** Berminat Buat Bisnes Melalui Internet?? ** Jika ya, sila baca kisah benar saya ini. Satu ketika, ada seorang kawan saya telah jumpa saya bercerita tentang kejayaannya membuat 'side income' melalui internet. "Buat duit dengan internet? Waa menarik tu!" Saya menjadi teruja dan bersemangat. Saya tanya dia, di mana saya boleh belajar untuk membuat 'side income' melalui internet macam dia. Maklumla saya ni tak tahu apa-apa tentang bisnes internet ni. Yang saya tahu, baca email, balas email, baca berita dan chatting saja. Masa terbuang, apa pun tak dapat. Maka, kawan saya telah rekemen kepada saya untuk membeli satu produk. "Produk tu bagus giler. Dia ajar ko macammana nak buat duit di internet dari dari A sampai Z!",cerita kawan saya tu. Mulanya saya rasa ragu-ragu juga. Tapi setelah berfikir panjang dan oleh kerana nak sangat cari 'side income', maka akhirnya saya buat keputusan untuk beli produk tersebut. Ternyata, pelaburan saya tidak sia-sia. Produk tersebut memang sangat bagus! Yang paling saya suka ialah, VIDEO TUTORIAL langkah demi langkah yang diberikan. Ianya sangat mudah untuk difahami dan sangat praktikal. Saya tengok video, saya cuba buat sendiri. Kalau tak berjaya, saya ulang tengok dan buat sekali lagi sampai berjaya. Dan setelah beberapa bulan mempelajari teknik-teknik yang diajar melalui video tersebut, kini, syukur banyak-banyak pada ALLAH, kerana saya telah pun berjaya menjana wang melalui internet. Sekarang, kawan saya tu dah tak boleh lagi nak berlagak dengan saya, sebab 'side income' saya sekarang dah melebihi 'side income' nya. muahahahaha (jangan marah aaa.. :). Hmmm begitulah sedikit coretan pengalaman daripada saya, PakarHowTo. Kalau ada sesiapa yang berminat dan tak tahu nak mulakan bisnes internet, maka sukacitanya saya rekemen kepada anda, supaya dapatkan produk hebat tersebut.
Klik Sini Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut!

Cara kenalpasti bakat dan kekuatan sebenar diri

Setiap orang punyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Namun, apabila ditanya tentang kekuatan tersebut, ramai yang ragu-ragu dan tidak pasti tentang kekuatan yang mereka miliki.

Apabila di ajukan soalan seperti ; “Apakah kelebihan atau kemahiran yang anda miliki?” Maka ramailah yang tergamam, terpinga-pinga dan terkebil-kebil memberikan jawapan. Ini menunjukkan masih ramai lagi diantara kita yang masih belum kenal kekuatan dan tidak tahu tentang kelebihan sebenar diri sendiri.

Justeru, bagaimana mungkin kita dapat asah dan gilap bakat/kelebihan/kekuatan yang kita sedia miliki tersebut, sedangkan kita tidak mengetahuinya? Kenal pun tidak, masakan hendak bercinta?…gerhhhh!

Bagi membantu anda dalam mengenalpasti bakat dan kekuatan sebenar diri. Maka saya akan ajarkan kepada anda satu cara mudah dan cepat bagaimana untuk mengenalpasti kekuatan dan kelebihan yang ada dalam diri anda.

  1. Ambil sebatang pen dan sekeping kertas kosong
  2. Di atas kertas kosong itu, cuba catatkan seberapa banyak kebolehan/kemahiran yang anda miliki. Senaraikan apa saja perkara yang anda enjoy dan confident dalam melakukannya. Anda tak perlu tapis-tapis. Tuliskan saja semuanya yang terlintas difikiran anda. Apakah kebolehan dan kemahiran yang anda miliki yang anda merasa seronok dan confident untuk melakukannya? Jangan risaukan sangat samaada apa yang anda catatkan itu satu kemahiran sebenar atau hanya satu hobi yang biasa. Yang penting anda suka dan yakin buat perkara itu. Contohnya, saya sangat seronok dan enjoy menulis, membaca, bercakap dengan orang, public speaking, surf internet, bersukan, buat graf guna excel, memasak dan sebagainya.
  3. Peruntukkan kira-kira 1 ke 2 minit untuk menyenaraikan kebolehan anda tersebut. Senaraikan sebanyak mungkin.
  4. Setelah selesai senarai, cuba menilai kembali semua perkara yang anda telah catatkan tersebut. Caranya ialah, anda banding setiap perkara yang anda tulis tersebut antara satu sama lain.
  5. Ambil senarai tadi, banding setiap satu kemahiran/kebolehan yang anda tulis tu satu persatu. Tandakan X pada kemahiran/kebolehan yang anda rasa paling confident dan paling minat berbanding yang kemahiran/kebolehan yang satu lagi. List anda tu kemungkinan akan jadi macam ini lah lebih kurangnya ;

Menulis - X Membaca
(Sekiranya anda lebih enjoy ‘Membaca’ berbanding ‘Menulis’, maka letakkan tanda “X” pada ‘Membaca’)
X Menulis - Bersukan
(Jika lebih minat ‘Menulis’ berbanding ‘Bersukan’, maka ‘Menulis’ dapat tanda “X”)
Menulis -
X Surf Internet
(Lebih minat ‘Surf Internet’ berbanding ‘Menulis’)
Menulis - X Bercakap dengan orang
(Lebih enjoy ‘Bercakap dengan orang’ berbanding ‘Menulis’, maka letak tanda “X” pada ‘Bercakap dengan orang’)

Selepas habis membandingkan kebolehan pertama dengan kebolehan yang lain, bandingkan pula kebolehan kedua dengan yang lain-lain sehingga habis seperti yang dilakukan pada kebolehan pertama tadi.
Contoh :

X Membaca - Bersukan
X Membaca - Surf Internet
Membaca - X Bercakap dengan orang lain

Setelah anda habis membandingkan kesemua kebolehan/kemahiran antara satu sama lain, maka jumlahkan keseluruhan bilangan “X” yang anda dapati pada setiap kebolehan/kemahiran.

Maka ketahuilah bahawa, kebolehan/kemahiran yang mempunyai jumlah bilangan “X” terbanyak itu adalah KEKUATAN/BAKAT SEBENAR yang ada dalam diri anda.

Asahlah bakat itu. Gilaplah kekuatan anda supaya ianya menjadi asset berharga buat anda.

Semoga Berjaya.

Tinggal Komen Anda Di Sini