Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Ayah garang dan ego, anak tertekan dan buntu, apa patut dibuat?

October 15, 2009 By: PakarHowTo Category: Masalah Rumahtangga

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Hari ini, kalau kita buka surat khabar dan majalah, kita akan dapati, banyak sekali kisah keluarga yang bermasalah dan kucar-kacir di paparkan. Mengapa institusi kekeluargaan menjadi begitu rapuh dan goyah?

Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu masalah yang timbul dalam sebuah keluarga antara seorang anak dengan bapanya. Marilah kita baca dan ambil pengajaran daripada kisah benar yang berlaku ini.

Stress dengan ayah, apa patut saya buat??

Assalamualaikum Ustaz.

Saya memerlukan nasihat dan panduan daripada ustaz berkenaan dengan masalah yang saya hadapi sekarang.

Saya sebenarnya mengalami masalah keluarga sejak sekian lamanya. Dah hampir semua ikhtiar yang saya buat menemui jalan buntu. Ia langsung tak dapat merungkai masalah yang saya hadapi. Jadi saya sangat memerlukan nasihat dari ustaz.

Ustaz,
Saya mempunyai seorang ayah yang selalu saja berfikir bahawa pendapatnya saja yang betul. Walaupun dia banyak buat kesilapan, dia tak akan mengaku salah. Kalau dia mengaku sekalipun, dia akan cakap, dia tahu apa yang dia lakukan, dia nampak segala-galanya yang kita semua tak nampak, kami anak-anak dan isterinya cuai tentang ajaran agama, dan pelbagai lagi alasan akan diberikan.

Dia sentiasa bersyarah agama apabila memarahi ibu dan anak-anaknya padahal, sebagai seorang ayah, dia juga lalai dalam melakukan sesetengah amalan agama.

Dia selalu mengatakan yang anak-anak dan ibu selalu membelakangkan dia dan selalu menggunakan sejarah Nabi Nuh apabila memarahi kami. Tetapi sejak kecil, bapa saya tidak pernah memberi perhatian atau perangsang kepada kami, malah selalu marah-marah kami.

Apabila dia berbual tentang agama, dia akan selalu menegaskan bahawa dia memang saja yang betul dan bercakap benar. Kami langsung tidak boleh menyuarakan pendapat kami. Ibu saya selalu jadi mangsa marah nya.

Dia juga selalu mengaku bahawa dia seorang yang kuat berpegang kepada ajaran agama, tetapi pergaulan antara dia dan adik ipar nya (adik kepada ibu saya) seperti tak ada batas pula. Dia gemar sekali menggunakan perhiasan dan rantai dan lain2. Mak cik saya tinggal serumah dengan kami. Bapa saya akan menyebelahi mak cik dan kawan mak cik saya, walaupun apa pun kesilapan yang mereka lakukan.

Macam-macam lagi lah ustaz. Dah tak larat dah saya nak mengadu.

Adik-beradik saya terlalu stress dan tertekan dengan perkara ini sehingga kami semua tidak tahu apa lagi yang kami hendak lakukan. Namun, saya tidak putus berdoa agar semua masalah ini akan berakhir dan dapat diselesaikan. Kadang-kadang, saya sampai terfikir nak duduk berasingan menyewa di flet.

Saya betul-betul buntu apa lagi yang patut saya lakukan bagi mengubah keadaan ini. Harap dapat nasihat dan panduan dari ustaz. Terima kasih.

Jawapan

Saya dapat rasakan tekanan serta dugaan yang dihadapi oleh anda. Pastinya ia memerlukan orang yang berjiwa besar sahaja dapat mengharungi dugaan begini. Moga Allah senantiasa memberikan kekuatan pada diri anda untuk terus tabah dalam menghadapi saat-saat yang sukar begini.

Saya perhatikan kesemua luahan anda pada emel ini adalah bersangkutan dengan ayah. saya tidak mampu memberikan sebarang komen terhadap ayah anda, ini memandangkan kelakuan beliau adalah di luar kawalan kita. Tiada apa yang mampu anda lakukan kecuali hanya dengan berdoa agar Allah membuka hidayah pada dirinya untuk berubah.

Namun saya ada beberapa cadangan yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan penderitaan anda, antaranya:

1. Tanamkan dalam hati, ‘Dia ayah kita..’

Walau apa yang dilakukan oleh ayah, anda perlu sentiasa ingat bahawa dia adalah ayah kita. Apa sahaja dosa yang dilakukan adalah antara dirinya dengan Allah. Tidak seperti kesalahan seorang teman yang boleh kita nasihati, dalam hal ini kita perlu berhati-hati dalam memberi tindak balas terhadap kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh ayah, silap kelakuan seperti terkasar bahasa atau tertinggi suara adalah satu dosa pula bagi kita terhadap ibu bapa.

Dengan pemikiran atau ‘mindset’ seperti ini setidak-tidaknya akan mengurangkan sedikit rasa sakit hati atau geram pada ayah yang pastinya boleh menjejaskan pemikiran anda dan mengganggu diri dalam melakukan kerja-kerja dan tugasan seharian.

2. ‘Layankan sahaja Si Ayah’

Memandangkan sukar bagi kita menegur perbuatan si ayah, maka sebaiknya kita berdiam diri dan melayan sahaja karenah ayah. Ia boleh dilakukan dengan tidak menjawab apa atau membantah sebarang tindakan si ayah.

Ini memandangkan sebarang respon dan tindakbalas pastinya boleh membangkitkan kemarahan si ayah dan boleh menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini dan mencetuskan perbalahan yang memanjang, di mana secara tidak langsung menjejaskan ‘mood’ semua ahli keluarga. Maka tidakkah lebih bijak untuk kita ‘layankan sahaja si ayah’? Di mana dengan tindakan kita ini suasana akan menjadi lebih tenang, tidak bertambah risiko kita berdosa tinggi suara pada bapa serta secara tidak langsung tidak membangkitkan lagi kemarahan si ayah.

Namun begitu bukan bermakna diam kita sebagai redha dengan segala kelakuan bapa. Kita tetap mampu mencegah segala kemungkaran dengan melahirkan rasa benci pada perbuatan si ayah. Inilah yang diajarkan oleh Rasulullah apabila berhadapan dengan seseorang yang tidak mampu kita tegur dengan kekuasaan atau nasihat.

3. Ingatkan diri supaya bersabar

Seperkara lagi yang dapat menenangkan kita daripada bertindak melulu dengan menjawab atau terbabit dalam siri berbalas-balas kata dengan ayah ialah dengan mengingatkan diri supaya bersabar. Ingatlah Allah senantiasa bersama dengan orang yang sabar. Hanya orang yang sabar sahaja dapat mengawal emosinya daripada kemarahan yang meluap-luap.

Mudah-mudahan dengan kita senantiasa mengingati diri untuk bersabar ini dapat menegah kita daripada terlibat dalam sesi pertengkaran bersama si ayah yang pastinya bakal mengeruhkan lagi keadaan.

4. Doa

Kekal dan teruskan berdoa kepada Allah agar ayah diberikan hidayah dan petunjuk. Itu sahajalah yang kita mampu lakukan. Mudah-mudahan satu hari ayah berubah.

doa untuk ibu bapa

Kesemua perkara di atas ini bolehlah cuba diamalkan dan dikongsi bersama dengan adik beradik yang lain dan sebaik-baiknya saling ingat mengingati pula antara satu sama lain agar keadaan tidak menjadi lebih buruk.

Saya juga ingin menggesa agar anda usah fikirkan atau teruskan rancangan untuk pindah rumah dan tinggal sendiri. Pastinya tindakan tersebut akan membuatkan ibu semakin bersedih. Setidak-tidaknya kehadiran anda dan adik-adik dapat memberikan kegembiraan pada ibu.

Saya pasti anda mempunyai semangat yang kuat untuk teruskan kehidupan bersama dengan keluarga dan menjadi contoh pada yang lain agar terus cekal meneruskan kehidupan dan menangani segala cabaran yang melanda.

Semoga anda terus diberikan kekuatan dan ketabahan oleh Allah.

Wassalam.

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

11 Comments to “Ayah garang dan ego, anak tertekan dan buntu, apa patut dibuat?”


  1. salam 1 malaysia..xsmpurna hidup ini tanpa masalah…krn masalah akan mendatgkan 1 pelang untuk kita berubah..misalnya mcari jln penyelesaian..maafkan semua org sblm nak tido..pengubat hati dan buat hati kita lebih tenteram…kita xkan ada dalam dunia tanpa ayah..ingt kebaiakn dan kenangn yg pernah mencuit hati bersamanya..jgn fikirkan salah yg pernah dilakukannya…krn dah jadik fitra manusia yg wat salah…jika kasih ibu membawa ke syurga abadi,kasih ayah titian khidupan…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @darmia
    1 MALAYSIA.

    SURI SETUJU DGN PANDANGAN DARMIA..perilaku sebegitulah yang kita harus pupukan di dalam diri mereka sejak kecil lagi smoga anak2 hormat pd ibu bapanya kelak..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. As salam… pada pandang saya selain cadangan ustaz tu awak cuba lah cari orang ke 3 yang boleh menasihati ayah awak. Cari lah orang yang betul2 boleh bagi nasihat kat ayah awak sebaik2nya ahli keluarga sendiri seperti atuk awak ke.. atau adik-beradik ayah awak yang ayah awak segan kat dia tu, mungkin ayah awak boleh dengar pandangan atau teguran mereka tu.. apa-apa pun berbincang le dengan ahli keluarga lagi baik. Saya doakan semoga awak tabah menghadapinya.. Tiada masaalah yang tidak dapat diselesaikan. Berdoalah dan berusaha. Ok..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. Assalamualaikum.
    Masalah yang berlaku ini bukanlah masalah biasa dalam kehidupan rumah tangga. Tapi dalam situasi yang mempunyai ayah sebegini memang mengalami kesukaran untuk memberikan kesedaran kepadanya memandangkan seorang ayah pasti ada sikap ego dalam dirinya. Atas dasar ego, ayah akan merasakan dirinya hebat dan semua betul.Dan paling susah apabila ayah selalu mengunkit bahawa dirinya yang bekerja dan memberikan makan, maka orang lain tidak layak menegurnya.

    Pada saya sebagai anak, kita mempunyai hak menegurnya. Cuma bagaimanakah caranya? Saya setuju jawapan penulis “Walau apa yang dilakukan oleh ayah, anda perlu sentiasa ingat bahawa dia adalah ayah kita. Apa sahaja dosa yang dilakukan adalah antara dirinya dengan Allah. Tidak seperti kesalahan seorang teman yang boleh kita nasihati, dalam hal ini kita perlu berhati-hati dalam memberi tindak balas terhadap kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh ayah, silap kelakuan seperti terkasar bahasa atau tertinggi suara adalah satu dosa pula bagi kita terhadap ibu bapa.

    Apa yang perlu difikirkan bagaimana caranya untuk memberikan teguran kepada insan bernama ayah. Mungkin boleh gunakan orang tengah untuk memperbetulkan keadaan, kerana ahli keluarga sudah pasti tidak boleh menegur kalau keadaan ayah yang begini. Carilah orang yang ayah menghormatinya.

    Cara paling akhir yang dapat anak lakukan ialah meletakkan rasa benci pada sikap ayah (bukan pada diri ayah) andai dia melakukan dosa dan berdoa dan terus berdoa agar Allah memberikan hidayah kepadanya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. salam….

    “berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul”…semoga tabah m’hadapi ujian t’sbt..sy bukanlah orang yg layak tuk m’beri nasihat atau pakar kaunseling…tapi saya cuma mau b’kongsi jln penyelesaian ke atas beban yg ditanggung oleh sdra yg b’tnya b’dsrkan pengalaman sy sndiri.

    bila sy ditimpa masalah, saya suka mengaji, solat tahajjud dan meratap sayu kpd Allah atas masalah yg menimpa sy. hanya dlm wkt singkat hati sy kembali tenang…cubalah kaedah ini, insyaAllah sdra akan merasainya….masalah sy jg berat tetapi sy sdh dpt ketenangan berkat amalan tersebut. alhamdulillah
    puji syukur pada-Mu ya Allah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    qriusjeZam Reply:

    @rian,
    Salamm,Rian,syabass…
    suatu jalan yg tepat dan selamat…dalam menegur seseorang itu terutama lah ayah kita sendiri, adalah suatu cubaan yg 99.99 % berkesudahan dgn kegagalan… malah akan memudaratkan keadaan yg dah sedia tenat..dah bnyk kepahitan yg saya saksikan berhubung dgn issue yg sebegini…wallahhuaqlam……………so baik play safe dan berdoa dan berserah lah kepada Allah sesunggohnya kepadanya lah kita harus mengadu…As muslims we are never alone…Allah is and will always be there for us..saya setuju sangat2 dgn kaedah Rian….don’t complicate matters…asal ikhlas…insyaallah…..mudah2an niat usaha kita di restui….salammm

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. sury_na7181 says:

    Inilah sebahagian dari dugaan yang cukup berat utk dipikul….tetapi kita tetap diuji sebegini…nasihat sy jangan lupa terus berdoa dan mengharap semuanya akan berubah,,,Insyaallah…Allah pasti memberi jalan yang terbaik buat anda….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. ct maliha says:

    masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. tak payah simpan apa2 dalam hati.. kalau dah nasihat cara elok pun tak nak berubah, buat tak reti je la apa yang dikata.. orang tua ni memang susah sikit kita tegur, walau yang kita tegur tu untuk kebaikkan dia.. mereka seolah olah rasa tercabar bila ditegur oleh orang yang muda macam kita ni, mereka anggap mereka lebih tahu sebab dah hidup lama.. tapi saya selalu nasihat orang2 tua yang saya kenal, berdasarkan bukti.. semasa saya terangkan sesuatu perkara saya tunjuk sekali hadis, tafsir Al-Quran, kitab, buku, kenyataan dari ulama dan sebagainya.. dengan cara ini tak boleh le dia kata saya cuba nak tunjuk pandai..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. nur_Qasih says:

    salam ukhwah…. hrp anda sentiasa dicucuri rahmat allah s.w.t… sbr la ek, ayah mmg seorg ketua kluarga, jd sebgai seorg ketua beliau merasakan beliau lh yg pling berkuasa dlm kronologi keluarga anda.

    mcm mne garang ayh kite pon, die lah satu2 nya ayah yg kite ade. kite x kn dpt ayh kt kedai atau pinjam ayh org lain sbb kite hanya ade 1 ayh dn 1 mak je kt dunia nie. klu de mak ayh angkt skali pon xsme mcm mak ayh sndri. kdg2 mmg kite trpk nk wat tindakan sndri tp sabar la ye, kite x ckup pengalaman lg. bnyk cabaran yg ade kt dunia luar yg kite x nmpk dn lalui lg, jika anda dikurniakan ayh yg sebegitu ianya merupakan hikmah pd anda supaya anda jd seorg yg cekal dn tabah. sbb org lain x diberi ujian yg sebegitu, bersyukur lah anda krana mnjadi org yg terpilih itu, bnyk2 lah berdoa slpas solat spya dilembutkn hati ayah spy x mrh2 lg…..

    ingin sy berkongsi disini, mse sy kcik dlu dlm 6 org adik bradik sy pling nakal dn degil, sellau kne pukul dgn abah. abah garang sgt. pelajaran sgt penting bg abah. sejak kcik lg akak ngan abg kne anta asrama jd sejak kcik lg sy ditanam dgn motivasi itu. msti jd mcm akak ngan abg. seksanya rse Tuhan yg thu betapa rse dri nk mmberontak je. sbb abah garang sgt sbnrnya kite jd anak yg degil sbb kite rse kebebasan kite trsekat pndpt kite x dihiraukn dn mcm2 lg kite rse x btul je pd pndangan kite…..

    tp, 2 sume pemikiran kte mse kite x matang… disbbkn degil sgt form 1 lg sy dh dihantar ke skola asrama jauh dr family. sedeynya ya allah, nape abah wat mcm nie. rse cam diorg da xnk sy lg, sebulan skali bole blik umah x pon fmly akn dtg jenguk anak-anak, tp abah sy akn dtg amik sy mse cuti skola hjung thun je. bygkn perasaan sy bile tgk mak abah org dtg ngan adik bradik tp kite x de sape pon dtg tgk. selalu sy nangis sgsorg kt blakang hostel…huhu……

    hmm….2 sume kanangan yg pling mnarik dlm hidup sy, 7 thun dok asrama mnjadikan sy mnusia berguna insya’allah, dr pelajar yg terkenal sbb nakal hingga mnjadi ketua pelajar mnjadikn sy sgt bersyukur dikurniakan abah mcm abah sy 2… keadaan hidup yg soh kite berdikari mnjadikn kite lebih cekal sebenarnya, lme2 sy muhasabah dri dn meningkat dewasa sy sedar nape abah wat sy mcm 2 dlu spy sy jd anak yg solehah dn manusia berguna. time kasih abah….

    sbar lah anda yg rse abah anda garang 2… de sbb nape sume ni jd kt anda…jgn pk mse nie cube anda pk jangka pnjang. ianya pengajaran pd anda apabila anda berkeluarga nnt didiklah ank anda dgn tegas dn pnuh kasih syg..

    pengalamn yg kite rse wat mse ni merupakan pengalamn berharga yg akn kite kongsi utk generasi akn dtg… wallahua’llam….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. Sedikit info: antara rawatan yang disediakan dan telah terbukti berjaya DENGAN IZIN ALLAH S.W.T. adalah seperti berikut: Batuk dan penat, Berat memilih jodoh, Berat mencari pekerjaan, Buah pinggang, Buang saka, Cinta yang tidak berbalas, Download buku ke dalam minda, Gangguan makhluk halus, Gout, Jantung, Jiwa tidak tenteram, Kanak-kanak keras hati, Kencing berdarah, Masalah lari dari rumah, Masalah mencari pekerjaan, Masalah rumah tangga, Melariskan sesebuah perniagaan besar atau kecil, Orang yang enggan membayar hutang, Orang yang suka cari gaduh, Orang yang terkena sihir, Pengasih, Penunduk, Santau, Suami isteri curang sila lawat laman ini untuk keterangan lanjut: http://azizkamis.blogspot.com

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. Sedikit info: antara rawatan yang disediakan dan telah terbukti berjaya DENGAN IZIN ALLAH S.W.T. adalah seperti berikut: Batuk dan penat, Berat memilih jodoh, Berat mencari pekerjaan, Buah pinggang, Buang saka, Cinta yang tidak berbalas, Download buku ke dalam minda, Gangguan makhluk halus, Gout, Jantung, Jiwa tidak tenteram, Kanak-kanak keras hati, Kencing berdarah, Masalah lari dari rumah, Masalah mencari pekerjaan, Masalah rumah tangga, Melariskan sesebuah perniagaan besar atau kecil, Orang yang enggan membayar hutang, Orang yang suka cari gaduh, Orang yang terkena sihir, Pengasih, Penunduk, Santau, Suami isteri curang sila lawat laman ini untuk keterangan lanjut: http://azizkamis.blogspot.com
    .-= Abd Aziz´s last blog ..Rawatan Kerohanian Secara Islam =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11