Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Archive for the ‘Petua’

Petua Menggoda Suami di Usia 40

June 21, 2010 By: PakarHowTo Category: Petua

Kelmarin ada seorang pembaca setia blog pakar (nama dirahsiakan atas permintaan) meminta saya berkongsikan artikel di bawah ini. Semoga ianya memberikan manfaat kepada semua, katanya. Bacalah yer ;)

godasuami

Petua Menggoda Suami di Usia 40

ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun. Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.

Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki dan perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa. Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.

Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa. Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini. Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!

Miang, gatal, merenyam, gelenyar…banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan. Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.

Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka ‘cawangan’ baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain. Maaf cakap, ketika suami mula ‘meriah habis’ pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan ‘dingin’ dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.

Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan can kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun. Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda ‘keriangan’ luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.

Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: “Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!” Atau: “Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!”

(more…)

Petua dari Nabi SAW agar dikurniakan anak

April 24, 2010 By: PakarHowTo Category: Petua

Pagi tadi saya terbaca satu artikel menarik di Harian Metro bertajuk ‘Hindari penyakit dengan bersedekah‘. Dalam artikel tersebut ada di nyatakan satu petua yang diajar oleh Nabi SAW agar mudah mendapat anak.

cute baby

Berikut ini saya kongsikan petikan daripada artikel tersebut untuk panduan bersama khususnya kepada mereka yang sukar untuk hamil.

Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya:

“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”

Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:

“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”

Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

Mungkin ada diantara kita yang berfikir ;

“Alaahhh, ni petua biasa saja. Takde bukti pun ianya berkesan. Lagipun apa kaitan antara istighfar dan sedekah dengan orang yang nak hamil?”

(more…)

Petua Untuk ‘Tahan Lama’ (18SX)

March 27, 2010 By: PakarHowTo Category: Masalah Rumahtangga, Petua

Perhatian : Petua ini adalah untuk orang yang sudah berkahwin (dengan cara yang sah) sahaja. (18SX)

Saya ada menerima beberapa petua yang agak 18sx dari kawan saya melalui email. Pada mulanya saya agak keberatan dan berasa ragu-ragu juga, patut ker saya kongsi kan petua-petua yang macam ni? Yerlah kan, benda macam ni agak sensitif sikit.

petua 18SX

Namun, memikirkan petua-petua ini bagus terutamanya kepada mereka yang bermasalah. Maka saya rasa tak ada salahnya saya berkongsi. Tujuan saya kongsikan petua ini adalah semata-mata untuk membantu mereka-mereka yang benar-benar bermasalah. Semoga ada manfaatnya petua-petua ini, sikit sebanyak.

Namun, saya ingatkan di sini, kepada mereka yang masih belum bernikah, jangan gunakan petua-petua ini untuk tujuan yang tidak baik. Saya tidak bertanggungjawab atas penyalahgunaan petua-petua ini. Harap maklum.

(more…)

Petua mudah untuk HIDUP BAHAGIA

March 13, 2010 By: PakarHowTo Category: Petua

Petua ni saya dapat dari catatan ‘wall‘ salah seorang rakan FaceBook saya. Sangat simple tapi sangat berkesan. Semua orang tahu, tapi tak ramai yang dapat amalkan.

Apakah petua mudah untuk hidup bahagia itu?

Petuanya ialah, “INGAT 2 Perkara, LUPA 2 Perkara” ;

(more…)

Cara Mengawal Masa Dengan Berkesan

February 18, 2010 By: PakarHowTo Category: Petua

Saya masih ingat lagi, dalam satu ceramah yang saya dengar, seorang ustaz pernah cakap;

“Berkat bukan hanya ada pada harta dan wang ringgit. Tetapi MASA juga ada berkatnya. Masa yang berkat ialah, masa yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ia tidak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.”

Sambung ustaz itu lagi,

“Salah satu tanda Allah sudah tidak pedulikan kita ialah apabila masa kita tidak diisikan dengan perkara-perkara yang bermanfaat.”

Begitulah antara kata-kata yang sangat memberikan kesan pada hati saya.

Sekarang, mari kita cuba sama-sama renung dan nilaikan, adakah masa kita terisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat? Atau kebanyakan masa kita habis begitu saja? Tengok TV berapa jam? Berborak-borak kosong berapa jam? Main internet berapa jam? Melepak berapa jam? Adakah masa yang kita lalui adalah masa yang mendapat keberkatan daripada Allah?

Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan semua pembaca sekalian tentang petua atau cara yang saya amalkan dalam usaha untuk mendapatkan masa yang berkat. Sama-samalah kita cuba amalkan yer.

1. Bangun awal pagi
Cuba bangun pagi seawal yang boleh. Setidak-tidaknya 30 minit sebelum Subuh. Kalau saya nak senaraikan kelebihan bangun awal ni, memang ada banyak sekali. Namun, cukuplah saya katakan bahawa, kalau bangun awal, kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah.

(more…)

Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga!

February 12, 2010 By: surihati_ku Category: Petua, Rahsia

As-salam Jumaat buat semua. Harapan kalian berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Selamat bertemu kembali kepada para pembaca yang dirahmati Allah. Dalam mencipta kebahagian rumahtangga, cubalah anda hayati sebaris ungkapan ini:

sunset20115

Tika sang mentari mulai terbenam di kaki langit, pintu malam pun mulai menyapa menandakan kehadiran giliran sang rang bulan pula. Mentari telah mula melabuhkan tirai malamnya untuk beradu. Begitupun keindahan pemandangan semasa peralihan suasana sebelum malam menjelang, begitu mengasyikan. Langit kelihatan kemerah-merahan dan nun jauh di kejauhan kelihatan sekawan burung-burung berterbangan , balik semula ke sarang masing-masing menurut putaran hukum alam. Hening sekali. Alangkah moleknya sekiranya keindahan pemandanga tersebut dapat berpanjangan. Namun tidak mungkin terjadi, sebab sudah menjadi ketetapan Tuhan.

Manusia sering terlupa bahawa kehidupan ini hanyalah sementara sahaja. Adakah kerana memikirkan kematian semata-mata maka kita tidak perlu meraih untuk memiliki kegembiraan. Jika kita tidak gembira atau tidak tahu bagaimana cara untuk bergembira dalam hidup ini, adakah adil sekiranya kita menyeret orang lain untuk terus merasi seperti apa yang kita rasakan? Kenapa begitu singkat akal fikiran kita? Sesungguhnya semua orang berhak untuk bergembira, baik orang kaya mahupun orang miskin.

(more…)

Petua Mencantikkan Rambut

February 11, 2010 By: PakarHowTo Category: Petua

Hari ni saya ingin berkongsi dengan anda petua untuk mencantikkan rambut. Kepada yang berminat, bolehlah baca dan cuba amalkan.

Petua untuk mencatikkan rambut.

Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan.

  1. Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah.
  2. Rebus serai itu sehingga mendidih
  3. Apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala.
  4. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa.
  5. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu.

Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini.

(more…)

6 Perkara Allah Sembunyikan

January 22, 2010 By: surihati_ku Category: Bebas, Petua

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:
“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak”

Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

Kemudian Jibrail a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

(more…)

Tips Cepat Naik Pangkat

December 24, 2009 By: surihati_ku Category: Petua, Tips

As-salam untuk sahabatku semua..
Hurm lagi beberapa hari je lagi kita akan mengginjak ketahun baru. Antara sedar dengan tidak usia kita pun makin meningkat. Berbicara tentang azam apakah azam yang telah anda laksanakan sepanjang tahun 2009 ini? emm..bagi yang telah berjaya meriasasikan azam dengan penuh jitu tu Suri ucapkan tahniah kepada mereka..tapi pada yang gagal dipertengahan jalan tu mungkin ia memerlukan sedikit usaha lagi dan lagi untuk berjaya menuju kehadapan.

Apa-apapun ingatkah setiap azam yang ingin diukirkan dihati kita wajarlah sekiranya kita merancangnya mengikut kemampuan kita sendiri dari sudut tarikh dan masa yang bakal kita gapaikan kelak.

Pasa semua yang berkerjaya pastinya akan mengharapkan kenaikan pangkat suatu hari kelak. Namun kenaikan pangkat setingkat daripada jawatan sekarang sudah melambangkan banyak perkara. Bukan sahaja nilai gaji yang lebih besar, malah rasa hormat dari rakan sekerja yang lain juga turut dapat dirasakan tapi yang lebih penting pengiktirafan oleh majikan terhadap usaha tugas yang anda lakukan itu adalah lebih bermakna dalam kehidupan anda.

Namun begitu diakui bukan mudah untuk kita memperoleh kenaikan pangkat. Anda harus berkerja keras disamping menunjukkan prestasi yang membanggakan. Tapi kedua perkara ini saja sebenarnya tidak mencukupi sekiranya, ada beberapa faktor lain lagi yang berkaitan dengan sikap yang harus dijadiakn amalan untuk mempercepatkan anda naik pangkat!! Apa rahsia dia??

tips naik pangkat

  • MENCARI CABARAN

Biasakan diri anda untuk mengerjakan tugas-tugas yang paling sukar. Maksud disini adalah tugasan yang tidak menyenangkan dan dihindari oleh ramai pekerja. Katahuilah bahawa dengan cabaran sebegini akan membuktikan anda sebenarnya boleh berkerja di bawah tekanan.

  • NYATAKAN PENDAPAT ANDA SEWAKTU MESYUARAT

Sebenarnya kebanyakan dari kita di peringkat bawahan mahupun atasan akan memilih untuk berdiam diri sewaktu mesyuarat sedang rancak dijalankan. Anda perasan tak?? Okey apakata mulai sekarang Suri cadangkan agar anda gunakan kepakaran anda dalam berbicara itu diolahkan melalui kebijaksanaan anda dalam mengutaran pendapat. Nah, ketahuilah bahawa anda tidak hanya menonjol tetapi juga anda akan bisa mempunyai keyakinan diri sendiri. Selain itu anda juga dilihat sebagai pekerja yang berminda positif serta mempunyai perhatian dan minat dalam persoalan yang dibangkitkan.

(more…)

20 Petua Murah Rezeki (Mesti Baca)

December 23, 2009 By: PakarHowTo Category: Petua

Berikut adalah beberapa tips dan petua agar dipermurahkan rezeki :

1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah

Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.

Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan
saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. :

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

(more…)


This page is copy protected