Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Cara untuk kenalpasti perangai kawan

March 26, 2009 By: PakarHowTo Category: "How To"

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya ada satu cara macammana kita nak tahu perangai kawan-kawan kita. Cara ini ialah dalam bentuk soalan psikologi.

Sebenarnya abah saya yang ajar cara ni kepada adik-beradik saya satu ketika dulu. Dan saya dah pun praktikkan cara ini kepada ramai kawan2 saya.

Apa yang boleh saya katakan, cara ini merupakan cara orang tua2 dulu dalam membaca/mengenali perangai seseorang. Anda tak percaya?

Baiklah, saya minta anda cuba jawab soalan saya di bawah ini. Sila jawab dengan ikhlas. Tuliskan jawapan anda pada bahagian komen.

Hmm…sebetulnya ia bukanlah soalan sebenarnya. Tetapi ia lebih kepada satu bentuk pemilihan (tapi bukan pemilihan UMNO yer…hehe).

Baiklah, anda sudah bersedia untuk membuat pemilihan? Begini kisahnya….

Anda diminta untuk menanam sebatang POKOK KELAPA (Pokok Nyiur). Dan ada 4 tempat berasingan yang perlu anda pilih untuk menanamnya. Tempat2nya ialah :

1. Di tepi sungai
2. Di halaman rumah
3. Di tepi/tengah padang
4. Di belakang rumah / tepi dapur

Kalau anda lah, anda akan tanam di lokasi mana?

Fikir dengan tenang dan jawablah dengan jujur. Tuliskan jawapan anda di bahagian komen.

Nanti apabila dah cukup ramai yang telah menjawab, saya akan terangkan apakah rahsia disebalik jawapan yang anda berikan.

Yaa, berpandukan jawapan anda itu, saya akan dapat mengetahui sikit sebanyak tentang sikap/perangai anda. Kalau tak percaya, cubalah nyatakan pilihan anda. Ada berani ka? ;)


Pertamanya, terima kasih kepada semua yang telah bagi respon dalam entri kali ini. Nampaknya ramai juga yang berminat nak tahu tentang teknik psikologi cara kenalpasti perangai seseorang ini yer.

Baiklah, tanpa melengahkan masa anda. Saya akan terangkan rahsia disebalik jawapan yang anda pilih tu. Samaada tepat atau tidak, anda lah yang lebih mengetahuinya. Mari kita periksa sama-sama.

Jawapan No1. : Di Tepi Sungai
Orang yang pilih kelapa tepi sungai ialah jenis orang yang BOROS! Dia amat sukar untuk berjimat. Ada saja duit, dia akan berbelanja, berbelanja dan terus berbelanja. Orang jenis ini juga boleh dikategorikan sebagai orang yang PEMURAH. Dan kadang2 seorang yang PEMBAZIR.

Jawapan No2. : Di Halaman Rumah
Dia seorang yang SANGAT SUKA DIPUJI. Orang jenis ini pantang dipuji, apabila kena puji sikit, dia akan jadi sangat baik dan sangat pemurah. Apabila ada orang bodek, maka dia akan begitu mudah terkesan dengan bodekan itu. Selalunya, setiap pujian yang dia terima, maka dia tanpa ragu2 akan membalasnya dengan kebaikan.

Jawapan No3. : Di Tepi/Tengah Padang
Maaf jika saya katakan bahawa, orang jenis ini berkemungkinan besar adalah seorang yang SANGAT BERKIRA! Senang kata, orang jenis ini mungkin seorang yang KEDEKUT. Dia sangat sukar untuk belanja kawan2 dia atau orang lain. Apabila melibatkan hal yang berkaitan dengan duit terutamanya, dia menjadi seorang yang sangat teliti dan sangat berkira-kira.

Jawapan No4. : Di Belakang Rumah / Tepi Dapur
Orang jenis ini adalah seorang PENJIMAT dan BIJAK MENGURUSKAN KEWANGAN. Dia selalunya mempunyai perancangan dan berpandangan jauh. Sentiasa mengambil kira soal masa depan dan untung rugi. Orang jenis ini adalah yang paling sederhana. Dia tidak kedekut, tidak boros dan tidak pula mudah termakan pujian/bodekan orang. Dia sentiasa rasional dalam tindakannya.

Sekian. Itulah apa yang diajar oleh abah saya tentang penerangan disebalik pilihan lokasi pokok kelapa ini. Setakat ini saya dah tanya soalan ini kepada berpuluh2 orang kawan saya. Dan majoriti memang mengena. Anda bagaimana?

Apa kata anda cuba praktikkan cara yang saya ajar ini kepada kawan2 anda. Anda cuba tanya dan nilai sendiri jawapan yang diberikan oleh kawan2 anda. Adakah mengena dengan perangai dan sikapnya? Cubalah…. :)

Artikel lain yang best-best...

