Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Tips Cepat Naik Pangkat

December 24, 2009 By: surihati_ku Category: Petua, Tips

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

As-salam untuk sahabatku semua..
Hurm lagi beberapa hari je lagi kita akan mengginjak ketahun baru. Antara sedar dengan tidak usia kita pun makin meningkat. Berbicara tentang azam apakah azam yang telah anda laksanakan sepanjang tahun 2009 ini? emm..bagi yang telah berjaya meriasasikan azam dengan penuh jitu tu Suri ucapkan tahniah kepada mereka..tapi pada yang gagal dipertengahan jalan tu mungkin ia memerlukan sedikit usaha lagi dan lagi untuk berjaya menuju kehadapan.

Apa-apapun ingatkah setiap azam yang ingin diukirkan dihati kita wajarlah sekiranya kita merancangnya mengikut kemampuan kita sendiri dari sudut tarikh dan masa yang bakal kita gapaikan kelak.

Pasa semua yang berkerjaya pastinya akan mengharapkan kenaikan pangkat suatu hari kelak. Namun kenaikan pangkat setingkat daripada jawatan sekarang sudah melambangkan banyak perkara. Bukan sahaja nilai gaji yang lebih besar, malah rasa hormat dari rakan sekerja yang lain juga turut dapat dirasakan tapi yang lebih penting pengiktirafan oleh majikan terhadap usaha tugas yang anda lakukan itu adalah lebih bermakna dalam kehidupan anda.

Namun begitu diakui bukan mudah untuk kita memperoleh kenaikan pangkat. Anda harus berkerja keras disamping menunjukkan prestasi yang membanggakan. Tapi kedua perkara ini saja sebenarnya tidak mencukupi sekiranya, ada beberapa faktor lain lagi yang berkaitan dengan sikap yang harus dijadiakn amalan untuk mempercepatkan anda naik pangkat!! Apa rahsia dia??

tips naik pangkat

  • MENCARI CABARAN

Biasakan diri anda untuk mengerjakan tugas-tugas yang paling sukar. Maksud disini adalah tugasan yang tidak menyenangkan dan dihindari oleh ramai pekerja. Katahuilah bahawa dengan cabaran sebegini akan membuktikan anda sebenarnya boleh berkerja di bawah tekanan.

  • NYATAKAN PENDAPAT ANDA SEWAKTU MESYUARAT

Sebenarnya kebanyakan dari kita di peringkat bawahan mahupun atasan akan memilih untuk berdiam diri sewaktu mesyuarat sedang rancak dijalankan. Anda perasan tak?? Okey apakata mulai sekarang Suri cadangkan agar anda gunakan kepakaran anda dalam berbicara itu diolahkan melalui kebijaksanaan anda dalam mengutaran pendapat. Nah, ketahuilah bahawa anda tidak hanya menonjol tetapi juga anda akan bisa mempunyai keyakinan diri sendiri. Selain itu anda juga dilihat sebagai pekerja yang berminda positif serta mempunyai perhatian dan minat dalam persoalan yang dibangkitkan.

  • KEMBANGKAN KEMAHIRAN

Ops! JANGAN berhenti daripada belajar. Ketahuilah bahawa sekiranya syarikat anda sedang memperkenalkan sistem atau kemahiran baru, Suri cadangkan agar anda mencuba mengambil peluang tersebut untuk mempelajarinya dengan tekun dan bersugguh-sungguh. Ini akan menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang punya inisiatif sendiri.

  • MENYELESAIKAN TUGAS LEBIH AWAL

Menyiapkan tugasan kerja pada hari ‘date line’ adalah perkara biasa. Hah, apa kata kali ini anda cubalah amalkan sikap dengan menyiapkan perkerjaan tersebut dengan lebih awal dua atau tiga hari sebelumnya. Ia akan memberi peluang pihak atasan memberi pendapat terhadap hasil tugasan anda itu dan anda juga masih punya waktu untuk memperbaikinya kembali.

Sikap ini juga menunjukkan anda mahir dengan tugas anda sehingga mampu menyelesaikannya dengan cepat dan bersedia untuk memegang tanggungjawab serta jawatan yang lebih tinggi.

  • JADI RAKAN SETUGAS YANG BAIK

Jagan segan membantu rakan dan menjaga hubungan dengan rakan setugas. Selain itu banyakkanlah meminta nasihat dari orang atasan ataupun rakan setugas yang sudah berpengalaman.

Ketahuilah bahawa dengan cara sebegini orang atasan akan melihat anda adalah seorang yang terbuka dalam mempelajari sesuatu perkara-perkara yang baru dan bersemangat untuk mencapai sasaran yang sama.

  • SENTIASA BERSEMANGAT

Ingatlah bahawa pekerja yang memiliki sikap yang baik dan berkeinginan untuk maju kehadapan selalunya dia akan nampak lebih menonjol dari rakan-rakan setugasnya yang lain.

Apapun kerja yang diberikan, anda seharusnya menjadi orang yang pertama dalam bersedia menjalankan amanah kerja tersebut. Tapi ingatlah bahawa kerja yang anda lakukan itu biarlah iklhas dihati dan bukan dari tindakan anda yang suka menunjuk-nunjuk dikalangan pekerja yang lain. Harus diingat setiap kerja yang diberikan jika dilakukan dengan rasa tanggungjawab Insyallah kita akan mendapat keberkatannya dariNya kelak.

33882-five-steps-to-get-promoted

  • IKUT PERKEMBANGAN SEMASA

Perkara yang wajib yang perlu anda ketahui ialah sentiasa memgikuti perkembangan semasa di dalam atau di luar syarikat begitu juga dengan kemahiran yang berkaitan dengan tugas anda tapi awas! jangan pula anda sibuk mengikuti gosip-gosip yang langsung tidak mendatangkan faedah bagi anda.

Ingatlah tika ada waktu yang sesuai anda tunjukkanlah kepada majikan anda bahawa anda sebenarnya benar-benar mengetahiu semua selok-belok yang berkaitan dengan bidang perkerjaan dan juga perkembangan syarikat.

  • DOA DAN AMAL IBADAT

Ingatlah bahawa setiap perkara yang kita lakukan hari ini haruslah diiringin dengan doa dan amalan kepadaNYA kerana setiap rezeki yang kita perolihi itu akan diberkati dan rajin-rajinlah kita melakukan solat syukur keatasNya sebagai Rahmat, yang kita masih berada didalam lindunganNya.

Cara anda bagaimana pula ?? :) :( ;)

Most Commented Posts

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2


Eh Apa Ni??

10 Comments to “Tips Cepat Naik Pangkat”


  1. bagus tips tu…..

    Jom Twitter

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @sharinginfoz,
    Terima kasih ..sharinginfoz..;)

    [Balas Di Sini]

    1
  2. tenkiu2..
    tip2 tuk jadi teampartner y disenangi ader x……???

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Asma’,
    salam asma..
    hurm..jika anda nanti suri akan muatkan dlm blog ni ya..hehehe

    [Balas Di Sini]

    Asma' Reply:

    @surihati_ku,
    mm…mekasih! =)

    [Balas Di Sini]

    2
  3. Assalamualaikum… tq adikku sayang….

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @emma,
    sama-sama… ;)

    [Balas Di Sini]

    3
  4. Salam tuan tanah,
    Nak minta izin copy paste artikel ini untuk dimasukkan di dalam blog saya boleh ? Untuk berkongsi-kongsi. Tapi nak minta izin dulu. Dah diberi izin baru la saya akan letakkan dan put ur blog name down there as a credit to u

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @ida,
    Boleh saja. Sila gunakan fungsi ‘Email Artikel Kepada Kawan2′ yang terdapat pada bahagian atas atau bawah post untuk menghantar artikel ni ke email awak. Artikel ini tidak dapat di copy secara terus sebab ada protection copy&paste di blog ini. Kalau gagal untuk copy juga, sila maklumkan pada saya.

    [Balas Di Sini]

    4
  5. good, sesuatu yang penting untuk kita yang keja 8 to 5 ni. Tambah-tambah lagi kita yang kakitangan sokongan ni. Thankz kpd penulisnya

    [Balas Di Sini]

    5


Leave a Reply

CommentLuv Enabled


This page is copy protected