Blog2 Hebat
Di bawah ini disenaraikan semua blog kawan2 ku yang hebat-hebat dan gempak-gempak belaka. Jemputlah melawat ke blog mereka. Anda pasti menyukainya. InsyaAllah.
————————————
Sang Pelangi
Komen Saya : Saya meminati gaya tulisannya yang bersahaja dan mempunyai mesej yang baik. Design blog nya pun simple tetapi cantik, secantik pelangi selepas hujan. Saya bagi 4 star kepada blog ni.
Hikmatun
Komen Saya : Saya suka blog Hikmatun ini kerana tulisannya sangat memberikan pengajaran dan ilmu berguna kepada saya. Di blog nya juga, ada banyak lagu kegemaran saya untuk di download. Saya bagi 5 star kepada blog ni.
CoOL’s Blog
Komen Saya : Blog CoOL ini sebenarnya milik salah seorang ’shareholder’ PakarHowTo.Com. Tulisan dalam CoOL’s Blog adalah dalam bentuk santai dan kandungan tulisan juga tidak berat/tidak serius. Saya kira pemilik CoOL’s Blog ini menjadikan blog beliau tersebut sebagai tempat meluahkan perasaan tentang ragam kehidupannya sehari-hari. Saya bagi 3 star kepada blog ni.
Solehpolysas Blog
Komen Saya : Saya baru terjumpa blog ini pada 2 Dec 2008. Apa yang boleh saya katakan tentang blog ini ialah ia seumpama “CINTA PANDANG PERTAMA”. Kali pertama saya terjumpa blog ini, maka saya TERUS JATUH HATI padanya. Walaupun dengan hanya menggunakan blogspot, tapi blog ini tak ubah seperti blog dot com. Designnya professional dan content blog sangat-sangat bagus! Tak sangka betul, umur pemilik blog ini rupa2nya masih belum mencapai 20 tahun. Memang ada bakat jadi blogger ternama! Maka dengan itu, saya bagi 6 star pada blog ini.




