** Berminat Buat Bisnes Melalui Internet?? ** Jika ya, sila baca kisah benar saya ini. Pada suatu hari, ada seorang kawan saya telah datang kepada saya dan bercerita tentang kejayaannya membuat 'side income' melalui internet. "Buat duit dengan internet? Waa menarik tu!" Saya menjadi teruja dan bersemangat. Saya tanya dia, di mana saya boleh belajar untuk membuat 'side income' melalui internet macam dia. Maklumla saya ni tak tahu apa-apa tentang bisnes internet ni. Yang saya tahu, baca email, balas email, baca berita dan chatting saja. Masa terbuang, apa pun tak dapat. Maka, kawan saya telah rekemen kepada saya untuk membeli satu produk. "Produk tu bagus giler. Dia ajar ko macammana nak buat duit di internet dari dari A sampai Z!",cerita kawan saya tu. Mulanya saya rasa ragu-ragu juga. Tapi setelah berfikir panjang dan oleh kerana nak sangat cari 'side income', maka akhirnya saya buat keputusan untuk beli produk tersebut. Ternyata, pelaburan saya tidak sia-sia. Produk tersebut memang sangat bagus! Yang paling saya suka ialah, VIDEO TUTORIAL langkah demi langkah yang diberikan. Ianya sangat mudah untuk difahami dan sangat praktikal. Saya tengok video, saya cuba buat sendiri. Kalau tak berjaya, saya ulang tengok dan buat sekali lagi sampai berjaya. Dan setelah beberapa bulan mempelajari teknik-teknik yang diajar melalui video tersebut, kini, syukur banyak-banyak pada ALLAH, kerana saya telah pun berjaya menjana wang melalui internet. Sekarang, kawan saya tu dah tak boleh lagi nak berlagak dengan saya, sebab 'side income' saya sekarang dah melebihi 'side income' nya. muahahahaha (jangan marah aaa.. :). Hmmm begitulah sedikit coretan pengalaman daripada saya, PakarHowTo. Kalau ada sesiapa yang berminat dan tak tahu nak mulakan bisnes internet, maka sukacitanya saya rekemen kepada anda, supaya dapatkan produk hebat tersebut.
Klik Sini Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut!

Cara Membezakan Restoran Mamak & Mamal Palsu

Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.

Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.

Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan “tuhan” mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.

Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.

Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan “aqidah” mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.

Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur, dengan cara begini;

Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging – “daging lembu” atau “daging kambing”. Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim.

Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; “ada lauk daging tak?”

Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, “kambing ada, daging lembu tiada”.

Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, “kenapa tiada lauk lembu?”.

Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab.

Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.

Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur.

Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) di kawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves. Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga.

Anda boleh cuba di tempat anda!

Sumber : azrihalib halib ( azryhalib@yahoo.com.my )

5 Responses to “Cara Membezakan Restoran Mamak & Mamal Palsu”

  1. yva Says:

    thankz…sbb bkongsi rahsia ini.Area bkt sentosa iaitu di rawang dgn yakin sy jwb tiada restoran mamak muslim yang sebenar….

  2. Raja Kamil Says:

    Terima kasih, info yang sangat menarik. Tak terfikir pulak.
    Hehe, promot link sikit leh.
    http://belajarseo.rajakamil.com

  3. PakarHowTo Says:

    waaa…saya memang minat nak belajar SEO…
    terima kasih…

  4. Haxzard Says:

    terima kasih bro sebab bagitahu tips ni. Lepas ni aku mesti tanya, ada daging lembu tak kalau masuk kedai mamak.

  5. PakarHowTo Says:

    haa molek lah tu.
    makanan yang kita makan jadi darah daging.
    so, kena pastikan betul2 halal ker tak.

    kadang2…kita ragu2 juga…
    sebab dah terlampau banyak sangat kedai mamak kat mesia ni…
    antaranya ada juga kedai mamak yang palsu…
    so kena hati-hati lah yer

Tinggal Komen Anda Di Sini