Cara tegur orang dengan baik

Cara tegur orang dengan baik

Sabda Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam…

Addiinu naa sihah.

Agama itu adalah nasihat!

Tegur-menegur, nasihat-menasihati adalah satu perbuatan yang sangat baik dan dianjurkan.

Memang kita sebagai manusia perlu mendapat teguran dari orang lain. Kerana kita bukan maksum (bebas dari dosa).

Dari teguran lah, ita akan sedar akan kesilapan, kesalahan dan kelemahan diri kita.

Dan dari situlah kita akan dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman.

Saya yakin, setiap orang mesti pernah merasa ditegur oleh orang lain…

Jika ditegur, teguran yang bagaimanakah yang anda mahukan orang lain lakukan?

Adakah teguran dengan jerkahan? jeritan? maki hamun? perli-perli? atau bagaimana?

cara tegur orang

Berikut ini adalah beberapa perkara perlu ditekan jika ingin menegur seseorang (cara teguran yang baik) :

# 1 – Tegur dengan suara yang lembut

  • Suara lembut bukan buat-buat manja atau gedik yer, tapi tegur dengan suara lembut tu bermaksud intonasi tu biar sedap telinga mendengar.
  • Jangan sesekali tegur orang dengan suara yang tinggi atau menguatkan suara. Ia pasti menyakitkan hati dan mencalar emosi orang.
  • Malu la dia kalau di tegur dengan suara yang kuat. Kita menegur, bukan nak jaja aib orang.
  • Cuba buka Al-Quran dan lihat sendiri bagaimana perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Toha ayat 44 yang bermaksud;

”Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”

  • Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam.
  • Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.

 

# 2 – Elakkan dari menegur kesilapan atau kesalahan seseorang di depan khalayak ramai.

  • Nak menegur kesilapan atau kesalahan orang, mestilah beradab dan penuh hormat.
  • Bukannya dengan cara yang boleh mendatangkan perasaan malu kepada orang yang ditegur tu.
  • Seboleh-bolehnya kalau nak menegur tu biarlah dalam situasi kita dan dia sahaja, elakkanlah menegur di khalayak ramai.
  • Menegur ni untuk dia sedar silap dia. Muhasabah dan perbaiki. Bukan niat nak jatuhkan dia, biar dia rasa malu dan orang pandang hina kat dia.

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud;

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”

  • Jadi bagus sikap menegur ni. Itu tanda kita prihatin dan sayang kat dia. Tapi tegur la dengan cara betul. Jangan aib kan dia.
  • Contoh nampak kawan dedah aurat, jangan la pekik “HOI penghuni neraka, aurat tu tutup laa… nak masuk neraka ker?….”

 

# 3 –  Tegurlah dengan menggunakan perkataan-perkataan yang baik agar tidak menyinggung perasaan orang yang ditegur.

  • Ok senang je. Kita nak tegur orang bermaksud kita nak dia jadi baik. Habis tu, tak kan kita nak cakap dengan ayat-ayat kejian dan perlian?
  • Kita nak tarik dia minat dengar nasihat kita ker, nak tolak dia lebih jauh dari kita?
  • Hati manusia ni sensitif. Sebab tu, kalau nak berkata-kata, kena berhati-hati.
  • Berhati-hati dalam pemilihan kata. Takut ada yang tersinggung, mesej pun tak sampai.
  • Nak cakap yang baik-baik hati perlu bersih. Jangan nak mencarut. Niat kena betul. Jangan nak menghina. Buat kerana Allah semata-mata… bukan sebab lain.
  • Percakapan orang yang berakal muncul dari hati nuraninya. Sebab masa nak bercakap, terlebih dahulu ia akan berfikir, dan hatinya bersambung pada fikiran.
  • Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya.
  • Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesedap mulut jer…. tanpa fikir perasaan orang lain.

 

# 4 –  Sebelum menyebut kesilapan seseorang, cuba lah bermukadimah dengan perkara yang boleh membuat seseorang itu gembira.

  • Ramai orang lupa nak praktiskan benda ni. Main tegur direct je.
  • Oit sedar la sikit. Awak tu sapa tiba-tiba nak menegur kesilapan orang macam tu je? Masuk rumah orang pun kena bagi salam dulu tau.
  • Jadinya… sebelum kena flying kick dengan orang yang nak ditegur tu, moleklah bawa-bawa bertanya khabar, borak-borak, hepi-hepi dulu baru selitkan teguran.
  • Islam telah menggariskan, dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara.
  • Kita takmau benda ni buat ramai orang tersentap dan susah menerima teguran selepas itu gara-gara kita yang suka cakap lepas… mulut lazer!!
  • Sebelum tegur, tanya khabar dia dulu untuk mengetahui mood dia bagaimana. Mana tahu dia tengah berduka ker, tengah mood tak stabil ker, pastu kita pi ‘cucuk‘ dia dengan teguran yang tak berhikmah. Siapa nak terima? kan?
  • So, tengok juga mood orang… jangan main serang jer. Jadilah orang yang bijaksana.

 

# 5 – Selepas membuat teguran pastikan anda meminta maaf atas teguran yang dibuat.

  • Cubalah memujuk hatinya supaya jangan terasa atas teguran itu.
  • Taknak lah lepas menegur, semua masam muka. Kita ni tak sempurn, sebab tu mungkin ada terkurang dalam cara teguran kita. Jjadi minta la maaf, tak rugi pun.
  • Cuba tengok cara doktor nak cucuk atau suntik ubat. Doktor akan sapu dulu ubat kebas (alcohol) bagi tak terasa sakit bila cucuk. Lepas cucuk, doktor pun akan sapu lagi sekali pada kesan cucukan tu… pastu tampal pula dengan plaster. Lihatlah betapa cermatnya doktor buat kerja mencucuk orang.
  • Bukan mudah untuk seseorang menerima nasihat dari kita, sebab biasa la manusia. Bila aib dia disedari, kompem ego dia tercalar, kompem dia malu sendiri. Jadi pujuklah dia supaya dia bertenang dan redha.

Kalau kita tak jadi penegur yang prihatin, kita boleh menyebabkan tali persaudaraan sesama islam terputus. Sebab teguran jugak boleh menyebabkan dua individu itu bermusuh. So, hati-hati lah dalam menegur.

 

Kesimpulannya

Jadikahlah surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya;

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat.”

Sekian.

Wallahua’lam.

Semoga bermanfaat.

 

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

pakarhowto

(5487)

11,117 total views, 10 views today

Share Button
BAGUS(5)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam