Cara bagaimana untuk menasihati suami yang ego

Share

Setiap hari, ada saja email yang masuk ke inbox saya mengadu macam-macam masalah. Kali ini saya nak kongsi dengan anda mengenai masalah seorang isteri yang cuba untuk menasihati suaminya yang ego dan panas baran.

Baca luahan hati ‘Puan S’ di bawah ini ;

Assalamualaikum..

Saya ingin tanya pendapat pakar Blog PakarHowTo. Harap sangat dapat membantu.

Usia perkahwinan saya sudah hampir 5 tahun dan mempunyai 2 org cahayamata. Sebelum berkahwin dan di awal perkahwinan suami saya seorg yang rajin ke masjid, solat tak tinggal dan biasanya di awal waktu. Kalau di bulan ramadhan solat tarawih biasa tiap2 malam… saya amat bangga mempunyai suami sedemikian.

3 tahun kebelakangan ni dia dah terlalu jarang ke masjid, dlm setahun boleh di kira. Dalam bulan ramadhan untuk ke masjid bertarawih terlalu susah baginya… boleh dibilang dlm 2 atau 3 kali dlm sebulan, atau tak pergi langsung. Kat rumah bila saya mengajak utk bertarawih bersama dia buat tak tahu… Saya nk mengajak ke masjid, agak susah sb tangungjawab utk menguruskan anak yang masih kecil di rumah.

Waktu maghrib & subuh slalui qadha. alasan balik kerja penat.. & sllau terlepas waktu maghrib. subuh pulak… sb bangun lambak & biasa terlepas. Bila saya kejutkan awal di marah atau dia tak peduli. kalau solat pun dah pukul 7am. Bila saya memberi teguran atau nasihat, selalunya saya di marahi dan membibitkan pergaduhan yang panjang…Kadang2 disebabkan teguran berhari2 tidak bertegur …& dia tidak langsung hiraukan saya dan ank2. Setiap solat saya selalu berdoa utk suami… harap Allah bukakan pintu hatinya.

suami ego, isteri kecewa

Mintak nasihat pakar. Bagaimana cara terbaik utk saya menasihatinya dan perlu atau tidak saya menasihati sb suami saya ni terlalu ego dan susah utk dibawa berbincang. Dia pulak jenis yg agak panas baran. Dlm apa2 hal saya susah utk diberi peluang bercakap…

Tolong bantu saya…

Terima kasih dan wsalam.

-Puan S-

Berikut ini adalah jawapan / pandangan saya mengenai permasalahan yang dibangkitkan.

1. Teruskan berdoa pada ALLAH minta supaya diberikan taufik hidayah kepada suami puan. Setiap kali lepas solat, berdoalah sungguh-sungguh dan sepenuh hati, mengharapkan rahmat dan hidayah daripada Allah. Dalam doa tu, sebutkan secara khusus nama suami puan, minta Allah ampunkan dosanya dan diberikan petunjuk ke jalan yang diredhai Allah.

2. Jangan tegur secara direct kesilapan suami. Sebaliknya cuba cari jalan yang lebih ‘halus’ / berlapik dalam membuat teguran. Contohnya kalau dia liat bangun solat subuh, puan tak perlu kejutkan dia (sebab kalau kejut nanti dia mengamuk pula). Sebaliknya puan dirikan solat sebelah katil. Kemudian lepas solat, puan baca quran dengan suara yang ‘agak kuat’. Mungkin sehari dua, tak nampak kesannya. Tapi kalau hari-hari puan buat macam tu, harap-harap dia akan ‘malu’ sendiri nanti. Tak pun, kalau ada anak, suruh anak ingatkan atau tegur. Sebab kadang-kadang, suami lebih boleh mendengar teguran anaknya.

3. Puan kena jaga akhlak dan adab dengan suami. Layan dia sebaik mungkin. Kalau berbicara dengan dia, gunakan perkataan yang lembut, sentiasa senyum dan bermanis muka dengan dia, dan sentiasa minta maaf pada dia (walaupun mungkin puan tak buat salah). Pendek kata, puan kena berusaha jadi isteri yang solehah dan cuba ‘tawan’ hati suami. Teknik ini mungkin boleh dianggap sebagai teknik ‘reverse psychology’, dimana tujuannya untuk suami puan berasa segan dan ‘malu kucing’ dengan kebaikan yang puan berikan padanya. Melalui cara ini juga sebenarnya, boleh menarik rahmat dan keberkatan daripada Allah. Disebabkan pengorbanan dan susah payah puan melayan suami (*melayan suami adalah satu ibadah yang utama bagi seorang isteri), maka Allah akan beri kebaikan dan curahkan kasih sayang dalam keluarga puan.

