Cara Tegur Isteri – Adab dan Etika Menegur!

Share

Entri ini kutujukan khusus buat para suami. Semoga kita sama2 dapat amal insyaAllah.

Kalau anda marah dan sakit hati dengan sikap isteri anda, apa yang anda buat?

Kalau isteri anda buat silap, apa tindakan anda? Tengking dan herdik isteri? Sergah dan meninggikan suara terhadap isteri? Tampar isteri? Atau bagaimana…?

Apakah yang anda akan lakukan?

Sebenarnya saya pernah didatangi oleh seorang isteri yang menangis tersedu-sedu menceritakan perihal dia ditampar dan dimarahi oleh suaminya. Sedangkan kesilapan yang dilakukannya adalah sangat kecil.

Saya tak mahu cerita tentang kisah benar yang berlaku tersebut. Sebaliknya saya ingin mengajak para suami untuk kita sama2 muhasabah diri, adakah cara kita menegur isteri kita telah dibuat dengan adab dan etika yang betul? Adakah cara kita menasihati isteri kita selaras seperti yang dianjurkan oleh agama kita?

Tuan2 yang mulia…
Isteri kita pun juga manusia biasa. Bukankah dia adalah insan yang kita sangat sayang masa bercinta dulu? Habis takkanlah kita nak sergah2, tengking2 dan herdik2 seorang insan yang kita sayang? Takkanlah kita sangggup menampar isteri kita? Bukankah isteri juga punya hati, perasaan dan emosi…sama seperti kita? Cuba kita ni ditengking oleh boss dan dikutuk…apa perasaan kita? Apa yang kita rasa, macam itu jugalah isteri kita rasa kalau dia ditengking dan dikatakan macam2.

Yaaa memang benar, kita WAJIB membetulkan isteri kita apabila dia melakukan kesilapan. Memang kita bertanggungjawab untuk membimbing dia. Memang kita perlu nasihat dia kalau dia tersasar dan melanggar syariat.

Yaa saya tidak sekali2 ingin mempersoalkan tanggungjawab yang suami perlu tunaikan itu.

Apa yang saya cuba bangkitkan ialah tentang CARA, ADAB dan ETIKA MENEGUR ISTERI itu…adakah kita menegur isteri dengan cara dan etika yang betul?

Kalau belum, maka dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan dengan dan semua tentang adab, cara dan etika menegur isteri.

  • 1. Suami tak boleh membesarkan masalah yang kecil. Kalau terpaksa tegur juga, gunalah perkataan yang lembut dan tidak menyakitkan hati. Kot yer pun isteri tu salah, toksahlah diperbesar2kan sangat. Jangan sekali-kali keluarkan perkataan yang kesat yang boleh menyakitkan hati isteri. Jangan hanya semata-mata nak puaskan nafsu dan ego suami tu, kita dok keluarkan kata-kata yang berlebihan pula. Kalau kita cakap macam tu dan membebel lebih2 pun, bukannya isteri kita dapat terima dan nak dengar. Malah ia mungkin akan menyebabkan isteri sakit hati dan berdendam dengan kita. So, beringatlah sebelum kita mengeluarkan kata2 semasa menegur isteri. Gunakan pendekatan yang lembut dan berhemah. Itu lebih bagus.

2. Teguran kita mestilah berlapik kalau boleh. Tegur isteri dengan kata2 yang berlapik supaya maruah dan air mukanya tak jatuh. Biar dia sendiri yang berasa dia bersalah dan bukannya kita yang berlebih-lebihan menunjukkan kesalahannya. Ingatlah bahawa teguran yang keras itu hanya akan menyakitkan hati dan apabila hati dah sakit, maka emosi dan perasaan sukar dikawal.
Tapi kalau dengan kata2 berlapik tu isteri tetap jugak tak faham2. Maka bolehlah kita membuat teguran secara direct dan terus terang. Tapi ingat, GUNALAH PERKATAAN2 YANG BAIK2 DAN NADA YANG LEMBUT PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Lepas tegur, istighfar pada ALLAH banyak2 dan mohon supaya ALLAH berikan kesedaran pada isteri kita.

  • 3. JANGAN SEKALI2 MENEGUR ATAU MENGUNGKITKAN KESALAHAN ISTERI DIDEPAN ORANG LAIN. Hatta depan adik beradik, depan anak2 atau depan kaum kerabat yang rapat2 pun tak boleh tegur isteri secara terus. Sebab ianya akan membuatkan isteri berasa amat tersinggung dan malu. Kalau isteri dah tersinggung dan berasa hati dengan kita, masa tu baru kita nak menyesal, maka dah terlambat la…

4. Tegurlah isteri pada waktu dan masa yang sesuai. JANGAN SEKALI2 TEGUR ISTERI MASA ANDA MARAH! Bersabarlah sikit. Bagi ruang pada isteri dan cari masa yang sesuai untuk buat teguran. Biar diri kita ‘cool down’ dan tenang dulu, baru la pi tegur.

