Petua hilangkan bau durian
Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Hujung minggu lepas, saya dan isteri balik kampung di Jerantut. Kebetulan masa kami balik tu, durian banyak giler gugur. So, apa lagi. Sampai-sampai jer kat rumah, perkara pertama kami buat ialah, belah & ‘bedal’ buah durian laa. huhu
Saya dan isteri saya ni memang ‘hantu durian‘. Di KL ni pun, kami pantang jumpa durian. Pasti beli punya. Tak kira la di pasar malam ker, di tepi-tepi jalan ker. Memang kami akan singgah kalau terjumpa mana-mana tempat yang ada menjual durian. Walaupun harganya durian di KL ni mahal, tapi nak buat macammana. Dah ketagih. Bedal saja laaa…hehe.
Durian memang beshhh!!!!
So, balik kampung baru-baru ni, kami tak lepas peluang la. Perut kosong jer sikit, bedal durian. Bosan2 jer, bedal durian. Malah, sambil2 tengok TV pun kami bedal durian gak. Pendek kata, pagi petang siang malam, kami bedal@makan durian. Bau mulut usah cakap la. 24 jam berbau durian.
Memang tak sia-sia kami balik kampung hujung minggu lepas. Alhamdulillah, kami sangat bersyukur atas kurniaan nikmat yang Allah berikan pada kami.
Kami balik semula ke KL pada hari Ahad petang. Masa nak balik tu pun, sempat gak kami sumbat beberapa biji durian dalam kereta. Pada mulanya, malas gak nak bawa balik KL. Yer la, nanti habis busuk bau kereta. Isteri saya cakap pun, dia tak berapa tahan bau durian yang terperap dalam kereta. Sebab tahun lepas kami memang dah ada pengalaman pahit bawa durian dalam kereta. Sampai termuntah-muntah dalam perjalanan, dek kerana tak tahan bau durian. Haa masa tu, seminggu pun bau durian tak hilang-hilang. Jadi, tahun ni, kami dah ’serik’ nak bawa durian dalam kereta.
Tapi disebabkan mak saya dah beria-ria suruh bawa balik jugak. Maka saya terpaksa la bawa beberapa biji durian. Yer la kan, nanti kecik hati pulak mak.
Maka, durian-durian tadi, kami bungkuskan dengan surat khabar dan masukkan dalam kotak. Konon-kononnya nak kurangkan sikit bau durian daripada merebak ke dalam kereta. Tapi silap la, bau durian tetap juga tak dapat dihalang.
So, sepanjang2 perjalanan dari Jerantut ke KL tu. Terpaksa la kami menahan bau durian yang begitu menusuk hidung. Sampai naik pening2 lalat saya dibuatnya. Tapi apa nak buat kan, durian punya pasal, terpaksa lah kami tahan.
Sekarang, dah masuk hari ke-3 selepas balik dari kampung. Namun, seperti tahun lepas jugak, bau durian masih melekat segar di dalam kereta kami. Malah baunya kini menjadi sedikit ‘tengik’ jika dibandingkan dengan bau pada hari pertama.
Isteri saya yang hidungnya memang agak sensitif tu, dah mula bising2.
“Tulah abang, saya dah kata jangan bawak balik durian. Skang tanggunglah akibatnya….”
“Aduh, kita pula yang dipersalahkannya. Padahal dia gak yang ‘hantu durian’. Makan suka, bau tak tahan. Appa raaa…”, bisik hati kecilku. huhu

Perghh...melelah air liur...hehe
OKla, berbalik pada cara menghilangkan bau durian. Disebabkan isteri saya dah mula bising2, maka saya pun buat la sedikit ‘research’ di internet ni, petua cara bagaimana untuk menghilangkan bau durian.
Berikut adalah informasi berguna yang berjaya saya perolehi.
Petua Menghilangkan Bau Durian
Bau rokok dan durian memang sukar untuk dihilangkan, khususnya di kawasan yang bertutup seperti dalam bilik dan but kereta. Ada kalanya, bau durian di dalam but kereta boleh tertinggal sehingga berminggu-minggu walaupun duriannya sudah tiada. Ada beberapa kaedah untuk membuang bau-bauan ini.
- Kaedah Pertama
Letakkan semangkuk cuka di dalam kawasan yang berbau kurang enak (eg. bilik / kereta). Cuka akan bertindak untuk menyerap bauan yang kurang enak tersebut.
- Kaedah Kedua
Letakkan semangkuk serbuk penaik (Baking Soda) di dalam kawasan yang berbau kurang enak (eg. bilik / kereta). Serbuk penaik akan menyerap bauan yang kurang enak tersebut.
Sekiranya bauan tersebut melekat pada karpet, anda boleh menabur serbuk penaik tersebut di atas karpet anda. Biarkan serbuk penaik dalam masa 30 minit. Kemudian, anda bolehlah vakum serbuk penaik tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bauan yang kurang enak dari kerusi kereta, sofa, tilam dan lain-lain.
- Kaedah Ketiga
Letakkan beberapa keping roti putih (roti sandwich) di dalam kawasan yang berbau kurang enak. Biarkan roti itu disitu untuk 1 atau 2 hari. Pasti bauan tersebut akan hilang di resap kedalam roti tersebut.
*Kaedah ini terbukti berkesan apabila saya mencubanya dengan meletakkan roti di dalam kereta saya yang baru di “spray” / cat semula. Saya menutup semua tingkap dan biarkan roti itu di dalam kereta selama 2 hari. Hasilnya, bau cat yang tidak sedap tersebut telah hilang sepenuhnya dari dalam kereta.
- Kaedah Keempat
Letakkan arang di kawasan yang berbau kurang enak. Arang akan menyerap kesemua bau-bauan tersebut.
- Kaedah Kelima
Jika bauan tidak enak melekat ditangan anda, dan ianya tidak hilang apabila di basuh, anda boleh membasuh tangan anda menggunakan jus limau / oren. Gosokkan tangan anda kedalam jus tersebut. Kemudian, basuh tangan anda menggunakan air dan sabun. Akhir sekali, lapkan tangan anda menggunakan kain pengelap yang telah di letakkan cuka….
- Kaedah Kelima
Beli Febreze dan sembur jer la. Ini pun memang berkesan juga.
Sekian, semoga ada manfaat.
** Anda suka blog ini? Rekemen la blog PakarHowTo ini kepada kawan-kawan yang lain di sini! ** |
Sumber : http://www.sepaku.net/

Artikel lain yang best-best...
Email Artikel Ini Kepada Kawan2








Klik Gambar Untuk Sertai Persatuan Bakal-bakal Bapa (PBB) PakarHowTo


Salam.. saya juga pernah mencuba petua-petua yg disebutkan dan memang terbukti bau tersebut hilang tapi bau durian ambil masa sedikit.Paling senang guna febreeze..huhu
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 8th, 2009 at 4:46 pm
@am_kirara,
Yer…
Guna Febreeze adalah paling senang.
Tapi dalam kes saya,
Guna Febreeze pun tak hilang la bau durian tu.
Mungkin sebab bau durian kampung menyengat sangat kot…
Habis kalah bau febreeze…hehe
[Balas Di Sini]
kalau letak semuanya serentak lagi cepat hilang bau durian
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 8th, 2009 at 9:34 pm
@BAGAK,
hehehe…kalau bubuh semua,
memang confirm berkesan!!
cubalah kalau tak percaya
[Balas Di Sini]
salam…
amat tertarik dgn semua info, tips ect..
thanks for sharing..
[Balas Di Sini]
3salam… durian buah kegemaran
[Balas Di Sini]
4salam… rasa bengong lak… tak nampak comment yang ditulis sebentar tadi…
hehehehehehe
kak e’s last blog post..Takoyaki (3)
[Balas Di Sini]
5Taun nie derian tak berapa menjadik
tapi lantakkan aja
nak bst lagi
biarkan tinggal sedikit
pastu rebut ramai2
mmg nikmat
KampungBoy’s last blog post..Tunjukkan Sokongan Anda. Bantulah Chenat
[Balas Di Sini]
6salam
tips yang bagus dikala musim durian ini. bau durian memang memeningkan kepala. Apatah lagi jika bau tersebut berminggu-minggu lama baru hendak hilang.
zuzila’s last blog post..Ubat rambut beruban
[Balas Di Sini]
7Salam PHT
Thanks info yg berguna..moga2 dpt dipraktikkan bilamana menghadapi masalah bau durian yg berpanjangan….boleh share ngan kenkawan len nih
[Balas Di Sini]
8wahh bagus petua ni..lebih2 lagi skang ni mmg musim durian. Org umah saya pun sama, suka makan durian tapi xtahan dgn bau durian
Najib’s last blog post..E-Book Percuma Cara Menarik Beribu Pelawat
[Balas Di Sini]
9salam
bestnyer bau durian…apatah lagi mkn durian.
minggu lepas kitaorg kenduri mkn pulut n lempok durian…semerbak bau satu opis..huhu
fida’s last blog post..Bowling-Arl Bowl Alamanda
[Balas Di Sini]
10petua yg selalu saya pakai , letak roti dlm keta… beli roti yg murah jer weh.. jgn pulak ltk gardenia..
2 hr dah cukup utk hilangkan bau tu.. ni pengalaman saya..
yer ler.. duduk kat kl.. bwk durian dr Kulai, Johor.. baunyer… perghhh…
Selamat mencuba..
[Balas Di Sini]
11kalau tak nak kereta berbau durian..
masa bawa durian tu, letak dalam bonet ke… tapi jangan pasang air cond..buka tingkap kereta masa drive tu… so, tak ada la kereta bebau durian sgt…
saya buat macam tu.. kalau ada, sikit2..tapi cepat saja hilang baunya…
[Balas Di Sini]
12Askum pakarhowto…
Mgu lepas saya balik kmpg juga… Buah-buahan pun banyak ada rambutan, durian,manggis.. Nak balik KL mak & ayah bg satu guni durian dgn rambutan… Durian biasalah dgn bau nyer sampai skrg xhilang2, rambutan pulak dgn banyak semut.. Jgn semut tu merayap2 dlm kereta sudah…huhuhu
Saya akan cuba petua yg pakarhowto bagi.. Harap2 hilang la bau durian tu..
Buah yg banyak tu saya sedekah dgn kawan2… Sesiapa yg nak makan buah rambutan jemputlah dtg kmpg saya…
sara’s last blog post..Suami ego, isteri serba salah dan kecewa
[Balas Di Sini]
13ada satu petua lg letak daun pandan dekat tempat letak durian.insyallah akan hilang bau kurang enak …
[Balas Di Sini]
14wah best nye dpat mkn durian musim pnas2 nie… mkin pnas lar nmpk gaye nye
[Balas Di Sini]
15senang saja, cari arang dan letak di dalam boot kereta atau dalam kereta .InsyAllah akan hilang baunya selepas beberapa hari, lagi banyak arang lagi cepat dia keluar.
[Balas Di Sini]
16…….hm hlgkn bau drian?? tpi sy suke la bau drian niee,,heheheheee~
[Balas Di Sini]
17salam.
terima kasih atas petua yg baguih ni.
[Balas Di Sini]
18