Bagaimana menasihati anak,suami atau isteri agar tidak degil
Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana caranya?

Begini…
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu’man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”.
Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.
Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Most Commented Posts
Email Artikel Ini Kepada Kawan2












Saya setuju dgn logik akal di atas..bagaimana acuan begitulah kuihnya. Kaedah ini blh sy jdkan rujukan di hari mendatang.
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 27th, 2010 at 11:09 am
@Leyna,
Leyna..ilmu tu di baca dan kemudian dipraktikkan selalu Insyaalah pasti ia berkesan
[Balas Di Sini]
bagaimana acuan begitulah kuihnya. tepat sekali.
[Balas Di Sini]
2arigato..gozaimasu..
tak sabar tunggu malam nih nak wat petua cam di atas ..tuk adik2..
p/s:..cam na plak kalau tuk diri sendiri..?..kadang kiter pon keras hati jugak..
dah macam2 buat tapi tak makan saman jugak..
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 27th, 2010 at 11:10 am
@ocean,
hik..hik..kalu gitu kamu kenalah slu berzikir..mengucap kalimah Allah semoga dengan mengingatnya hatimu akan sentiasa dekat kepadaNYA..
[Balas Di Sini]
keperibadian ibu dan ayah melambangkan sifat anak kita jua….
lihat sifat anak teringat sifat kita sendiri…
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 27th, 2010 at 11:12 am
@suryna,
yang penting acuannya mesti elok baru barulah yang selepas itu aakan mengikut bentuk2nya..
benar jugak tu suryna..hik..3
[Balas Di Sini]
pernah dengar dah petua nih. bagi org barat juga ada “nama” nya untuk bende ni. aku pun dah lupa. ihsk2.. tapi mmg benar.
bukan saje budak/isteri/ sape2 yg degil. anak kita yg tak degil tapi kita nak motivate dia dari kecik buleh buat cara ni. waktu separa sedar, bisikkan yg dia adalah seorang anak yg baik,. pandai, hebat macam superman etc..
nasib bek aku takde anak/isteri lagi. kalu tak aku ler yg tak tido sepertiga malam dok bisik2 jer :p
[Balas Di Sini]
5as salam….,mmg benar..keperibadian anak2 dipengaruhi cara mana didikan yg diterima drpd ayh n ibu..kesabaran perlu ada n teguran yg dibuat hendaklah secara berhemah..kerana anak2 adalah amanah Allah s.w.t….dan akan dipersoal kemudian hari…
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 9th, 2010 at 5:28 pm
@Nani,
salam nani..
anak2 umpana sehelai kain putih.kitalah yang akan mencorakkannya..semoga mereka akan menjadi anak yang solehan..berjaya dunia dan akhirat amin.
[Balas Di Sini]
cara ni saya pernah buat.. dan pernah kongsikan jugak kat blog ni dulu dlm ruang komen, setahun yang lepas kot.. memang berkesan. sapa2 yang balas komen saya tu dan tanya tentang cara nak buat, boleh le ikut cara pakar ni.. sama je..
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 9th, 2010 at 5:27 pm
@ct maliha,
oh ya ka.terima kasih moga-moga kebaikan akan dilakukan demi membentuk sahsiah yang baik tingkahlakunya..Amin.
[Balas Di Sini]