  • 5. JANGANLAH bersikap SOMBONG dan MENINGGGI DIRI. Walaupun kita ni suami dan sikit sebanyak kita ada hak untuk bersuara. Tapi jangan la EGO sangat. Masa tegur tu, janganlah menunjukkan sikap seperti kita ni seolah2 nak merendahkan kebolehan isteri pula. Jangan la kita syok sendiri dan puji diri mengatakn kita ni serba boleh harap. Isteri? Langsung tak guna…tak boleh harap. Macam2 kita ungkit kesalahan dia. Patut ke macam tu? Jadi, jangan la kita sombong dan meninggi diri.

6. Paling pentingnya ialah, sekali lagi, TEGUR LAH ISTERI DENGAN PENUH KASIH SAYANG. Jangan la buat teguran sehingga melukai hati dan perasaan isteri. Teguran anda adalah atas dasar CINTA dan KASIH SAYANG, bukannya atas sebab lain.

Begitulah adab2 dan etika bagaimana untuk menegur isteri yang patut diamalkan oleh setiap suami. Suami hendaklah harus pandai menetapkan yang mana satu perkara yang patut ditegur dan yang mana satu patut dibiarkan saja.

Akhir kata, saya akui bahawa ada kalanya kita kena tegur isteri dengan teguran yang tegas. Namun adalah lebih baik jika kita dapat memaafkannya dan mengalah saja. Tapi ini bukan bererti kita tak perlu tegur. Menegur adalah dibenarkan selagimana teguran itu memberikan kesan dan mendatangkan kebaikan, dan bukannya mendatangkan masalah, maka buatlah teguran dengan baik dan berhemah.

Sekian, semoga ada manfaat. (1324)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

28 thoughts on “Cara Tegur Isteri – Adab dan Etika Menegur!

  1. koomen ct cuma satu iaitu apa yang penting dalam sesebuah keluarga ialah kerjasama, tolak ansur dan jujur serta telus kerana dengan bersikap demikian hubungan rumahtangga mahupun hubungan biasa akan terus kekal ceria. insya Allah

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Salam…

    Saya respect klu ade suami mcm kriteria di atas, tp bagaimana plak kes seorg kwn sy si suami menegur dengan cara sepak terajang siap lg ngan penumbuk hinggap kat belakang si isteri.. ape2 pun sebagai seorang isteri kita mesti dengar teguran dari si suami, sesungguhnya syurga isteri terletak dibawah tapak kaki suami.. wassalam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Alhamdulillah……moga2 suami saya dapat memiliki ciri2 sedemikian. Akan saya infokan maklumat ini kpd kawan2 saya dan berharap rumahtangga yg dibina berkekalan bahagia…Insyallah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. walaupun saya belum berkahwin tapi saya berharap akan menemui seorang lelaki yang mempunyai kriteria seperti di atas.seorang isteri bukan lah tempat utk suami melempiaskan nafsu sesuka hati.tetapi untuk diberi perlindungan.untuk para suami,ajarlah isteri mu menjadi seorang yg terpelajar.bukan kurang ajar.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. Nasihat yang baik untuk kaum lelaki, kesianlah kat isteri isteri anda tu, mereka bukannya punching bag untuk disepak terajang. Biar kita ringan tulang jangan sesekali ringan tangan…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. syukran di ats peringatan tersebut.bersyukur sgt klu dpt ciri2 suami mcm tu.
    Insyaallah dgn izin Allah, doa yg bnyk, amalan yg wajib dilaksanakan, insyaallah semuanya akn baik2 belaka.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. alhamdulilah.. saya mempunyai seorang suami yang bijak menegur dan juga penyanyang. moga istana kami kekal ke akhir hayat.. untuk hidup bahagia, sepasang suami isteri seharusnya sentiasa bertolak ansur, lengkap melengkapi dan amalkan komunikasi intim…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. tq..sy rs adab cam ni perlu diberi penekanan yg tegas sms kursus kahwin cz masih ramai suami2 n isteri2 yg < peka n tahu perkara ni.n beri pendedahan apa yg perlu suami n isteri buat klu benda yg x elok berlaku dlm famili.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. Salam Subur.

    Ya, Baik entrinya ini, Ya Syukran.

    Kalo raso maleh nak tegur atau tak reti & kurang mahir nak tegur, maka alternatifnya ialah Tegur in Silence. Mafhumnya tak usah ditegur, DIAM sahaja Seribu Bahasa.

    Maka apabila isteri kita mengesani kita berkelakuan aneh, yg mana kita sudah mulai kurang bicara bersama, tentunya isteri akan bingung kehairanan.

    Lalu solusinya ialah, dia yg akan tegur pd kita mulanya. Maka di saat ini, kita bisa aja meluahkan segala apa yg terkunci di hati. Seterusnya suasana akan kembali harmoni spt sedia-kala.

