Cara orang melepas tekanan perasaan

Maaf. Dah lama tak menulis.

Terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen lain. Hmm tapi tu alasan jer sebenarnya…huhu.

Sebetulnya, nak menulis (berblogging) ni pun ada mood nya jugak.

Tak tahu kenapa, sejak akhir-akhir ni, saya tak ada mood.

Anyhow, takpa la. Saya akan terus mencatat di sini bila mood nak menulis tu datang yer.

Harap maklum.

 

OK hari ni nak kongsi pasal pelbagai jenis cara melepas perasaan.

Kita, manusia ni ada macam-macam jenis orang. Dan cara nak lepas perasaan pun ada macam-macam.

cara melepas perasaan

Berikut ada dibahagikan beberapa kumpulan cara melepas perasaan.

 

1) Kumpulan A

Dikenali sebagai “Orang Audio“. Mereka bersifat sensori dan sensasi.

Cara mereka melepas perasaan ialah dengan :

  • Mendengar kata-kata motivasi, memberi kepercayaan / motivasi

 

2) Kumpulan B

Dikenali sebagai “Orang Visual“. Mereka dalam kumpulan ini bersifat “Senses” atau “rasa”.

Cara mereka melepas perasaan ialah dengan :

  • Mewarna, mendengar muzik atau bunyi-bunyian, bersendirian, bersantai, kebebasan, bau-bauan

 

3) Kumpulan C

Dikenali sebagai “Orang Verbal“. Iaitu melepas perasaan melalui medium “Perkataan”.

Cara mereka melepas perasaan ialah dengan :

  • Mencurah perasaan kepada seseorang, bahasa, ┬ábercakap, berkomunikasi, psikologi, menggunakan logik akal

 

4) Kumpulan D

Dikenali sebagai “Orang kinestetik“. Iaitu melepas perasaan dengan mencari keseimbangan dalam “aktiviti fizikal”

Cara mereka melepas perasaan ialah dengan :

  • Bergerak, membuat aktiviti sukan, berkebun

 

So, anda dalam kumpulan mana?

Cuba kenali individu yang rapat dengan kita dan fahami cara mereka melepas perasaan. Layanlah mereka bersesuaian dengan cara mereka.

Setiap manusia itu unik dan berbeza. Jangan pukul rata semua orang. Pengetahuan ini penting untuk ibu-bapa, guru dan sesiapa juga yang kerjayanya berhubungan dengan manusia dan kemanusiaan. Semoga tuan puan berjaya dalam “hablum minan nas”.

Namun perlu diingat, kalau kita sering bermasalah dalam hubungan sesama manusia, selidiki hubungan kita dengan Allah. Hati manusia dalam genggaman Allah. Mudah saja Allah mengubah hati manusia semudah membalikkan telapak tangan. Siapalah kita untuk menawan hati manusia.

Wallahua’lam.

(490)

2,411 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(12)TAK bagus(0)

6 Komen on “Cara orang melepas tekanan perasaan

  1. Assalamualaikum..
    Saya termasuk dalam kumpulan A tapi kadang2 saya termasuk dalam kumpulan C bila perlu.Kerana bila ada sesuatu yang membuat perasaan kita tertekan tak semuanya dapat kita luahkan.Kadang kita perlu berdiam diri dan motivasi diri sendiri. Tapi ada juga tekanan yang perlu kita luahkan melalui komunikasi.Tergantung pada bentuk tekanan. Apa pun cara kita untuk meluahkan perasaan perlulah ada pertimbangan akal untuk mengelakkan kita dari membuat sesuatu yang kurang cerdik.

      (Quote)

    BAGUS(1)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam