinya, sebaliknya cari jalan bagaimana kita dapat bantu dia memperbaiki kelemahan itu.

3. Hormati diri dan keluarganya
Poin ni lebih kurang sama dengan poin yang no 2 tu. Yang pentingnya ialah, kita mesti hormat pada pasangan kita selayaknya. Hormatilah dia dan jangan sekali-kali memandang rendah padanya. Walau mungkin kerja pasangan kita tidak sehebat kita, namun kita wajib hormat padanya. Hormat bukan saja kepadanya, malah kepada ahli keluarga dan saudara mara nya juga.

(more…)