Cara Mandi Wajib / Mandi Hadas

Share

Semalam saya telah terbaca satu artikel tentang cara betul bagaimana untuk mandi wajib atau mandi hadas.

Maka saya kira ada baiknya kalau saya kongsikan panduan tersebut dengan pembaca blog ini. Yaaa saya yakin memang majoriti antara kita dah tau dan faham benar tentang kafiat mandi wajib ini, namun saya sekadar mahu mengulangkaji kembali kaedah sebenar mandi wajib.

Berikut ini saya catat dan ringkaskan cara/kaedah sebenar mandi wajib supaya ianya jelas dan lebih mudah difahami.

  1. Baca Basmalah (Bismillãh hirrahmãn nirrahîm).
  2. Kemudian membasuh kedua-dua belah tangan.
  3. Beristinjak – membersihkan kemaluan dan menghilangkan najis (jika ada).
  4. Mengambil wudhuk (air sembahyang) seperti wudhuk untuk solat.
  5. Menuangkan air ke atas kepala sebanyak 3 kali sambil berniat ; “Sahaja aku mandi untuk mengangkat janabah (hadas besar) kerana Allah”.
  6. Menuangkan air ke badan sebelah kanan sebanyak 3 kali, kemudian ke badan sebelah kiri 3 kali. Sunat menggosok bahagian hadapan dan belakang badan dan sunat pula menyilang-nyilang seluruh rambut supaya air sampai ke kulit kepala. (Meratakan air keseluruh badan adalah wajib, manakala perlakuan menyilang-nyilang rambut adalah sunat). Begitu juga wajib menyampaikan air kepada segala pelipatan dan semua bahagian yang ditumbuhi rambut, samada rambut itu jarang atau tebal.
  7. Memelihara tangan daripada menyentuh kemaluan ketika mandi itu, selepas mengambil wudhuk. Jika tersentuh, maka wajib mengambil wudhuk semula,kerana hal itu membatalkan wudhuk.

Untuk bacaan lanjut, sila klik link di bawah ini ;


(1428)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

85 thoughts on “Cara Mandi Wajib / Mandi Hadas

  1. sah kah mandi wajib jika kita menjirus air lebih dari 3 kali dengan menggunakan gayung?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @ahmad,
    nak jirus banyak kali pun tak per.
    yang penting,
    air mesti diratakan (mesti kena) pada semua bahagian tubuh.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam