Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Archive for the ‘Kisah Benar’

Kisah ‘Mak’ yang hilang…

February 17, 2010 By: PakarHowTo Category: Kisah Benar

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang aku ‘cover line’ klik fesbuk sikit-sikit, Mamat mundar mandir belakang aku dengan muka kusut masai.

Dari tadi aku tengok Mamat macam hilang punca. Berlegar-legar di dalam pejabat. Muka macam ada masalah besar.

“Ko kenapa ni Mamat?”

Aku tanya demi meminta kepastian. Aku dengan Mamat ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari aku dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.

Dia baru setahun kerja dengan kompeni aku. Sebelum masuk sini, Mamat banyak handle bisnes sendiri tapi dia selalu rugi.

MAK aku hilang la…”, Mamat berbisik perlahan.

mak aku hilang laa

"mak aku hilang laa"

Aku punyala terperanjat!!

“Hah, mak ko hilang? Bior betul. Bila hilang?”. Dada aku tiba-tiba mengepam keluar masuk laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

“Petang semalam…dah cari merata, tapi tak jumpa la”.

Mamat berlalu meninggalkan aku dengan muka yang begitu suram, berjalan menuju ke bahagian budak-budak human resource.

Aku tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Aku nak tanya lebih-lebih kang, risau pulak takut kena ‘tiaw’ dengan dia.Maklumlah orang tengah serabut.

Apa yang aku tahu sikit-sikit, mak dia memang duduk rumah, tak kerja. Ayah dia kerja sebagai Penolong Kanan, lagi 2~3 tahun dah nak pencen.

(more…)

Kejadian rompakan, kita wajib ambil iktibar

November 06, 2009 By: PakarHowTo Category: Kisah Benar

Ini ada satu kisah benar yang saya terima dari salah seorang rakan pejabat saya. Saya kira semua orang mesti baca kisah ini agar kita sama-sama dapat ambil iktibar.

Tolong ingatkan mak atau sesiapa jua orang tersayang yang tinggal di rumah sorang-sorang. Kejadian rompakan zaman sekarang ini sudah menjadi semakin kronik dan menakutkan. Macam-macam teknik dan strategi yang diambil oleh perompak-perompak tak guna zaman sekarang ini.

Kita wajib berhati-hati dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya sebelum apa-apa yang buruk terjadi kepada kita atau keluarga kita.

Saya rasa risau betul membaca cerita dan kisah-kisah sebegini. Sebab kita pun bila-bila masa mungkin terkena pengalaman macam ini kalau tidak berhati-hati.

Baca dan ambil lah peringatan dan pengajaran. Saya doakan semoga kita semua dihindari dari segala musibah dan nasib malang. Semoga Allah lindungi dan rahmati hidup kita semua. Amin…

(more…)

Ibu Mithali, Ibu Sejati

November 03, 2009 By: PakarHowTo Category: Kisah Benar

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya,
telah terkalung pingat “Ibu Mithali”. Tangan kanannya menggenggam erat
satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

“Sekarang …,” suara pengacara majlis bergema kembali, “Tibalah kita
kepada penerima anugerah “Ibu Mithali” yang terakhir. Penerima ini agak
lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan
Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk
tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. ”

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat
itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis
berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik
ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang
kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka
dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai
sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang
penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

‘Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang
akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang
menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.’

(more…)

Doa Hidayat Untuk Semua Umat

October 30, 2009 By: PakarHowTo Category: Bebas, Kisah Benar, Luahan Hati

  • Ya Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kami
  • Ya Allah Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami
  • Ya Allah Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan-Kebaikan
  • Ya Allah Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami
  • Ya Allah Engkaukan Kurniakan Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami
  • Ya Allah Engkau Kurniakan Pengikhtirafan Mu Pada Kami
  • Ya Allah Kurniakan Kami Hubungan Yang Khusus Dgn Zat Mu
  • Ya Allah Engkau Milik Kami Dan Kami Milikmu Ya Allah
  • Ya Allah Bantu Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
  • Ya Allah Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
  • Ya Allah Kurniakan Istiklas Dan Istiqamat
  • Ya Allah Engkau Satukan Umat Ini Dengan Usaha Dakwah
  • Ya Allah Engkau Jadikan Setiap Individu Umat Ini Daee Agama Mu
  • Ya Allah Kurniakanlah Kepedihan Atas Keruntuhan Agama Dalam Hati-Hati Umat Ini
  • Ya Allah Engkau Gunakan Setiap Kemampuan-Kemampuan Kami Dalam Kerja Agama
  • Ya Allah Engkau Gunakan Umat Ini Untuk Buat Pengorbanan Untuk Agama Mu

  • Ya Allah Engkau Kurniakan Hidayah Pada Seluruh Umat
  • Ya Allah Engkaulah Yang Satu-Satunya Yang Membuat Tarbiyah Hakiki Hanya Tarbiyahmulah Yang Hakikat Tarbiyah. Ya Allah Tarbiyahlah Umat Ini Dengan Sebaiknya
  • Ya Allah Engkau Kurniakan Kami Dgn Kehidupan Sunnah Nabi Saw
  • Ya Allah Engkau Hidupkan Kehidupan Sunnah Nabi Saw Pada Umat
  • Ya Allah Engkau Kurniakan Kebencian Dalam Hati Kami Cara Kehidupan Orang Kafir Dan Hidupkan Sunnah-Sunnah Dalam Diri Kami
  • Ya Allah Keluarkanlah Sifat Kehaiwanan Dan Tidak Berakhlak Dari Kami
  • Ya Allah Kurniakan Sifat Insaniyah Dalam Diri Kami
  • Ya Allah Tunjuklah Setiap Individu Umat Ini
  • Ya Allah Amkan Hidayat Pada Seluruh Umat
  • Ya Allah Luaskanlah Jalan-Jalan Hidayat
  • Ya Allah Tutupkanlah Pintu-Pintu Bathil
  • Ya Allah Hancurkanlah Suara-Suara Bathil

(more…)

Kisah benar : Gadis terlampau!!

October 23, 2009 By: PakarHowTo Category: Kisah Benar

Salam semua,

Hari ini saya terima satu email daripada isteri saya. Ceritanya menarik untuk saya kongsi kan di sini buat pedoman kita bersama.

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata.

gambar adalah sekadar hiasan

gambar adalah sekadar hiasan

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. ‘Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan lia r kaum lelaki……’ nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. ‘Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?’ Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. ‘Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,’ katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

(more…)