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2


Eh Apa Ni??

152 Comments to “Cara untuk kenalpasti perangai kawan”


  1. WAN FATIMAH BT WAN SULAIMAN says:

    tepi sungai ler…

    [Balas Di Sini]

    1
  2. WAN FATIMAH BT WAN SULAIMAN says:

    tepi sungai

    [Balas Di Sini]

    2
  3. x btol laa……… contra je ng karekter kwn sy??
    sy sndiri pon… hehe.. skdr cuba2 bleyy r kot..

    [Balas Di Sini]

    3
  4. tanam belakang umahla..nanti tanam depan umah kang takut lak kalaiu tengah sedap2 ambik angain kat luar tiba2 kena hempap pokok kelapa..rasanya elok agi tepi umah..tapi xnak dekat sangat..selamat…

    [Balas Di Sini]

    4
  5. mgkn betul mgkn tidak tp itu semua bergantung kepada pemikiran masing2..sy memilih utk tnm dkt dgn rumah..sbb boleh makan buah dia,minum air dia..kn dh mementingkan diri sendiri tu.heheheh..gurau je.tp cara begini sbnrnya elok untuk kita nilai diri kita..betul ke apa yang dikatakan oleh penyataan itu..kalu btl sama2 la kita berubah.wassalam

    [Balas Di Sini]

    5
  6. mm…tanam belakang umah….
    sebab da mmg ader 2 3 pohon kat blakang umah nie…
    ehehehe….^^

    [Balas Di Sini]

    6
  7. minta kebenaran utk copy artikel di atas nak ltk kat facebook..

    [Balas Di Sini]

    7
  8. minta kebenaran tuan rumah nak copy artikel di atas nak letak kat facebook.. ;)

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @nurul,
    boleh dipersilakan..tapi kreditkan pada tag nama pakarhowto.com ya

    [Balas Di Sini]

    8
  9. sy tnm kat blakang umah , nampaknya sy ni kira baik laa hehehe ………..

    yaawwww ………!! !

    [Balas Di Sini]

    9
  10. erm..sy pilih yg terakhir..tanam di blkg rumah ataw tepi dapur…sbb sejuk ckit kawwasan rumah 2…nak amek buah klape pon sng…dekat jek..

    [Balas Di Sini]

    10
  11. Nur syafiqah athirah says:

    sy pilih belakang rumah lar…sedap mata memandang

    [Balas Di Sini]

    11
  12. Nur syafiqah athirah says:

    sy pilih kt blkg rmh lar…sejuk permandangan

    [Balas Di Sini]

    12
  13. sy lebih suke tnmnya di tepi sungai….

    [Balas Di Sini]

    13
  14. sy lebih suka tnm dtepi sungai…

    [Balas Di Sini]

    kailan Reply:

    saya nak tnm dalam umah la. lagi senang nak amik klape buat msk lemak. huhuhuhu.. “think out of the box”

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @kailan,
    hihk3…lawak..

    [Balas Di Sini]

    14
  15. saya nak tnm dalam rumah la. lagi senang nak amik. huhuhuhuuuu “think out of the box”

    [Balas Di Sini]

    15
  16. kawe nok tanam atas bumbung haa222…atas dahi hi2222,,

    [Balas Di Sini]

    16
  17. eyh..no.4..alhamdullillah,,,,hehehe..

    [Balas Di Sini]

    17
  18. xjadi laa..lain dr pwatakan sy n kwan sy
    untk suka2 ok laa

    [Balas Di Sini]

    18
  19. tanam blkg umah la lbh slmt kot tgh sedap duduk buah nyok jatuh ats kepala

    [Balas Di Sini]

    19
  20. Di halaman rumah.. Apehal???

    [Balas Di Sini]

    20
  21. Di halaman rumah.

    [Balas Di Sini]

    21
  22. halaman umah

    [Balas Di Sini]

    22
  23. Tepi sungai

    [Balas Di Sini]

    23
  24. dini aryani says:

    kt tp sgai lag bgos.. bley bkelah ramai2..

    [Balas Di Sini]

    24
  25. kat belakng uma le…….senang sikit owg nak lalu……….huhuhhhh

    [Balas Di Sini]

    25
  26. farahpeace says:

    halaman umah la

    [Balas Di Sini]

    26
  27. halaman umah la hu3

    [Balas Di Sini]

    27
  28. tnam blkg umah tepi dpo.lps memasak msti rse pnas..dkat skit nk bejalan

    [Balas Di Sini]

    28
  29. ermmm…kt belakang umah laaaa….senang amek wat gulai….tol x???????

    [Balas Di Sini]

    29
  30. belakang umah..ooyeahh!!

