Bahtera Nabi Nuh Alaihissalam (Part II)

Share

Kali ini Suri lampirkan gambar-gambar yang berkaitan dengan bahtera Nabi Nuh A.S untuk tatapan pengunjung setia di blog PakarHowTo.

Suri suka mengabadikan bahan-bahan sebegini untuk rujukan dan tatapan pada masa akan datang. Pada masa yang sama Suri juga ingin kongsikan bahan-bahan ini kepada para pengunjung kerana mungkin ada di antara kita yang mungkin belum pernah terbaca atau melihat dengan lebih dekat tentang perkara yang saya bawakan ini.

Kisah “Bahtera Nabi Nuh Alaihissalam”, suatu kisah yang sering kita dengar dari mulut ustaz dan ustazah kita semasa di bangku sekolah. Namun kita hanya dapat imaginasikan berdasarkan khayalan kanak-kanak kita pada masa itu.

Zaman berlalu, dengan teknologi yang ada, satu demi satu penemuan sejarah ditemui. Sekalipun penemuan tersebut bukan dari kalangan “kita” (umat Islam), namun kita perlu bersyukur kerana ada hikmah di sebalik penemuan oleh pihak mereka. Siapa tahu akan jadi asbab hidayah buat mereka.

bahtera-nabi-nuh-01

Pada tahun 1960, sebuah majalah Life Magazine melaporkan penemuan kesan seperti sebuah kapal laut yang sangat besar di puncak gunung Ararat oleh Pesawat Tentera Nasional Turki. Panjangnya kira-kira 437 kaki. Pada tahun 1977 pula, sebuah ” Tim Antropologi” di bawah pimpinan Prof. Ron Wyatt telah menemui bukti kebenaran kisah ini.

Pergunungan Ararat. Lihat ketinggian gunung ini. Di mana lokasi bahtera tersebut?
bahtera-nabi-nuh-ararat-3

Bulatan menunjukkan lokasi dipercayai bahtera tersebut..

bahtera-nabi-nuh11

Gambar dari udara lokasi di kawasan pergunungan.
bahtera-nabi-nuh10

Kelebaran bahtera tersebut dapat dibayangkan menerusi gambar berikut
bahtera-nabi-nuh3

Kerja-kerja pengukuran sedang dijalankan.
bahtera-nabi-nuh4

bahtera-nabi-nuh5

bahtera-nabi-nuh7

Berikut adalah gambaran bentuk bahtera Nabi Nuh AS menurut pandangan para pakar arkeologi tersebut. Terdapat pelbagai versi rekabentuk baik rekabentuk luaran mahupun dalaman. Namun Allah jua yang maha mengetahui bentuk sebenar bahtera ini. Di dalam bahtera inilah sedikit umat Nabi Nuh AS diselamatkan Allah SWT bersama ratusan binatang yang diambil secara berpasangan mengikut jenis. Mereka terselamat dari bencana banjir dahsyat dengan ombak setinggi gunung.

Variasi rekabentuk bahtera menurut pandangan para penyelidik.
bahtera-nabi-nuh8

bahtera-nabi-nuh12

bahtera-nabi-nuh14

bahtera-nabi-nuh13

Lihat perbandingan ukuran perahu dengan Pesawat Jumbo 747.
bahtera-nabi-nuh9

Apa yang dipaparkan moga menambahkan keimanan kita kepada keagungan dan kebesaran Allah. Sesungguhnya Allah maha berkuasa di atas segala perkara. Sepelik-pelik perkara pada waras akal manusia, tidak pula mustahil disisi Allah. Jika Allah menghendaki sesuatu perkara, ia pasti berlaku dan terjadi. Setiap sesuatu yang diciptakanNya pula pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Ini adalah sumber asal dari abgnua.com (738)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

12 thoughts on “Bahtera Nabi Nuh Alaihissalam (Part II)

  1. Suri, terima kasih sebab update blog.
    Saya sibuk sangat2.
    Tak sempat langsung nak tgk blog pakar ni…
    .-= PakarLuahHati´s last blog ..Pekerja kedai mamak yang hebat =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    SALAM..
    Pakar…mana yang semapat suri coverlah pakar..ilmu yang terbaik akan suri bawakan ke sini..biasalah pakar kita sama2 sibuk..huhu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Subhanallah…naik mremang tgk bahtera 2. Dengan Izin Nya ….Nabi Nuh dpt berlayar…
    Terima kasih dgn info diatas. Semoga dpt m’beri keinsafan dgn kekuasaan Allah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @azlina k, salam sahabat..
    itulah kebenarannya..

    ilmu yang mana baik kita kongsikanlah bersama..moga mjdi pandua pd yang lain pula..
    .-= surihati_ku´s last blog ..Cara berkesan bagaimana untuk kurangkan tekanan hidup =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam