Terima kasih kepada semua…
Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Salam hormat buat semua pembaca. Pertamanya saya ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana memberikan sokongan kepada blog ini. Alhamdulillah, pengunjung blog ini sudah mencecah 2,000 pelawat setiap hari.
Walaupun tidak ramai yang sudi meninggalkan komen, namun saya sudah cukup gembira atas kesudian anda semua datang ke mari. Saya benar-benar berharap agar anda mendapat sesuatu input yang positif melalui info-info dan maklumat yang kami kongsikan di blog ini.
Ramai juga para pembaca yang menghantar email kepada saya, bertanyakan khabar, meluahkan sesuatu masalah, bertanya pendapat dan meminta pandangan tentang pelbagai perkara. Namun, saya minta maaf sekiranya saya tidak dapat menjawab kesemua email yang dihantar. Bayangkanlah, kalau ada 100 email yang masuk, dan saya balas semua 100 email tersebut, maka apa lagi yang boleh saya buat? Sedangkan, saya ada banyak tugas dan tanggungjawab lain. Jadi, maaflah sekiranya saya lambat membalas email anda.
Begitu juga dengan komen-komen yang diberikan. Kalau ikutkan hati, nak saja saya balas semua komen-komen dari anda semua. Namun apakan daya, masa saya cukup terbatas. InsyaAllah, komen-komen anda akan dibalas oleh salah seorang dari krew blog Pakar iaitu Suri.
Baiklah, saya kira itu saja untuk kali ini. Sebelum saya mengakhiri entri kali ini, saya ingin mewar-warkan satu promosi diskaun jualan ebook doa pengasih yang dibuat oleh rakan cyber saya iaitu Saudara Munib. Tarikh akhir promosi ini ialah pada 10 Januari 2010 ini.
Berikut adalah kandungan email yang beliau hantarkan kepada saya beberapa hari lepas.
Saya mengadakan promosi dengan memberi potongan sebanyak RM 12 terhadap harga asal ebook doa pengasih, jadi harga ebook akan dikurangkan menjadi RM25 saja. Promosi ini dijalankan sempena Malaysia YES (Year End Sale) ini bermula dari sekarang hingga 10 Januari 2010.
Memohon kerjasama untuk tolong hebahkannya di blog & list email
Terima Kasih
Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ebook doa pengasih ini, boleh klik di sini. Dapatkan sebelum promosi tamat.
Sekian.

Artikel lain yang best-best...
Email Artikel Ini Kepada Kawan2









Klik Gambar Untuk Sertai Persatuan Bakal-bakal Bapa (PBB) PakarHowTo


Saya sudi je tinggal komen jika punya masa terluang..mm..sama2 berkongsi ilmu yg ada..
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 11th, 2010 at 11:02 am
@Leyna,
salam manis Leyna..
ya .terima kasih kerna anda sudi singgah di disini..sesungguhnya kedatangan anda akan memeriahkan lagi blog PHT ni
[Balas Di Sini]
Sama2 buat Pakar ..di kesempatan ini ingin sekali sy mengucapkan terimakasih kerana dpt byk ilmu dari Blog Pakar How To..Moga usaha anda mendpt keberkatan..insya-Allah
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 28th, 2010 at 3:45 pm
@Nani,
cak!Nani..
sama-sama kembali..
ilmu yang baik adalah moto kami disini..
[Balas Di Sini]
salamualaikum
insyaAllah blog ni adalah halaman tetap sy selepas kuliah.byk info yg berfaedah sy perolehi dari laman ini.rindu sy pada malaysia terubat setiap kali sy on blog ni boleh upgrade bahasa melayu sy ni.
[Balas Di Sini]
3assalamualaikum.. tahniah dan terima kasih kepada semua pakar krn berjaya menghasilkan sebuah blog yg sgt hebat. Pertama kali melayari blog ini membuatkan saya tertarik dan jatuh hati. Sekarang, setiap hari sy pasti membuka blog ini. kalau x buka rasa cam x best je hr2.huhu..
[Balas Di Sini]
4