    Tapi, teknik ini barangkali hanya bisa dipraktikkan bagi sisuami yg bermulut aktif & banyak berbicara. Kalo yg sememangnya sudah beratitude pembisu, kita sewajarnya beralih kepada plan yg lain pula.

    Wallahu’alam…

    Salam Makmur.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. assalaimulaikum…
    kpda kaum adam belajar lah menjadi suami yg baik & jagalah perasaan isteri.
    nk ajar isteri jgnlah mengikut nafsu semata2…
    kesudahan yang baik bagi orang2 yang beriman…
    sekian wasalam…
    takbir3…
    he3…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. mcm mana pulak dengan kes..suami seperti ciri2 diatas..tetapi..isteri yang mengeluarkan kata2 kesat..sifat marah nya sehingga membaling barang kepada suami.n mengugut utk membunuh suami..kes mcm ni mcm mana pulak??.. dengan sifat amarah itu..penceraian terjadi atas permintaan isteri..n lafaz cerai dilafazkan dimahkamah..selepas tempoh edah abis..siisteri menyesal n ingin kembali ke pada bekas suami…dan sering menggangu hak privacy bekas suami bersama teman barunya dan sering memaki hamun teman baru kepada bekas suaminya. harap diperbincangkan topik ini.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. X spi 12jam pn..pas tampar..cekik..pas2 tonjol kepala..ape lg..buat report polis la..bkn suh wat siasatan tapi..utk kemudahan ..mane tau satu hari nnt..berlaku ape2..hmm..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. saya nak sgt kalau suami leh tegur dgn cara yg lembut2 cam tu..bahgia rasa hati ni….
    ni kalu wat salah sikit dah nak marah2…
    saya selalu kalu bergaduh ker ader wat salah ker..kami suka diam jer..malas nak besar kan hal..pas tu baik sendiri jer…ermmmm…macam2 hal…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  14. saya dah buat terbaik pada isteri,tantang macam minyak yang penuh.Tapi perangai buruknya…tak leh buat salah langsung
    pasti maki hamun kita,minta cerai la,mencarut la..saya diam ja..
    kalau bercakap nanti jadi teruk lagi.tapi diam pun salah..tolak tolak kita cari gaduh…em dapat isteri macam ni memang betul2
    menguji iman di dada.kalau suami lain dah terajang..

    saya sayangkan anak..
    tu yang bersabar
    bagi komen sikit kawan2

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    si suami Reply:

    @bukan dayus, kite lbh kurg senasib,,even sy xde anak tp sy cuba pertahankn umahtangga ni..sy bersabar sbb cerai bkn cara yg disukai Allah..tp kalo baru 3thn lbh kahwin,dh lbh 20 kali mntk cerai,sesabar mane sy bleh tahan?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    sang isteri Reply:

    @bukan dayus, subhanaallah,semoga sifat dan kesabaran anda dpt dicontohi kaum adam diluar sana yg rata2nya tidak tahu cara yg betul utk menegur isteri..majoriti kaum hawa diluar sana memiliki suami yg mempunyai ego yg tinggi menggunung,tegur menengking2 walhal pd benda yg sgt kecil,dan yg plg sedihnya ialah mereka tidak kisah jika isteri mengalirkan airmata kesan drpd kata2 kesat yg dihamburkan oleh sang suami.semoga Allah mendengar dan memperkenankan doa isteri2 yg teraniaya spt ini.Amin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  15. tak dpt dinafikan cara yg disarankan mmg btol..tp secara jujur bg sy,kenyataan kat atas tu kurg adil..kat sini cuma memperihalkan cara layanan yg sepatutnye si suami kpd isteri..mmg btul ada jenis suami yg panas baran..tp tak lupe juga para isteri bertindak di luar batasan seorg isteri..suami sama seperti ibubapa..kita tak bleh meninggi suara mahu pun berkata “ahh”..tp kalo isteri bleh menengking dan menghina suami sendiri,layak ke mereka dilayan seperti layanan yg disarankan?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  16. SY SANGAT SEDIH KERANA SUAMI SY ADALAH SEORANG YG SGT PANAS BARAN, JIKA SY MELAKUKAN KESALAHAN, PASTI AKN DITENGKING, DIMAKI DAN DIHERDIK…SETAKAT “XDE OTAK” SUME TU DA BESE DGR..SLALU DIE AKN CKP, NERAKA JIKA LAWAN KATE SUAMI..TP SYURGA KAH JIKA SUAMI MAKI HAMUN DAN HERDIK SI ISTERI????SEDIH SGT

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @ISTERI SEDIH,
    sabarlah dalam berhadapan dengan suami yang panas baran begitu.
    setiap kali suami cakap kasar begitu,
    cuba mengadu dengan ALLAH
    dan mohon doa kepada ALLAH agar ALLAH tolong lembutkan hati suami.

    nak cakap memang senang kan?
    tapi tu lah saja yang mampu saya katakan.
    bersabarlah….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam