Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Archive for the ‘Info Berguna’

Panduan dan jampi untuk mengurangkan panas baran suami

March 18, 2010 By: PakarHowTo Category: Info Berguna, Masalah Rumahtangga

Maaf sebab lama tak update blog. Saya tersangat sibuk kebelakangan ini. Macam-macam hal berlaku. Sabor jer lah…huhu

Apapun, dalam post kali ini, saya nak kongsi 1 artikel yang saya rasakan sangat baik terutamanya kepada mereka yang telah berumahtangga.

Artikel ini adalah berkisar tentang permasalahan rumahtangga. Di bahagian jawapan yang disediakan, ada diterangkan panduan bagaimana menghadapi suami yang panas baran dan didedahkan juga mengenai ayat-ayat Quran yang boleh diamalkan untuk mengurangkan panas baran suami.

Baca, faham dan cubalah amalkan insyaAllah. Lagi bagus kalau dapat disebarkan artikel ini kepada seberapa ramai orang yang boleh. Terima kasih.

Soalan:

SAYA mempunyai suami yang panas baran. Dulu tidaklah sebaran ini, ia masih boleh dikawal. Sekarang tak boleh tanya atau tegur sikit pasti dia melenting. Kalau bergaduh dia suka keluar malam dan balik pukul 2-3 pagi. Saya cuba berlembut dengan mengikut rentak dia tapi saya rasa tertekan. Beban keluarga diletakkan di atas bahu saya. Anak sakit, perbelanjaan anak-anak, duit dapur hampir semua saya yang urus.

Perasaan syak kuat menguasai saya. Mana tidaknya dia pernah ada perempuan lain. Banyak kali perkara ini terjadi tapi saya maafkan dia kerana fikirkan anak-anak. Saya cuba berbincang tapi semua usaha saya berakhir dengan pergaduhan. Sikapnya itu membuatkan saya tawar hati dengannya. Namun saya masih sayangkan dia dan pernah ajak dia dapatkan kaunseling tapi saya dimarahi.

Kadang-kadang hendak rasanya berpisah dengan dia tapi memikirkan anak-anak, saya batalkan niat itu. Hingga sekarang saya cuma mampu bersabar dan berdoa supaya dia lembut hati dan menjadi suami yang penyayang serta prihatin kepada keluarga. Apa yang merisaukan saya, kadang-kadang marah saya agak keterlaluan dan menyimpan perasaan dendam terhadapnya. Rasa bersalah memang ada tapi bila bergaduh semua itu saya tolak tepi. Apa yang perlu saya lakukan?

(more…)

Kelebihan dan nikmat disebalik ciuman

March 06, 2010 By: PakarHowTo Category: Info Berguna

Setelah membuka email petang tadi (6/Mac/2010), saya tertarik dengan satu email yang bertajuk ‘Fadhilat Bercium‘. Saya pun membuka dan membacanya.

“Hmmm, menarik juga info ni. Bolehlah kongsi di blog PakarHowTo.”

Itulah kata hati saya setelah membaca kandungan email tersebut. Disebabkan artikel tersebut ditulis dalam Bahasa Indonesia, maka saya telah lakukan proses meng’edit’ struktur ayat agar ianya lebih mudah difahami oleh semua.

Berikut ini saya kongsikan info tersebut untuk panduan kita bersama.

Kelebihan dan rahsia disebalik ciuman

Ahli perubatan mendapati bahawa bercium itu baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok dan nikmat, tapi ciuman juga dikatakan berkesan untuk melawan pelbagai jenis penyakit.

Berikut ini adalah beberapa kelebihan dan keistimewaan ciuman;

(more…)

Sejarah dan asal usul Azan

March 01, 2010 By: PakarHowTo Category: Info Berguna

Malam semalam saya dengar ceramah di masjid yang berdekatan dengan rumah saya. Ceramah kali ini adalah berkisar tentang sejarah dan asal usul azan.

Berikut ini saya kongsikan intipati ceramah yang sempat saya catatkan.

  • Solat telah diperintahkan oleh Allah setelah peristiwa Israk Mikraj.
  • Nabi SAW mempelajari bagaimana menunaikan solat semasa Israk Mikraj.
  • Pada mulanya, solat dilakukan tanpa azan dan tidak secara berjemaah.
  • Setelah hijrah ke Makkah, Ummat Islam semakin bertambah ramai. Nabi berfikir bagaimana caranya untuk memanggil orang untuk datang ke Masjid bersolat jemaah.
  • Nabi SAW telah adakan mesyuarat bersama dengan para sahabat radhiallahuanhum untuk menentukan cara memanggil orang bersolat jemaah.
  • Semasa bermesyuarat, para sahabat telah memberikan pelbagai cadangan, antaranya ;

1.  Menaikkan bendera pada tiang yang tinggi apabila tiba waktu solat. Apabila orang ramai melihat bendera telah dinaikkan, maka ini bermakna waktu solat telah masuk dan mereka mesti pergi ke masjid untuk solat berjemaah.

  • (Nabi hanya mendiamkan diri saja apabila sahabat memberikan cadangan ini. Ini menunjukkan nabi kurang bersetuju dengan cadangan tersebut kerana kalau waktu malam, pastinya bendera tidak akan dapat dilihat.)

2. Ada sahabat mencadangkan untuk menghidupkan atau memasang api apabila tiba waktu solat. Kalau pasang api, samaada siang atau pun malam, orang akan dapat melihatnya.

  • (Mendengar cadangan ini, Nabi SAW berubah wajah. Baginda kelihatan bermasam muka sedikit. Ini adalah kerana amalan memasang api adalah amalan Majusi. * Majusi menyembah api sebagai Tuhan mereka)

(more…)

Kenalilah Rasulullah SAW - Manusia paling agung!

February 12, 2010 By: PakarHowTo Category: Info Berguna

Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta“. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.

Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.

Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati Hari Valentine (kelahiran paderi ‘ St. Valentino ‘ ) daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.

Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT?

Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

I Love Rasulullah SAW

I Love Rasulullah SAW

BIODATA ASAS RASULULLAH SAW

  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
  • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

(more…)

Perompak semakin berani - peringatan untuk semua!

February 09, 2010 By: PakarHowTo Category: Info Berguna

Tadi, apabila saya buka inbox email saya, ada satu email yang menarik perhatian. Ia adalah email dari salah seorang senior saya.

Berikut adalah kandungan email yang beliau hantar. Saya kongsikan di blog ini kerana ia sangat penting untuk kita sama-sama beringat dalam keadaan masyarakat yang semakin haru-biru ni.

Salam semua.

Saya hampir-hampir terkena dengan modus operandi geng perompak asing. Kumpulan tersebut adalah dari South America. Ia berlaku pada Jumaat, 15-Jan 2010, kira-kira 8.15 mlm lalu di Cawangan Utama Maybank Shah Alam ( depan Muzium Shah Alam ).

Ketika saya hendak keluar wang dari ATM ( masa tu saya tengah check balanca), tiba-tiba seorang lelaki bertubuh gempal & rendah, memakai topi berwarna merah ( wajahnya kelihatan seperti orang South America). Mamat tu menegur saya dalam bahasa Inggeris, beliau kata duit saya terjatuh dilantai.

Apabila saya toleh ke belakang, memang pun terdapat 6~7 keping RM1, RM5 & RM10 (tapi yang banyak duit RM1) bertaburan di belakang tempat saya berdiri. Masa tu tiada orang lain dibelakang saya.

(more…)