Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Awal Muharram 1431H - Apa perlu dibuat?

December 17, 2009 By: PakarHowTo Category: Petua

Salam ukhuwah buat semua,

Semoga kita akan sentiasa dan didalam lindungan ALLAH s.w.t.

Pertamanya marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran
kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memelihara nikmat-nikmatNya
yang cukup besar yakni nikmat Islam & Iman. Begitu juga dengan
nikmat kesihatan & kesejahteraan yang telah dianugerahkan kepada
kita semua. Tidak lupa juga salam selamat & sejahtera ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah berjuang jiwa
& raga untuk memastikan Islam itu sampai kepada kita

Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun
baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati
penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota
Madinah dalam tahun 622 masihi. Selain itu, ianya juga merujuk
kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau
kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari
Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru
sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara
terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah
sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari
kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan
dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran
Islam itu sendiri.

Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru masihi, kita sering
memperbaharui azam masing-masing. Apa kata kali ini azam yang
sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru hijrah ini. Malah
jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun baru
hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang. Azam ini bolehlah
lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada
mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka
yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan
solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk
meningkat kualiti solat tersebut. Jadikan motto hari ini lebih baik dari
semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari seterusnya
lebih baik dari hari-hari sebelumnya …inilah yang dituntut oleh Islam!!!.

Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita.
Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh.
Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita
menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Jelas Ibni Abbas lagi,
“Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua
malaikat memeliharanya pada tahun itu”.

Doa itu bermaksud, ” Wahai Tuhanku, Engkaulah selamanya didahului
pada tahun baru ini hamba bermohon kepada engkau semoga terpelihara
daripada syaitan dan pemerintah syaitan dan hamba memohon pertolongan Engkau, peliharakan hamba daripada nafsu amarah dan jahat, dan yang membimbangkan hamba akan perkara yang menghampirkan hamba dengan Engkau wahai yang Mulia”
.

Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.

Bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah:
“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,

“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.

Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib
pada malam 1 Muharam:
“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,

“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431.

* Klik sini untuk Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah *

Ikhlas daripada,

Rosli Hanip & Semua krew PakarHowTo.Com

Most Commented Posts

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2


Tolong Klik Banner Di Bawah Ni Yer ;)

8 Comments to “Awal Muharram 1431H - Apa perlu dibuat?”


  1. alhamdulillah..tahun nie sy lbh baik dr tahun lps..Allah telah menarik balik anugerah yg diberi-Nya kpd sy 2 thn lps.skrg sy lumpuh..alhamdulillah,klo sy xlumpuh,mgkn smpai mati sy xbuat puasa 6hr..dn xmgkn sy blm qatam Al-Quran setahun sekali..dl sy jahil,apbl diuji,alhamdulillah,Allah masih sygkan sy drpd melakukan byk maksiat

    [Balas Di Sini]

    Motivasi Kerja Reply:

    @zuhairen,

    Alhamdulillah Zuhairen mula faham konsep kehidupan. Itulah hijrah namanya. Dari kejahilan kepada berilmu. Dari tidak tahu kepada tahu. Teruskan mencari yang terbaik dalam hidup.

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Wahai Tuhanku, Engkaulah selamanya didahului
    pada tahun baru ini hamba bermohon kepada engkau semoga terpelihara
    daripada syaitan dan pemerintah syaitan dan hamba memohon pertolongan Engkau, peliharakan hamba daripada nafsu amarah dan jahat, dan yang membimbangkan hamba akan perkara yang menghampirkan hamba dengan Engkau wahai yang Mulia”
    semoga tahun baru ni lebih baik daripada thun sblumnya….. Aminn Ya Rabbal A’lamin….

    [Balas Di Sini]

    2
  3. *Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,

    “Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.

    Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,

    “Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.*

    Been wondering, siapa yang agaknya mencipta dua rangkap ayat ni? tau plak dia apa yg syaitan cakap sedangkan Nabi s.a.w. pun x pernah cerita ttg benda ni mahupun mengajar doa aakhir dan awal tahun.

    Just my 2 cents. but i love ur tazkirah in this article.

    [Balas Di Sini]

    3
  4. Alhamdulillah, melalui pengongsian ilmu sebegini dan usaha pihak pakar yang mengingatkan sesama rakan dapatlah saya menambah ilmu di dada. Email yang dihantar oleh pihak pakar mengenai artikel terbaru umpama suapan rohani utk rakan-rakan yg melawat blog ini. Sesungguhnya bahagian yang besar menanti di alam sana untuk org menyampaikan ilmu. Bagi diri saya sendiri, dalam kesibukan harian sukar untuk saya mencari ilmu khusus seperti ini. Mujurlah saya terima email dr pakarhowto. Luangkan masa sekejap utk membaca, maka sy dh dpt ilmu free..thanks..

    [Balas Di Sini]

    4
  5. salam…terima kasih saudaraku…3 hari ini sibuk mengemas nak berhijrah ke tempat asal, 13 tahun merantau, tahun lepas nak pindah anak sulung diambil Allah.. tahun ni nak balik dugaan lagi bila doktor kata ibu hanya mampu bertahan 2 minggu. Ya Allah berilah kesihatan yang baik kepada ibuku..panjangkanlah umurnya, panjangkanlah umur kami agar kami mampu beribadat pada Mu..ampunilah dosa-dosa kami.

    [Balas Di Sini]

    5
  6. As salam

    Ilmu yg sedikit andai disebarkan sesama manusia ..insyaAllah pahalanya kan sampai kepada penyebarnya…selagi ia terus diamalkan ..mudah2an..tkasih Pakar How To

    [Balas Di Sini]

    6
  7. azam tahun ni, nak cuba buat tahajjud sebanyak yang boleh..

    [Balas Di Sini]

    7


Leave a Reply