    [Balas Di Sini]

    30
  31. xsama pon…hurrmmmm…..
    nur athirah´s last blog ..ni zhe me se de wo nan guo lyrics.. My ComLuv Profile

    [Balas Di Sini]

    31
  32. mesti r aquh pilih halaman rumah . !
    haslinda´s last blog ..12 Sikap yang perlu ada pada seorang mukmin (MESTI Baca!) My ComLuv Profile

    [Balas Di Sini]

    32
  33. saya penah dgr org tua2 ckp,kalu tanam pokok kelapa depan rumah, nti org yg tanam tu akan duduk jauh dr kg atau xsuke blk kg?hahahaha btul ke?

    [Balas Di Sini]

    33
  34. em.. xbetul la.. sori ek.. nk gitau ni.. corak character tu mmg xsame langsung ngn sae..
    sae pilih no.3.. kenapa?

    ni reason die..
    kenapa bukan no.1? — kalo pokok kelapa tu hidup dekat dgn sungai.. andai kata kelapa tu jatuh.. dah pastinya kelapa tu hanyut.. last.. xdpt hasil.. kalo dapat pun kira bersyukur sgt2..

    kenapa bukan no.2? — halaman rumah.. dgn keadaan dan situasi sekarang.. memang jarang orang tanam pokok kelapa depan umah atau halaman.. yela.. kite skrg ni antara rakyat yang pemalas.. andai kata dahan pokok kepala gugur di halaman rumah.. bkn ke tu da mcacatkan pandangan halaman rumah kita? andai kata kita park kereta kat area2 situ.. then kalo dahan tu jatuh? buah tu gugur? tak ke bole memudaratkan kita dan kenderaan kita..

    kenapa bukan no.4? — bukan ke berisiko tinggi kalo tanam pokok yang besar dan tinggi kat belakang rumah atau tepi dapur.. andaikata berlakunya ribut kuat.. tumbangnya pokok tu kearah rumah.. bkn ke bole membawa maut? lagi 1.. biasalah.. kita ni bukan selalu berwaspada.. andai kata kita keluar dari dapur.. dan berjalan di sekitar pokok kelapa.. kalo buah tu jatuh kne kepala cmne? dahan tu jatuh menimpa kita mcm mane?? bole masuk hospital bahagie kalo cmtu..

    kenapa sae pilih no.3? — bukan ditengah padang.. tapi tepi padang… lebih selamat.. kenapa? bukan ke padang tu luas? ade byk tempat lg untuk kita landing.. parking.. bermain.. kalaulah dahan pokok kelapa tu jatuh.. then menjadi isu menyemakkan pandangan.. mana lebih baik? menyemak kat halaman rumah or kat padang nun kat sane tu? lagi 1.. andai kata terjadinya ribut.. maka kuranglah risiko rumah kita kne hempap dek pokok kelapa.. tapi andai kata kuasa tuhan tu dah mentakdirkan kne gak.. memang tak bole nk kata apa la..

    maaf ek.. Sae mmg pilih no.3 ats alasan dan pemikiran logic.. biasanya sae memang tak percaya 100% dengan feedback.. manusia ni pelbagai dan bukan semuanya sama.. bkn ke tu janji Allah?

    [Balas Di Sini]

    34
  35. sejara jujuq r kn..
    da bnyk kli aq jwb solan cmni..
    yg psti last choice 2 meti yg bek2 blaka..haha..
    btoi x??

    [Balas Di Sini]

    35
  36. Ish Xbetul la..sori yerr…sy nie xboRos la…tp klu difikrkan smula..memg la nk pilih tanam kt blakang umah…sbb selmt..tp bila gabung skali tanam kt tepi dapur tu yg jadi masalah tu…kang tgh sedap masak kt dapur dihentap buah kelapa ke..xpon pokok kepala..kang susah plk..laen la klaui pokok kelapa madu..pokoknyer xtggi…baeK tanam kt tepi2 sungai…selamt…klau buah nyer jatuh pon xlah membahayakn org laen..spl2 benih kelapa y jatuh dalam sungai buleh tumbuh dgn baek kt tempt laen…hehe

    [Balas Di Sini]

    36
  37. salam satu malaysia….

    laaa….igatkan pokok klapa y org buat hiasan….huhuhuhu

    [Balas Di Sini]

    37
  38. tnm le tepi padang…jika tumbang tk kena org..kan kan

    [Balas Di Sini]

    38
  39. One acknowledges that humen’s life seems to be not cheap, nevertheless we require cash for various stuff and not every man earns enough money. Thus to receive good credit loans and just consolidation loans should be a right way out.

    [Balas Di Sini]

    39

1 Trackbacks/Pingbacks

  1. Perangai » Blog Archive » Cara Kenal Pasti Perangai Orang 04 09 09

Leave a Reply

CommentLuv Enabled


This page is copy protected