Apa yang boleh kita bantu untuk si mati?

Share

Saya masih bersedih atas kematian ibu saya yang disayangi. Walaupun bersedih, tapi tak ada la sampai tak makan tak minum. Kehidupan saya masih macam biasa. Cuma terkadang apabila teringat pada arwah, air mata mengalir membasahi pipi.

Hanya doa dapat ku pohon pada Ilahi agar ruh ibuku diredhai oleh Allah. Semoga Allah melapangkan kuburnya selapang-lapangnya. Semoga kubur ibu menjadi seperti taman syurga yang dijanjikan kepada ruh orang beriman. Amin.

cimg2032

Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu artikel tentang apa yang boleh kita bantu kepada orang yang sudah meninggal dunia.

Mungkin ramai diantara kita di luar sana yang masih kabur atau kurang jelas tentang perkara ini.

Mari kita sama-sama baca, fahami dan amalkan apa yang telah kita ketahui.

Persoalan

  1. Setelah seseorang meninggal dunia, biasanya ahli keluarga meminta kepada orang ramai untuk mendoakannya selama beberapa hari, atau pada waktu-waktu tertentu. Dalam tuntutan agama, siapakah yang lebih patut atau paling berhak mendoakan seseorang yang sudah meninggal?
  2. Bacaan Yaasin, dzikir, dan selawat atas Nabi yang dibacakan secara khusus, adakah pahala itu sampai pada si mati?
  3. Apakah betul bagi kita untuk membaca surah Yaasin yang dikhususkan kepada arwah? Adakah amalan ini bercanggah dengan syariat?

Jawapan & Penjelasan

  • Siapa yang lebih patut dan paling berhak mendoakan orang yang sudah meninggal? Yang paling berhak dan paling afdal, sudah tentulah ahli keluarganya.

Allah berfirman: ”Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu…”(QS At-Tahrim (66): 6).

Makna perkataan ”menjaga” dalam ayat ini sangat luas. Ia tidaklah terbatas menjaga keluarga yang masih hidup di dunia ini dari melakukan perbuatan yang dilarang Allah, tetapi juga menjaga keluarga yang sudah meninggal dengan mendoakannya agar mendapat ampunan Allah dan terhindar dari siksa api neraka.

Dalam soal ini, sudah tentulah yang berhak dan afdal mendoakan si mati adalah dalam lingkungan ahli keluarga dan sanak saudara, terutamanya ANAK SOLEH.

Sebagaimana firman Allah bermaksud ; ‘‘Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua (ibu-bapak) dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah ‘wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil’,” (QS Al-Isra (17): 24).

Nabi Ibrahim AS berdoa: ”Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang mukmin pada hari terjadinya hisab.” (QS Ibrahim (14): 41).

Demikian pula doa Nabi Nuh AS: ”Ya Tuhanku, ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan.” (QS Nuh (71): 28).

Doa sebeginilah yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW bahawa doa anak soleh itu dapat sampai pahalanya kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia, selain daripada sedaqah jariyah dan ilmu yang bermanfaat, sebagaimana diriwayatkan dalam hadith riwayat Bukhari.

Yaa, sememangnya pahala dari membaca Alquran, dzikir, selawat atas Nabi SAW ataupun amal soleh yang lainnya, pastilah diperuntukkan untuk orang yang mengamalkannya. (Lihat Quran Surah al-Baqarah (2): 134, 141).

Namun, jikalau orang yang membacanya meniatkan agar pahalanya diberikan kepada orang yang ia kehendaki untuk meringankan dosanya atau memohon maghfirah(keampunan) Allah untuknya, samada orang yang didoa (diniatkan) itu masih hidup ataupun sudah mati, maka perkara tersebut diperbolehkan dalam agama.

Perbuatan ini boleh dikategorikan sebagai tawassul dengan amal soleh, yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Contohnya, seseorang berkata: ‘‘Ya Allah, dengan bacaan Alquran ku tadi, dan dengan selawat yang telah aku baca, maka berilah ampunan kepada si A dan si B”.

