“Cara untuk download video YouTube ke PC anda”
“Eh Syukri, ko tau dak macammana nak download video kat YouTube?”
Sejak akhir-akhir ni ramai betul kawan-kawan saya yang bertanya soalan seperti di atas tu kepada saya.
Hmm…nampaknya masih ramai lagi yang tak mengetahui bagaimana nak download video kat YouTube ni rupa-rupanya.
Jadi, di sini, ingin saya terangkan kepada anda, salah satu cara bagaimana kita boleh download video di YouTube ke dalam computer kita.
Begini caranya ;
1-Pergi ke laman web YouTube –> http://www.youtube.com/
2-Cari klip video kesukaan anda dengan memasukkan ‘keyword’ pada bahagian ’search’ dan klik ’search’
2-Pilih dan klik pada bahagian klip video yang anda ingin download tersebut
4-Copy URL klip video yang anda ingin download tersebut
5-Pergi ke laman web http://vixy.net
6-’Paste’kan URL yang anda ‘copy’ pada langkah 4 tadi
7-Klik butang ‘Start’
Setelah anda tekan ’start’, proses penukaran klip kepada video akan dilakukan oleh vixy.net
8-Setelah proses penukaran telah selesai. Klik pada butang ‘Download the converted video’
Sekian. Selamat Mencuba!!
“Saya Baca! Saya Faham! Saya Praktik! Saya Sebar!”




September 30th, 2007 at 12:21 am
saya dah cuba malangnya selalu kuar server is too busy..
selain cara di atas, ada lagi satu cara iaitu dengan copy url video youtube tadi dan ubah
http://youtube.com/xxxxxxxxxxx
kepada
http://youtube.dr.ag/xxxxxxxxx
October 2nd, 2007 at 4:43 pm
Saudara Naem,
Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat.
Saya akan try cara yang saudara ajarkan itu.
Tenkiu
March 19th, 2008 at 2:39 am
thanks, saya dah berjaya, suatu perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat..