Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Archive for the ‘Luahan Hati’

Semangat Anak Jantan Sejati

June 15, 2010 By: PakarHowTo Category: Luahan Hati

SEMANGAT ANAK JANTAN SEJATI

Susah sangat ker nak berubah?

Kenapa masih gagal?

Apa yang tak kenanya lagi?

Sampai bila engkau harus begini?

Apa lagi yang masih belum mencukupi?

Susah sangat ker nak lawan nafsu sendiri?

Lemah sangat ker jati diri?

Dimana keazaman mu yang tinggi?

Apa yang hendak ditunggu lagi?

Apa yang hendak engkau takuti?

Halangan dan rintangan tu resam semulajadi.

Mujahadah lah buat pengorbanan.

Bukankah engkau memiliki daya tahan yang tinggi?

Bukankah darah pahlawan memang sentiasa mengalir dalam tubuhmu?

Habis?…Apa yang engkau lembik sangat?

Apa yang engkau dok lemah longlai lagi?

(more…)

Cara Sebenar bagaimana untuk PROTES ISRAEL

June 06, 2010 By: PakarHowTo Category: Luahan Hati

Hati ini terasa begitu pedih dan sakit apabila melihat bagaimana tentera Yahudi Israel menyerang kapal bantuan ke Gaza Palestin baru-baru ini. Tentera Yahudi Israel laknatullah itu telah sewenang-wenangnya menyerang dan membunuh para sukarelawan yang tidak bersenjata. Ada yang ditembak bertubi-tubi di kepala dan badan pada jarak dekat. Tak dapat untuk aku bayangkan betapa dahsyatnya serangan kejam dan zalim tentera Israel celaka itu.

Di mana OIC, di mana PBB yang konon-kononnya berperanan menegakkan keadilan sedunia??? Apa yang dah PBB lakukan untuk membantu menyelesaikan permasalahan ini?

Kita pula bagaimana? Apakah yang telah kita lakukan? Apakah sikap dan tindakan kita dalam menyatakan protes terhadap tindakan biadap rejim zionis yahudi Israel laknatullah ini? Adakah kita hanya duduk di sofa empuk di depan TV menyaksikan semua kekejaman ini berlaku begitu saja? Apakah yang boleh kita lakukan???

Di bawah ini saya kongsikan satu artikel yang sangat menarik untuk kita sama-sama baca, fahamkan, ambil pengajaran dan seterusnya mengambil tindakan atas apa yang disarankan.

Saya juga menyeru kepada anda semua untuk forward kan artikel ini kepada seberapa ramai kawan-kawan kita yang lain.

Sekadar melihat dari sudut yang berbeza. Bukan sengaja atau saja-saja untuk mencipta kelainan, tetapi sedar bahawa setiap kita ada titik buta (blind spot) masing-masing.

Dan perbezaan bukan semestinya satu pertentangan, ia hanya satu fitrah : manusia sentiasa unik. Ya, dari dimensi inilah saya melihat demonstrasi anti-Yahudi yang begitu marak sekarang.

Sejak sama-sama solat hajat di surau untuk ahli kariah kami yang turut berada di atas kapal misi bantuan yang diserang Israel itu, saya terus berfikir. Rasa marah, kecewa tetapi terus mengharap silih berganti dalam diri, yang saya pasti turut dirasai oleh kita bersama.

Palestin bukan soal ‘mereka’ tetapi soal ‘kita’. Dan hasil berfikir itu saya tumpahkan dalam sebuah artikel yang sengaja saya imiginasikan dalam bentuk dialog. Ikutilah dialog yang saya nukilkan selepas Subuh pagi tadi.


MARI KITA DEMONSTRASI HARI-HARI!

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

(more…)

Kisah aku di pasar malam dan peringatan buat peniaga!

May 20, 2010 By: PakarHowTo Category: Luahan Hati

Semalam, lepas balik kerja, aku ada menerima SMS dari isteri yang meminta aku belikan YONG TAU FU (betul ker ejaan ni?) sebagai menu makan malam nya. Entah kenapa, sejak isteri aku mengandung, kerap juga dia minta beli kan yong tau fu untuknya. Dalam minggu ni saja, dah 2 kali dia nak makan yong tau fu.

yong-tau-fu-01

Minggu lepas pula, dia ‘kemaruk’ nak makan nasi goreng kampung. Hampir setiap malam minta dibelikan nasi goreng kampung. Sampai pekerja restoran tempat aku beli tu pun dah kenal benar muka aku ni. Belum lagi aku sempat nak order, pekerja kedai tu sendiri dah tegur siap-siap;

“Assalamualaikum bang. Macam biasa ker bang? Nasi goreng kampung telur mata 1, bungkus?”