4. Puan cuba amalkan doa yang diajarkan oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din seperti dibawah (amalkan dengan istiqamah).

Doa supaya dilembutkan hati orang yang sukar mendengar nasihat (Klik Sini Untuk Download).

Sekian, semoga puan tabah dan sabar dalam mengharungi ujian hidup yang sementara ini. Saya doakan semoga suami puan dibukakan pintu hidayah untuk kembali ke jalan yang diredhai Allah, seterusnya memberikan keberkatan dalam hidup puan sekeluarga.

P/S- Kepada pembaca lain yang ingin berkongsi tips atau petua bagaimana menasihati suami yang ego, silalah kemukakannya di bahagian komen. Segala pandangan dan komen anda sangat-sangat kami hargai. ;) (2763)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

31 thoughts on “Cara bagaimana untuk menasihati suami yang ego

  1. salam.
    kepada Puan S,byakkan bersabar.
    selain amalan doa di atas.kita sebagai isteri bykkan membaca ayat2 pelembut hati semasa kita memasak makanan,menyediakan air dan sebagainya untuk suami dan anak2,dgn cara ini juga dapat melembutkan hati suami dan egonya.basahkan lidah kita dgn zikirillah setiap kali kita memasak utk keluarga kita.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    sya Reply:

     
    salam..
    hai salmi..boleh saya tahu aper ayat2 pengaseh  @  pelembut hati tue..
    saya dah lamer carik..bukan aper untuk kebahagian sekeluarga..
    time kaseh..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. salam.

    dalam byk situasi,terkadang bila kita melihat kelemahan pasangan kita,kita terus kaitkan dgn peribadi mereka.cthnya-pasangan saya begini,pasangan saya begitu dll.

    cth yg paling hangat,dlm kes poligami.suami yg berpoligami amat kerap di pandang ‘serong’ dan kebanyakkan isteri yg di madukan berkecil hati terhadap keputusan suami mereka utk berpoligami.dlm kes yg teruk,terkadang isteri muda di tuduh merampas suami dan bapa kepada anak mereka.tapi adakah si isteri pertama pernah muhasabah diri mereka sendiri,ada tak mungkin sifat mereka sendiri yang menjadi faktor si suami terbuka hati utk berpoligami?

    mungkin kaedah yg sama boleh di guna pakai dlm kes ini.mungkin suasana rumah yg menyebabkan keadaan boleh berubah kpd skrg.mungkin faktor layanan ataupun faktor keselesaan dlm rumah yg membuatkan jd begitu.

    dgn dunia yg penuh dgn cubaan dan dugaan skrg ini,tidak ada perkara yg mustahil akan berlaku sekiranya iman tidak di asah selalu.

    byk amalan yg boleh di amalkan seperti yg telah di utarakan.amalkan lah..InsyaAllah akan datang Barokahnya jika di amal dengan ikhlas dan berterusan.

    “Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat,
    Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang-orang yang khusyuk;
    (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui
    Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-NYA”
    (Al-Baqarah:45-46)

    Muhasabahlah diri kita msg2..InsyaAllah akan jumpa jalan keluar.
    Wallahua`alam.
    .-= wak´s last blog ..:: Tautan Kasih Ini :: =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Leyna Reply:

    @wak, kagum dgn ulasan wak..jd satu pengajaran buat sy..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    wak Reply:

    tambah sedikit utk peringatan diri sendiri.

    Dalam tertib kehidupan bermasyarakat (muasharat),dalam apa pun jua keadaan,cuba sedaya upaya untuk tidak menyalahkan orang lain.Yang lebih utama,kita memeriksa dahulu hubungan kita dengan ALlah SWT.Mungkin ujian/dugaan yang kita hadapi ini sekarang di sebabkan hubungan kita dengan ALlah ada masalah.

    Dan lagi,dalam kita berdakwah/mengajak orang ke arah kebaikan,sekiranya orang itu berubah menjadi baik,itu semua adalah Hidayah yang datang dari ALlah SWT.Kita sebagai pendakwah/tukang ajak kepada kebaikan pula haruslah beristighfar,takut takut nanti,suatu hari kita tidak dapat beramal seperti apa yang kita ucapkan/ajak/dakwah sebelum ini.

    Akhirnya,sebagai tambahan,nasihat haruslah di iringi dengan doa di malam hari sebagai tanda kita mengabdikan diri kepada Allah.

    (antara isi kuliah ustaz Haji Hambali @ http://hambalialorstari.blogspot.com/)
    .-= wak´s last blog ..:: Tautan Kasih Ini :: =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. betul kata wak tu,mgkn keadaan rmh tangga menyebabkn keadaan tersebut berlaku..cuba puan s,pikir ape kesilapan yang pernah puan s lakukan dan selalu la berdoa agar tuhan kembalikan suami puan s yang dulu..dan satu lagi, ni petua yang sya bca dlm internet..time suami puan s tido,puan s berckp dgn dia tp jgn kuat sgt nati terjaga..sy rs dlm bloh pht ni ade petua berkaitan suami isteri,cuba cri dan amalkan..
    .-= faiz manik´s last blog ..GOTONG ROYONG =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Salam Pakar. Satu perkongsian yang baik. Saya baru sahaja lepas rakaman Tanyalah Ustaz semalam. Yang menariknya tajuknya Kuasa Kemaafan. Ego akan menutup minda untuk menerima kesilapan diri. Segalanya dirasakan betul sahaja. Pendekatan secara terus akan mengundang masalah lebih besar tetapi mungkin juga boleh menggunakan pendekatan psikologi yang lebih sesuai. Banyakkan berdoa supaya Allah memberikan hidayah kepadanya.
    .-= Motivasi Kerja´s last blog ..Kuasa Kemaafan (1) =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. saya suka dengan panduan no 3 tu.. saya pernah buat, dari pengalaman saya sidia akan berubah dengan sendirinya.. mungkin dia terasa segan sebab kita terlalu baik dengannya, membuatkan dia berubah menjadi lebih baik untuk balas kebaikkan kita tadi.. namun peranan doa itu teramat penting, jika kita doa dengan penuh yakin Insyaallah doa itu akan termakbul..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. Menegur suami secara berhemah kene ada caranya..mmg sikap semulajadi lelaki bersifat ego…berkat kesabaran si isteri setiap teguran dpt diterima ..yg penting kesungguhan dan keiklasan perlu ada bagi menagani masalah ini

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. saya pn xtau la nk tegur suami cm ne lg,kang silap tegur bleh sakit badan walaupn pregnant,ada dia kisah….well lelaki tetap ng ego kn?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    women Reply:

    setuju..wlupn kaki tgn dia xnaik,tp dia wat perangai,dlm baik! dlm diam! bile istri diam,suami naik lemak! ingt skit wahai para suami,diam2 ubi,berisi! ape yg kua dr mulut istri,lebih2 lg doa istri,slalu masin! ingt skit..so,balajar la hargai istri..sebelom terlewat..nnt,nangis air mata drh skalipn,xgune da..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  8. Salam semua..sy ni seorg isteri yg ingin mntk pendpt dr kalian yg lebih berpengalaman…sy sudah berkahwin 3thn..tp suami sy ni ego..boleh dikatakan dr segala segi…dgn cara kt ngaku slh je dpt menenangkan dia…wlpn pd dsrnye kt yg betul…then pastu klu kt nk ckp n nasihatkan dia kt kne ckp elok2 n pujuk..mcm mn..sdgkan dlm hati membara tgh menahan kemarahan…kdg2 tension teramat sgt sbb kemarahan xdpt nk dikeluarkan..ade xcara lain untuk atasi mslh ini..tlg yer

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    kaklang Reply:

    dek rose.. tu baru 3 thn.. kaklang dah hampir 16 thn.. sama je macam awk kata tu.. kaklang mmg sabor abes..kdg2 tak tahan dah..tapi kaklang layan dia cam tak de apa yg sakit dlm hati kaklang. sbb kaklang fikir mungkin kaklang pempuan pilihan Allah ditemukan jodoh dgn dia…camanapun sikit sebanyak tak dpt nafikan perangai suami yg selfish ni mmg mengganggu fikiran n prestasi pejalanan hidup kita.. ada beberapa cara yg kaklang nak bekongsi.. sentiasa berdoa, baca al Quran ketika kita sakit hati dn menahan geram.. bergurau, bersenda ngn anak (buat cam dia kita tak nampak dia wujud dlm umah).. kalau dia diam, kita diam..jangan mulakan sepatah haram pun perkataan selagi dia tak mulakan tp dlm pada itu makan minum dia buat cam biasa..dan bila dia dah mula berkata2, kita kena selalu ingat..berpada2 (just cakap apa yg penting saja) bila berkata2 bior dia malu sendiri..dan terus berdoa / tilawatil quran..InsyaAllah..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    intan berlian Reply:

    betul lah tu kak lang …si suami memang ego tak mahu bertolak ansur biler kita sentiasa meminta maaf walaupun kita tak salah si suami dah besar kepala rasa diri dia je betul….apa daya si isteri hanya mengalah tp kalau selalu mengalah je hati pun membara …. saya dah cuba buat tak tahu je dan cuba tak bercakap tp ego si suami tetap kuat dia tak kan bercakap dgn kita walau macam mana sekalipun eeeee……tension rasa nye kak…saya ni baru 8 tahun kawin tp rasa macam dah 18 tahun kawin sbb tak tahan sabar ngan perangai dia….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Orang Kg Reply:

    Nak turunkan EGO lelaki memang teramat ……susah. Kalau isteri berpela jaran tinggi pun susah apa lg yang kurang, lagi su…..sah. Rasa akak la, PEPATAH melentur buluh biar dari rebung bukan je sesuai untuk anak anak tapi bagi semua pasangan yang baru berumah tangga pun amat sesuai. Dari awal perkahwinan SuaraKAN SUARA HATI ANDA bila ada sesuatu yang melekat dihati anda. Jangan masa baru kahwin tak sampai hati nak SENTUH hati suami ( masa baru kahwin suami kan selalu OK MY DARLING ) bila dah jadi buluh baru terasa NAK CAKAR-CAKAR HATI SUAMI, SUSAH LA SIKIT NAK BERBEKAS CAKARAN KITA TU.
    Yang dah jadi buluh keras tu, kena lah banyak SABAR, bertawakal dan percaya bahawa UJIAN ALLAH itu ada RAHSIANYA.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @Orang Kg,
    Hehehe…
    sangat tertarik dengan komen, perumpamaan dan kata-kata akak la.
    Cakar-cakar hati suami yer…hehe

    Saya bersetuju dengan akak.
    Suarakan suara hati dan sentuh hati suami sejak dari mula perkahwinan lagi.
    Jangan tunggu dah jadi buluh baru nak mencakar…haha

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. Tolonglah, sesiap isteri atau wanita yang suka merajok memanjang, apa harus sya lakuan

    Isteri ku berkata yg aku tidak peka. Aku berusaha dan berusaha untuk menyennagkan isteri, tetapi tidak ada yang berhasil. Aku tidak tahu di mana kesalahan ku.Satu permintaan ku adalah untuk mengerti wanita ? tahu bagaimana sebenar perasanya merek ketika merke membisu padaku ?
    tahu mengapa mereka menangis? tahu apa yang mereke inginkan ketika merke tidak memberitahu aku apa yang sebenarnay mereka inginkan? aku ingin tahu apa yang membuat mereka benar benar bahagia.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    isteri sepi Reply:

    @mambo, mambo..bertuah dapat suami mcm u yg berusaha utk memujuk isteri…teruskan la usaha u yg murni u…dalam kamus hidup i tiada istilah merajuk atau utk dipujuk jauh sekali….yg dapat hanya lah maki hamun yg tiada penghujung walaupun baru 5 thn kawin…..bukan semua lelaki mahu mendalami hati nurani seorang isteri…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. asslamualaikum……….
    rungsing ngan perangai suami yg moody jew,bila ajak berbual……xdew topik katanya….bila kt bergurau,marah plak kita kata ganggu dia….kekadang x paham ngan sikap suami mcm nih…..klu dgn member adew jew yg nk di bualkan….sampai x cukup masa berbual…..lebih suka bersama kawan dari keluarga…kekadang terasa diri terabai…..kasih sayang nampak mcm dah kurang………..lebih ptgkan org tua dia pun adew gak…bila ajak blk umah ibuku…tarik muka dan mcm2 alasan diberi……tension ngan suami mcm nih…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. salam..saya ingin meminta petua untuk ubahkan hati wanita yang suka berkepit dengan suami sya.disebabkan dia rumahtangga saya diambang keruntuhan.suami saya ingin bercerai dengan sya disebabkan perempuan tersebut. ape yang saya ptut buat..saya tak tinggal sebumbung dgn suami kerana faktor masih study lagi..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. ..saya terima suami seadanya walaupun banyak yang saya nak takde pada dia. saya terima jodo ketentuan tuhan. tapi 1 je yg betul2 saya harapkan dari seorang suami iaitu ‘solat’ dan ‘mengimamkan solat’. sejak awal perkahwinan mmg dia amik ringan ttg solat. kdg2 sanggup tipu bila saya tanya da solat katanya sudah. sedangkan sebaliknya. hancur luluh hati saya…sampai skarang da da anak 1 pun dia masih begitu. mcm2 cara sy lakukan. doa, doa lembut ati, melalui anak (suh anak yang cakap).. tak tau bila suami akan berubah. bila tgk suami org tak tggl solat n rajin ke masjid saya cemburu sgt2. mcmnpun saya akan terus berdoa agar suami diberi hidayah termasuk diri dan keluarga saya..Amin….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. suami saya seorang yang kuat cemburu dan pemarah? setiap perkara yang berlaku selalu saja di kaitkan dengan saya. apa saja kesalahan orang pasti dia akan menuduh saya berlaku curang. tolong lah saya…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    mummymai Reply:

    cemburu tu mgkin tanda sayang, dia xnak puan jatuh ke tgn org lain.Tuduhan yg x berasas tu abaikan je, buat dekk aje, telan wpun pahit.
    Cuba bterus terang dgn die pkara sbnr.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  14. lelaki dan perempuan masing2 ada ego sdri. Tp..mmg bengang dgn suami yg ego x kna tempat, isteri tegur ke arah kebaikan, xnak terima..padahal dh tegur dgn lemah lembut, sopan santun..ntah mcm mana lagi die nak???
    Isteri selalu mengalah dan btolak ansur, dan minta maaf(wpun isteri x salah)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  15. suami sya ego atas beberapa perkara sahaja tapi kadang – kadang buat saya tertekan….namun bila saya ubah cara komunikasi saya, lebih banyak mengalah dia boleh menerima sedikit. Pada saya ego suami perlu sebab itu sebahagian daripada pendidikan untuk kita sebagai seorang isteri…walau kadang- kadang rasa macam tidak pada tempat sepatutnya.

    jadi pada semua isteri banyak kan bersabar…kalau rasa nak maki ka, nak marah ka biar lah tidak dengarnya….dan bertaubat…..suami adalah raja hati kita dan banyakkan doa untuk mereka….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @ashiteru,
    terima kasih atas komen awak.
    setuju sangat2 atas apa yang dikongsikan ni.

    keras lawannya lembut,
    api lawannya air,
    kalau suami ego, kita cuba rendah diri.
    insyaAllah, ego suami akan kalah.
    seperti api akan terpadam dengan air.

    terima kasih ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  16. alhamdulialah suami saya x pernah tinggal solat dan kini telah mula bersolat jemaah di masjid. Setiap mlm pula melakukan solat tahajud Apa yg saya musykilkan setiap pg sebelum solat tahajud dia akan bersms. Saya telah bertanyanya secara sms tetapi dia tidak menjawab dan x mahu berterus terang. Lebih kurang 2 th lps ex girlfriendnya telah dpt menghubungi suami saya melalui facebook. Sejak itulah dia berubah rajin ke masjid.Saya pernah bertemu dgn ex-nya bersama2 suami dan suami wanita tersebut. Selagi suami x berterus terang saya akan berburuk sangka terhadap suami. apa yg perlu saya buat.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam