Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Cara Yang Betul Baca Surah Yaasin

November 27, 2008 By: PakarHowTo Category: "How To"

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Beberapa bulan lepas, Surau DarusSaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra’ Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.Berikut ini dicatatkan sedikit sebanyak intipati ceramah yang disampaikan untuk ilmu dan panduan bersama :-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam ‘membantu’ seseorang menghadapi saat sakaratul maut.

Telah menjadi kebiasaan orang Melayu Islam di Malaysia, kita akan mengelilingi orang yang tengah sakit tenat dan nazak dengan masing2 membaca surah Yaasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (ada yang baca dengan tartil, tetapi ada juga yang baca dengan laju macam nak lumba F1).

Perbuatan sebegini sebenarnya mungkin akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita akan ‘disibukkan’ dengan segala macam gambaran perbuatan kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan (seperti yang diajar oleh ustaz tersebut) ialah:-

  • Lantik seorang yang bacaan al-quran nya paling baik (dari segi tajwid dan fasohah) untuk membaca surah Yaasin- yang lain2 bolehlah bersama2 buat semakan bacaan.
  • Sebaik2nya orang yang dilantik itu adalah ANAK ataupun SAUDARA TERDEKAT yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang sedang tenat/nazak.
  • Merenung wajah orang tengah nazak tersebut sebelum surah Yasin dibacakan. Ini adalah untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an berkat daripada surah yang dibaca itu, boleh membantu memudahkan pencabutan nyawa si pesakit tersebut.
  • Membaca 3 hingga 4 ayat Surah Yaasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk mengucap “Laa ila ha illallah”.
  • Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 ayat, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap “Laa ila haillallah” lagi.
  • Diteruskan sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam ‘membantu’ saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi saat2 getir sakaratul maut.

Dan semoga kita mendapatsegala rahmat serta hidayah NYA dalam membuat amal kebajikan dengan cara yang betul dan bukannya semata2 melalui ikut-ikutan/adat.

Amiinnn…

Panjang2kanlah artikel ini pada rakan2 dan sanak saudara utk kebaikan kita bersama.
Wassalam.

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

17 Comments to “Cara Yang Betul Baca Surah Yaasin”


  1. thank u very much!


    you are most welcome BLOSS!!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Assalaamu…

    Alhamdulillaah. Ajaran bermanfaat.

    Wassalaamu…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. terima kasih…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. norrzana says:

    Salam Pakar How 2,
    Terima kasih bebanyak beri info yang sangat berguna ini.

    Semoga diberkati Allah usaha tuan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. selalu bc yasin setiap malam jumaat…….mg ia blh jd bekal utk ke sana..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. Sy belum pernah menghadapi kematian org terdekat, andai sy berada dlm situasi itu satu hari nanti, mudah2an ilmu yang baru saya perolehi ini dapat saya lakukan.. Tq pakar.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. arigato gozaimasu….

    moga kita sume beroleh manfaat…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. nak tanya sikit..kalau baca alquran sepenuhnya…tak afdal ke?napa asyik baca surah yassin jerk?maaf sbb tanya…sekadar bertanya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @mann,
    salam.mann
    kalau baca alquran sepenuhnya…tak afdal ke..berkenaan afdal atau tidak tu suri tak tahulah nak bagi jawapan apa sb suri pun bukanlah ahli agama yang cerdik pandai.

    nak baca keseluruhannya lagi baik.tapi memadailah kirannya mann membaca ayat2 suci tersebut sekadar mana yang mampu.itu sudah mencukupi rasanya jika kita membacanya dengan seikhlas hati..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. tqvm 4 good info…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. zaparlepak says:

    Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
    Sharing is learning.Tq.Segala perkara yang baik datang daripada Allah dan yang tidak baik adalah daripada kejahilan dan kelemahan diri kita.Semoga segala urusan di dunia dan diakhirat dipermudahkan .Amin.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10
  11. Kalau ada siapa2 tahu hadis yang mengatakan ttg fadilat membaca surah yaasin harap dapat berkongsi.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11
  12. Sesetengah tempat mmg macam tu.
    mungkin ingatkan dengan hanya lebih ramai yg membaca tu adalah lebih baik.
    kalau ramai tapi bacaan tidak betul, tak ok juga,, wallahua’lam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    12
  13. Salam,
    Izinkan saya copy articles untuk dipanjangkan.
    T.Kasih

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    13
  14. salam…alhamdulillah dapat sekurang2nya sedikit lagi ilmu untuk hari ini.
    .-= lyjingga´s last blog ..KHASIAT DAUN SADERI @ SUP =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    14
  15. Surah yassin itu adalah jantung al quran. membacanya seolah-olah kita membaca keseluruhan al-quran.kalau faham maksud yang terkandung di dalam surah yaasin , ianya merangkumi seluruh aspek kehidupan. bagaimana terciptanya kita dari setitis benih kemudian mati.Dan dihidupkan semula setelah hancur menjadi debu, diceritakan jg berkaitan tumbuh2an dan sebagainya yang mempunyai kaitan dengan makhlukNYA. Banyak peringatan dan panduan kepada kita umat islam dalam surah tersebut .

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    15
  16. I had got a desire to start my firm, but I did not have got enough of cash to do that. Thank heaven my close colleague told to use the loans. Hence I took the small business loan and realized my old dream.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    16


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11