10 Cara Menangani STRESS
Salam ceria untuk semua..
Setiap orang pasti akan stress..tidak kiralah seseorang itu memiliki kerjaya perofisional sekalipun, pekerja kilang, suri rumahtangga dan sebagainya masing -masing mungkin mengalami stress dengan sesuatu atau seseorang..
Kadang -kadang suri pun tak tahu nak bagi nasihat macam mana lagi jika kawan-kawan selalu tanya macam mana nak kurangkan stress??..
Disini suri kongsikan bersama-sama anda cara untuk menangani stress atau tekanan.
- Senyum . Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh…dan mengomel sorang -sorang yea tak? apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda..Cubalah..
- Bersendirian. Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Macam suri kalu suri ada masalah suri selalu pergi ke pantai..take time disitu sebab kita berhak untuk mendapatkannya. Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.
- Bertenang. Jangnlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.
- Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling anda. Seandainya anda terlihat seseorang yang boleh membuatkan anda stress, adalah lebih baik anda janganlah memandang dia. Terus jika anda mendengar akan percakapannya adalah lebih afdal anda mendiamkan diri, pekakkan telinga..erm, ibarat macam anda kena marah dengan boslah yea.
- Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati anda akan berlapang dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan.
- Peluk. Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, jika anda memiliki anak patung (teday bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kuching anda juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.
- Lavender. Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerna minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).
- Kasih sayang. Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan kamu (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. .Dengan adanya kasih sayang dari mereka-mereka inilah sumber kekuatan anda pasti tidak akan susut kerana sebenarnya anda tidak berseorangan didunia ini.
- Allah. Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat..
- Ceria. Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada disekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya..
Sekian, semoga anda berjaya menghadapi stress…
Ceria2 selalu…

Artikel lain yang best-best...
Email Artikel Ini Kepada Kawan2













suri, kalau stress tengah memandu macamana nak buat? Tension gila
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 3rd, 2009 at 1:20 pm
@neesah,salam manis..maflah sb terlewat membalas ye.alahai apalah susah sangat neesah sayang hui.. pasanglah cd/tape kegemaran anda terus nyanyilah tak pun anda gerakkan badan sikit kekanan kekiri hehe….
nak buka kuat2 pun bleh tapi takut orang kata anda ni betul ke tidak..hik..hik..
selalunya menyanyi sendiri-sendiri ni selalu boleh membuatkan hati kita kurang tertekan sedikit..dan ada jua sesetengah orang suka buka radio kuat2 tapi tak menyanyi tu staill kawan saya lah mamad jiwanglah katakan..dia baru putus cintan daa..huhu…;)
radio, erm takpun buka cd/t
[Balas Di Sini]
salam semua…
salah 1 kaedah yg boleh digunapakai tanpa perlu susah payah adalah dengan teknik Reiki.
tenang dan sentuh tapak tangan ke tubuh, biarkan energi mengalir seketika. insyaAllah rasa lega dan santai.
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 3rd, 2009 at 1:24 pm
@syedmansor,salam, kalu tak keberatan boleh tak syedmansor jelaskan skit teknik tu kepada kami..teknik tu macam refeliksi ke apa?
[Balas Di Sini]
Salam..surihati_ku,
Time kte nk period..selalunye lagi seminggu da mula naik angin..ini tak kene itu tak kene..cmner nk ilangkan tabiat ni..lagi2 klu ngan suami kte kena marah blk ade la…
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 3rd, 2009 at 2:13 pm
@stress nie..,
Salam Manis,
biasalah tu namanya tahap ketidakseimbangan hormon dan darah dalam badan kita itu yang lagi seminggu hangin semacam je.
Sesetengah perempuan juga ada mengalami simptom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut.
Dalam tempoh tersebut, wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan..
Kalau cara saya:-
-Cuba kawal diri anda sendiri dari cuba berdebat pada perkara yang
boleh mendatangkan kemarahan antara anda dan pasangan anda
mahupun pada anak-anak anda..
-Makan pemakanan seimbang
-Bersenam tiga kali seminggu secara tetap.
-Tidur dan rehat secukupnya. . .
-Mampu mengendalikan tekanan dengan berkesan
Untuk mengelakkan anda dimarahi balik oleh suami anda cubalah cara ini..
ini pandangan peribadi sayalahkan..
Adalah lebih molek sekiranya jika rumah anda ada kalender (besar sikit).kemudian diletakkan ditempat yang selalu suami anda lalu..salah satu tempat letakkanlah ia didalam kamar anda. didalam kelender itu anda pangkahkan warna merah sebagai note “hari ini saya datang haid”.than kalu suami anda pergi melihat kelender tersebut dan ternampak note tu sure dia tahu/ faham yang sekarang sekarang anda sedang dilamun omak merah..hehe..harap-harap dapatlah dia memahami situasi anda selepas itu..
[Balas Di Sini]
stress nie.. Reply:
September 3rd, 2009 at 8:38 pm
@surihati_ku,
Salam suri…
Thanks atas panduan n nasihat..memang sy alami sume 2..hehe..stkt nie tanda kt kalendar meja adelah..hehe..kekadang tergelak jugak..dulu2 suami bleh mengalah dgn sy time2 jepun naikkn bendera ttttppi skrg die bagi warning..ngan org lain xpe bleh marah tp ngan abg jgn..aduss..bleh kontrol encem lg sy nk marah..hik..(opps..jgn die tau sudahla sy mengumpat die..)
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 4th, 2009 at 8:20 am
@stress nie..,
Selamat pagi,
oho..yer kea..hik..hik kelakarlah awak nie..biasalah tu kalu asyik dimaja je sesekali kena marah apalah salahnye yer…hehe..
[Balas Di Sini]
stress nie.. Reply:
September 4th, 2009 at 2:31 pm
@surihati_ku,
Salam..
hikks..kena marah manja x per nie..marah + membebel pok pek pok pek..tp kejap ajer…ok..
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 9th, 2009 at 11:36 am
@stress nie..,
tak gitu..
alahai..wanita kitakan kaum hawa sure msti blh redakan kemarahan suami kalu kena pada caranyer
PakarHowTo Reply:
November 9th, 2009 at 10:45 pm
@surihati_ku,
yaa…kalau kena caranya laa..
kalau tak kena cara…parah juga dibuatnya…huhu
ct kalau stress, zip mulut.. kalau tak bercakap tu maknanya tengah stress dan orang lain pun takut nak kacau… kalau mulut tak zip, boleh sakit hati sapa yang dengar.. so lebih baik diam..
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 3rd, 2009 at 2:19 pm
@ct maliha, wah..ct maliha ok jugak cadangan kamu tu. tapi janglah samapai terus membisu aje.kelak bila ada orang menyahut nama nanti mereka tidak sedar akan kehadiran kita sudahlah ye..hehe
[Balas Di Sini]
assalamualikum……
mawar dah baca….thanks atas panduan tersebut…..insyaAllah sama2 kita praktikkan….
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 3rd, 2009 at 2:21 pm
@mawar, Salam Mawar,suri suke pada lavender tu..mawar cubalah..pasti waktu pagi badan mawar akan rasa segar..tenang..
[Balas Di Sini]
salam,
bole tak klo sye nk letak tips ni kt belog sye ?
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 3rd, 2009 at 2:24 pm
@as, “anda bebas utk ‘copy&paste’ mana2 entri yang anda suka dan kongsikan di blog anda”
Tapi kalau boleh ‘credit’ kan lah alamat blog pakarhowto.com sebagai sumber maklumatnya.”
[Balas Di Sini]
salam. masalah saya berkaitan dgn stress juga. Saya mempunyai masalah dlm keyakinan diri dan cepat lemah semangat. Tak tau lah sama ada berpunca dari gangguan makhluk halus atau apa? Hati saya selalu tak keruan. Kadang2 satu atau dua hari ok, esoknya hati saya akan rasa tak keruan semula. Saya amalkan zikir dan juga doa2 yang disarankn oleh kwn2. Kadang kala saya rasa ingin menjerit, tapi saya tahankan, takut pula nanti kena histeria. Tolonglah saya…. Ingin bercerita dengan kawan saya malu dan rasa macam mengada2 pula. Apakan amalan dan doa yang terbaik untuk saya amalkan. Terima kasih.
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 4th, 2009 at 9:18 am
@mira,
Salam mesra mira..
Dibawah ni suri sediakan sedikit tips untuk memperbaiki keyakinan diri..
Senyum,
Lemparkanlah seyuman kepada yang memandang anda. walau anda tidak tegur tapi ia menandakan anda seorang yang ceria. sedkit senyuman boleh membawa kepada kegembiraan hati pada orang yang memandangnya.
Beramah mesra,
Dengan sesiapa jua kita haruslah pandai bawa diri.
adalah dinasihatkan pada waktu tersebut anda janganlah terlalu sombongkan/diamkan diri sahaja ini kerana disebabkan sikap tersebut terkadang segelintir orang tidak mahu menegur anda. cara hendak mengatasinya adalah cubalah memberanikan diri untuk memulakan percakapan terlebih dahulu pasti anda tidak akan rugi..
Penampilan diri,
Dari segi pemakaian akan membuatkan kita sedikit sebanyak lebih confident.
Memilih idola,
Untuk dijadikan contoh. kat sini suri cadangan seperti penceramah ustazah Siti Nur Bayah. ha cuba anda tengok cara dia berkomunikasi, cara berpakaian.amacam..ada tak daya keterampilan pada dia?
bagi pandagan peribadi surilahkan dia adalah antara orang yang penuh dengan aura yang tersendiri..
Selamat mencuba& semoga mira berjaya melakukannya..
[Balas Di Sini]
mira Reply:
September 4th, 2009 at 10:22 am
@surihati_ku, terima kasih suri… saya akan mencuba tip2 yang suri berikan. Sesungguhnya sokongan dn dokongan suri hya Allah yg akan mblsnya.
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 4th, 2009 at 3:36 pm
@mira,
sama-sama
[Balas Di Sini]
surihati,
thx, dan itu pasti …
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 3rd, 2009 at 4:22 pm
@as, alahai as, came-sma
[Balas Di Sini]
seronok selalu
[Balas Di Sini]
roslana_06 Reply:
September 4th, 2009 at 9:14 am
@abe ji,
[Balas Di Sini]
Stress sangat ni, Dah 3 tahun tak dapat balik beraya kat kampung.
Keja dengan bos Korea bahgian maintenance, jadual keja untuk hari raya banyak kilang stop line 1 minggu nak buat mantenance, hari biasa tak boleh nak buat macam dirancang je….. tak nak bagi kita raya.
Anak2 isteri dah bising lagi tambah stress..@#!&*” %$#@+0000…..
tolongggggggg…….. nak buat macamana ekk.. takan buat bodoh je kot.
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 9th, 2009 at 4:12 pm
@rizal,
salam rizal..
kerja kilang kalu dah bhgian maintenanc tu alamat memaglah susah nak mintak cuti apatah lagi nak cipta pelbagai alasan cuti sakit..sure meraka mesti berfikir 2 ke 3x degan alasan anda tu..
Alahai rizal..bukan ke kita menyambut syawal selama sebulan apa yang nak disusahkan sangat..
Kerja tetap kerja juga nak elak macam mana lagi sb itulah punca reziki rizal melainkan rizal minta cuti mc @ hal-hal kecemasan mungkin boleh ditrima pakai lagi kut..
Tapikan adalah lebih baik rizal tetapkan 1 minggu atau 4 hari untuk cuti panjang bersama keluarga..time tu mungkin masa bercuti besama keluarga adalah lebih banyak dimanfaat dari cuti 1 ke 2 hari sahaja..
[Balas Di Sini]
Sy suka tido kalau stress…… sekurang2nya lega sikit fikiran……….
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 9th, 2009 at 2:50 pm
@Akezna, tapi ada sesetengah orang suka makan banyak bila stress..
kalu suri suka beli coklat..kemudian makan,makan,dan makan sampai habis 2 papan coklat.. I LOVE COLKAT.. hehe..;)
[Balas Di Sini]
Akezna Reply:
September 9th, 2009 at 11:45 pm
@surihati_ku, ye betul, sbb coklat boleh menenagkan fikiran…..
[Balas Di Sini]
salam suri..saya pun tengah stress sgt nie. bila kawan saya tuduh saya penipu sedangkan saya memang ikhlas nak ajak dia keluar mkn sambil nak bagi peluang dia tambah pendapatan. macam mana saya nak hilangkan stress saya nie suri. tolong saya suri…
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
October 30th, 2009 at 2:53 pm
@azie, salam azie.
alahai..sorilah byk2 wahai temanku sb suri tak perasan..semak rupanya kt sini pun ada masalah juga..
azie..
jika kita ingin berkawan biarlah pada yang ikhlas dihati.janglah memilih kawan kerana tanpa kawan kita ttp akan merasa hidup kita sunyi tanpa khadiran insan2 seperti mrka..
azie,
jaganlah pedulikan akan kata2 mereka.sebahagian hati manusia memang sebegitu.jika kita hendak membantu mereka ke jalan yang mendatangkan kebaiakn buat mereka tapi mereka tetap berkeras menolakknya maka azie janglah memaksakan diri lagi utk bersemuka dgn mereka.yelah sb orang sudah tidak mahu menerima tawaran ikhlas dari anda. erm, melainkan bila mereka susah nati barulah mencari anda..aha..itu ungkin jugalah sb atas dasar2 terdesak.yer tak?
azie,
lakukanlah perkara itu selagi ia tidak mendatangkan salah dan kebaikan itu haruslah diberi pujian.tapi ingat azie kawan ,tetap kawan. anda jaganlah buang dia jauh dari hidup anda.anggaplah ia sebagaian pergaduhan kecil antara anda dan dia sahaja.maffkalnkah dia.sb kita kat dunia ni mmeg tidak terlepas dari kata-kata yang meyakitkan hati..dan tanpa kita sedari ia membuatkan kita saling membenci antara satu sama lain..
percayalah azie,
hanya dengan kemaafan sahajalah hati kita akan tenag semula..
[Balas Di Sini]
salam kak suri..
btol la lavender tu menenangkan,
sy mmg suka aroma2 mcm 2
sgt2 bgus untuk hilgkan stress..
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 9th, 2010 at 2:20 pm
@mia_lara, salam mia_lara..ya mmg boleh menghilangkan tekanan..kalu mlm seblim tdo pasanglah ye..sure tidur kita akn lbih nyaman
[Balas Di Sini]