“Waalaikumussalam. Haah, orang rumah saya yang ketagih nasi goreng kampung. Sedap sangat kot nasi goreng kampung kat kedai ni. ” Jawab aku sambil ‘tersenyum kambing’ kepada pekerja kedai tu.

Oops termelalut pulak. Sebenarnya, aku bukan nak cerita pasal makanan kali ni. Tapi aku nak cerita pengalaman aku berhadapan dengan peniaga pasar malam yang tak perihatin terhadap pelanggannya.

Begini ceritanya…

(more…)

Luahan hati - Apa kau nak jadi ni !?

April 17, 2010 By: PakarHowTo Category: Luahan Hati, Panduan

Apa kau nak jadi ni?
Kenapa kau suka buang masa.
Kenapa  kau tak guna betul-betul masa kau?
Kenapa kau asyik lalai melayan hawa nafsu mu?
Banyak tidur, tengok tv, borak-borak kosong…bukan tak boleh.
Tapi kau kena tau priority.
Ni tak. Benda yang sepatutnya kau buat, kau tak buat.
Tapi benda yang tak penting, itulah yang utamanya kau nak lakukan.

Kenapa begitu?
Bukankah kau sudah tahu itu salah, itu tak betul.
Bukankah kau sudah baca banyak buku?
Dan bukankah kau benar-benar faham apa yang perlu kau lakukan?
Habis? Kenapa kau masih belum bertindak?
Apa yang kau dok tunggu lagi?
Kenapa masih tidak mahu berubah?

Banyak perancangan kau gagal.
Banyak plan kau tak berjaya sampai sudah.
Terhenti dipertengahan jalan.
Kenapa kau tidak teruskannya?
Bukankah goal dan matlamat kau sudah clear?

Kenapa kau tak sanggup bersusah payah dan mujahadah?
Bukankah kau sudah faham benar, kalau nakkan kejayaan tiada short cut!
Setiap kejayaan perlu ada susah payah, pengorbanan dan mujahadah.
Nakkan kejayaan, Kau perlu persisten, konsisten, fokus dan disiplin.
Bukankah kau sudah sedia maklum tentang perkara itu?

(more…)

Sejenak Ke Alam Rumahtangga

December 09, 2009 By: surihati_ku Category: Luahan Hati

Assalamualaikum…untuk semua harap kalian sihat didalam RahmatNya..

Erm.. kira-kira sebulan yang lepas Suri merayau-rayau disensawang maya ini. Terus Suri jatuh hati pada sajak..luahan ini. Hurm, yea kea? hehehe…Nukilan siapa? Suri pun tidak pasti..tapi seingat Suri, ia ada tersimpan didalam blog intim.wordpress.com.

Apa-apa pun Suri harus berterima kasih kepada Insan yang mencoret renungan ini kerana ia sedikit sebanyak membuatkan kita berfikir kembali Masjid yang telah kita bina bersama pasagan kita. Marilah kita hayati bersama-sama untuk renungan sepintas lalu..

Kata pujangga
Perempuan bagaikan angin
Lembutnya melenakan
Ributnya menggusarkan

Adakalanya mereka seperti ibu
Menyaji kasih, menghidang sayang
Adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
Adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahunya.

Namun,
Teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini
Bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka

(Bahagian 1)

Psst…
Tiba-tiba isteri merajuk
Pandai-pandailah memujuk
Buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
Teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
Andainya emosi, belailah emosi itu jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
menguyah hujah, berilah walau seribu sebab
lengkapkan juga dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu..

Dalam situasi ini
Fikiran telah ditawan perasaan
Sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
Cuba gunakan sentuhan
Semarakan belaian.

Masih gagal jua ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
Bagaikan riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang….buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas…
Kalu ternyata, rajuknya berfakta
Masamnya berdata, geramnya berilmiah marahnya ada prima facie
Ini rajuk taraf tinggi namanya..
Perlu ditangani berhati-hati
Kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima
Mengaku lalu berjanji serta berikrar
“Sayang abang tak ulang lagi”
katakan “Sayang…abang alpa”
bisikkan “Darling..I lupa..”
Hulurkan tangan, pinta kemaafan
Pendekkan kasanova, tapi hati suci..

Rajuk isteri seperti mangga muda
Perisanya masam
Tetapi…
Kalu kena cicahnya
Enaknya akan terasa..
Ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

(more…)

Cermin diri, siapa itu?

November 13, 2009 By: PakarHowTo Category: Luahan Hati

Bacalah luahan kata hari Jumaat ini…

Siapa dia? Siapa diri ini?

Tatkala ku menghadap sebuah cermin
Tampak sesosok tubuh
Yang sangat lama kukenal
Dan sangat sering kulihat

Namun aneh
Aku semacam belum mengenal
Siapa yang kulihat itu??

Siapakah dia itu?

Siapakah dia itu?

Tatkala kutatap wajahnya
Hatiku bertanya
Apakah wajah itu wajah yang kelak akan bercahaya
Bersinar indah di syurga sana?
Ataukah wajah itu yang akan hangus legam di neraka Jahannam?

Tatkala kutatap mata
Lubuk hatiku berbisik bertanya
Mata itukah yang akan menatap
Allah Robbul ‘Alamin
Rasulullah Habibullah
Para sahabat Radhiallahuajm’in
Menatap dengan penuh kenikmatan dan kerinduan?
Ataukah mata ini yang akan terbeliak
Melotot, menganga terburai menatap neraka jahanam
Siksaan yang amat dahsyat?

Apakah mata yang tak terlepas melihat maksiat ini
Akan terselamat dari ahzab di sana nanti?

(more…)

My Top 5 Treat List

November 05, 2009 By: PakarHowTo Category: Luahan Hati

Apabila saya access ke blog kesayangan PakarHowTo.Com ini pagi tadi, saya ternampak satu banner iklan dari Nuffnang. Pada banner iklan yang menarik perhatian saya itu tertulis begini “IT’S TIME TO TREAT YOURSELF“. (* Yang bermaksud lebih kurang “INILAH MASANYA UNTUK ANDA MELAYAN DIRI ANDA“.

Hmmm, iklan ni betul-betul membuatkan diri saya menjadi begitu ‘curious’ nak tahu apa benda nya tu. Saya pun lantas terus klik pada banner iklan tu. Tup-tup saya di bawah ke halaman seperti di bawah ;

Iklan Banner Nuffnang

Iklan dari Nuffnang

Setelah saya amati dan membaca dengan teliti apa yang tertulis di halaman tersebut, maka faham lah saya bahawa saya boleh dapat LAPTOP DELL INSPIRON 13 secara PERCUMA saja dengan hanya membuat 1 post di blog bertajuk “My Top 5 Treat List” (* Bermaksud “Senarai 5 Habuan Paling Dikehendaki Oleh Saya” )

Maka tanpa berlengah lagi, saya pun segera lah menulis mengenai “My Top 5 Treat List‘…Let’s check it out…hehe

(more…)

Doa Hidayat Untuk Semua Umat

October 30, 2009 By: PakarHowTo Category: Bebas, Kisah Benar, Luahan Hati

  • Ya Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kami
  • Ya Allah Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami
  • Ya Allah Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan-Kebaikan
  • Ya Allah Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami
  • Ya Allah Engkaukan Kurniakan Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami
  • Ya Allah Engkau Kurniakan Pengikhtirafan Mu Pada Kami
  • Ya Allah Kurniakan Kami Hubungan Yang Khusus Dgn Zat Mu
  • Ya Allah Engkau Milik Kami Dan Kami Milikmu Ya Allah
  • Ya Allah Bantu Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
  • Ya Allah Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
  • Ya Allah Kurniakan Istiklas Dan Istiqamat
  • Ya Allah Engkau Satukan Umat Ini Dengan Usaha Dakwah
  • Ya Allah Engkau Jadikan Setiap Individu Umat Ini Daee Agama Mu
  • Ya Allah Kurniakanlah Kepedihan Atas Keruntuhan Agama Dalam Hati-Hati Umat Ini
  • Ya Allah Engkau Gunakan Setiap Kemampuan-Kemampuan Kami Dalam Kerja Agama
  • Ya Allah Engkau Gunakan Umat Ini Untuk Buat Pengorbanan Untuk Agama Mu

