Panduan - Doa Untuk Mendapat Anak & Cepat Jodoh
Nampaknya artikel tentang ‘petua/tips untuk mendapat anak‘ mendapat respon hangat daripada pembaca blog ini.
Maka dengan ini, ingin saya beritahu kepada anda, satu lagi doa (daripada ayat Quran) yang sangat bagus untuk diamalkan dalam usaha anda untuk mendapatkan zuriat.
Doa ini adalah doa yang diamalkan oleh Nabi Allah Zakaria a.s.
Oleh kerana, Nabi Zakaria a.s tidak dikurniakan anak selama berpuluh-puluh tahun. Maka Nabi Zakaria a.s. telah merayu dan berdoa pada ALLAH SWT sepeti ayat dibawah ini. Dengan berkat rintihan doa Nabi Zakaria a.s tersebut, maka ALLAH SWT telah kurniakan isteri baginda mengandung dan mendapat cahaya mata mereka.

Maksudnya :
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.”
((Rujuk Surah al-Anbiya’ ayat 89))
Doa ini sangat baik untuk diamalkan oleh para suami yang berhajat untuk menimang cahaya mata. Amalkan selalu membaca doa ini selepas solat. Merintih dan merayu lah pada ALLAH SWT agar dikurniakan zuriat penyejuk mata.
P/s- Doa ini juga dikatakan sesuai diamalkan bagi mereka yang susah untuk mendapat jodoh.




August 7th, 2008 at 1:22 am
P/s- Doa ini juga dikatakan sesuai diamalkan bagi mereka yang susah untuk mendapat jodoh.
Bagus ni..tp sy bukan susah dpt jodoh tp susah mau pilih jodoh.. :p
August 7th, 2008 at 9:51 am
susah nak pilih?
kalau susah2 sangat….
ko pilih aku jer lah…jadi No2….nak?….muahahahaha
p/s- just kidding