  • Ya Allah Engkau Kurniakan Hidayah Pada Seluruh Umat
  • Ya Allah Engkaulah Yang Satu-Satunya Yang Membuat Tarbiyah Hakiki Hanya Tarbiyahmulah Yang Hakikat Tarbiyah. Ya Allah Tarbiyahlah Umat Ini Dengan Sebaiknya
  • Ya Allah Engkau Kurniakan Kami Dgn Kehidupan Sunnah Nabi Saw
  • Ya Allah Engkau Hidupkan Kehidupan Sunnah Nabi Saw Pada Umat
  • Ya Allah Engkau Kurniakan Kebencian Dalam Hati Kami Cara Kehidupan Orang Kafir Dan Hidupkan Sunnah-Sunnah Dalam Diri Kami
  • Ya Allah Keluarkanlah Sifat Kehaiwanan Dan Tidak Berakhlak Dari Kami
  • Ya Allah Kurniakan Sifat Insaniyah Dalam Diri Kami
  • Ya Allah Tunjuklah Setiap Individu Umat Ini
  • Ya Allah Amkan Hidayat Pada Seluruh Umat
  • Ya Allah Luaskanlah Jalan-Jalan Hidayat
  • Ya Allah Tutupkanlah Pintu-Pintu Bathil
  • Ya Allah Hancurkanlah Suara-Suara Bathil

(more…)

Tazkirah kematian - Apa maksud hidup kita?

August 14, 2009 By: PakarHowTo Category: Luahan Hati

Semalam kita dikejutkan dengan kematian Ustaz Asri Ibrahim (Vokalis Kumpulan Nasyid Rabbani). Pagi ini pula saya dimaklumkan ibu saudara kepada sahabat saya pula telah kembali menemui ALLAH SWT disebabkan barah buah pinggang.

Pendek kata, setiap masa dan ketika, tak kira tua atau muda, ada saja orang meninggal dunia. Sesungguhnya berita-berita kematian ini sepatutnya menjadi peringatan yang besar kepada kita untuk lebih beriman dan bertakwa kepadaNYA.

ALLAH SWT telah berfirman mengingatkan kita dalam Surah Ali ‘Imran ayat 185, yang bermaksud “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan di masukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

Tidak cukupkah lagi peringatan dan amaran yang ALLAH berikan kepada kita tu? Tidak insafkah kita dengan berita-berita kematian yang kita dengar saban hari?

Apakah bekalan yang kita bawa sesudah kematian??

Apakah bekalan yang kita bawa sesudah kematian??

Sahabat-sahabatku, MATI ITU PASTI. Kita boleh mati bila-bila masa saja. Esok? Lusa? Beberapa minit lagi? Mati tidak mengenal usia tua atau muda, miskin atau kaya. Yang sihat atau sakit. Yang bekerja atau sedang belajar. Bila tiba masa kita, Malaikat Maut pasti menjelma dan merentap nyawa kita. Tatkala itu, kalau kita nak menjerit melolong minta tangguhkah saat kematian kita pun sudah tidak berguna lagi.

(more…)

Fakta Wabak Influenza A H1N1 (Mesti Baca)

August 12, 2009 By: PakarHowTo Category: Luahan Hati, Panduan

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai wabak Influenza yang cukup popular sekarang, tidak lain dan tidak bukan, wabak selesema Babi atau Influenza A H1N1.

Kita semua mestilah prihatin dan setidak-tidaknya mengambil tahu mengenai perkara asas tentang wabak.

Adalah amat malang sekiranya kita dijangkiti wabak ini, dek kerana kurangnya maklumat yang kita ada dan dek kerana kejahilan kita sendiri.

Jangalah tunggu terhantu dulu baru nak terngadah. Bukankah ‘Mencegah itu lebih baik daripada merawat’? “Prevention is better than cure!”

Bacalah artikel mengenai fakta Wabak Influenza A H1N1 ini supaya and a tidak dijangkiti hanya kerana kejahilan anda mengenainya.

(more…)


This page is copy protected