Tawassul dengan amal soleh ini mempunyai asas dalam Alquran, seperti firman Allah yang bermaksud :

”Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS Ali Imran (3): 16)

dan firman-Nya lagi (bermaksud) :

”Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (iaitu): ‘Berimanlah kamu kepada Tuhanmu’, kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti.” (QS Ali Imran (3): 193).

Ayat di atas dikukuhkan oleh hadis soheh riwayat Bukhari-Muslim tentang tawassul-nya tiga orang Ashab al-Ghar (orang-orang yang terperangkap dalam gua).

Maka, membaca al-Quran (surat Yaasin dan sebagainya) dengan niat ber-tawassul untuk mendoakan orang yang sudah meninggal, tidaklah melanggar syariat. Bahkan amalan ini sesuai dengan petunjuk dari al-Quran dan Hadis.

Walhal, kenapa surah Yaasin yang dipilih sebagai surah favourite (surah yang menjadi kegemaran bagi masyarakat Nusantara ) untuk mendoakan orang yang meninggal dunia? Ia adalah kerana surah Yaasin, seperti yang kita semua tahu, mempunyai fadhilat (kelebihan) khusus berbanding surah-surah yang lainnya.

Ia adalah bersandarkan kepada Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud:

”Sesungguhnya segala sesuatu memiliki hati (qalb), dan hati al-Quran adalah (surah) Yaasin” (HR Tirmidzi).

Semestinya kita disunatkan dan sangat digalakkan untuk membaca al-Quran secara keseluruhannya. Namun mungkin kerana kesibukan dan tak mempunyai kesempatan masa, maka diharuskan untuk membaca surah-surah  yang sederhana panjang sahaja, seperti yang Nabi SAW bersabda mengenai kelebihan yang ada berbanding surah-surah lainnya.

Surah-surah yang mempunyai kelebihan seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW ialah antara lainnya Surah al-Fatihah,Surah Yaasin, al-Mulk, al-Waqi’ah, al-Kahfi, dan lain-lain.

Kesimpulan

  1. Ahli keluarga dan sanak saudara (Khususnya ANAK) adalah orang yang paling patut, paling berhak dan paling afdal mendoakan si mati. Amalan dan doa anak soleh akan sampai pahalanya kepada si  mati apabila si anak berniat untuk sedekah kepada arwah ibu/bapanya.
  2. Bacaan Yaasin, Zikir dan Selawat atas Nabi yang diniatkan untuk disedekahkan pahalanya kepada si mati adalah tidak bercanggah dengan syariat Islam. Amalan ini boleh dikategorikan sebagai kaedah tawassul dengan amal soleh.
  3. Semua anak yang kematian ibu/bapa adalah diperintahkan untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada arwah ibu/bapa nya. Jika baca quran atau berzikir atau buat amal soleh yang lain, eloklah diniat sedekah pahalanya buat arwah ibu/bapa.

Semoga Allah ampunkan dan mengasihani arwah ibu/bapa kita seperti ibu/bapa kita mengasihani kita semasa kita kecil.

Semoga Allah jadikan saya dan anda semua sebagai anak yang soleh, yang dapat membahagiakan ibu/bapa di dunia dan di akhirat kelak, insyaAllah.

Sekian, semoga ada manfaat daripada apa yang kami kongsikan ini. (2070)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

7 thoughts on “Apa yang boleh kita bantu untuk si mati?

  1. entri berguna! nice!

    Terkini : Kucing Gemuk Popular
    .-= suffer8zine´s last blog ..Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    khaulah Reply:

    salam.. Perkara ni mengingatkan sy peristiwa 2 thn lps… sy jg mengalami peristiwa sama, khlgn org yg disayangi, ibu sy.. sy slalu berdoa kpd ibu sy agar ibu sy sentiasa mendapat rahmat dan keampunan Allah di sana… walau dah 2 thn ibu tiada, tetapi masih baru je ibu pergi.. masa tu sy tahun last pengajian sy.. hdp sy terasa gelap seketika, tapi sy tbhkn hati dan bnyk bersabar.. selalu berdoa kpdNya.. Alhmdllh sy dpt tmtkn pengajian sy…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. salam…dah 15 hari bercuti tgganu…sedih yg amat sangat bila terkenangkan arwah anak…semoga Allah mencucuri rahmat dan mengampuni semua dosa-dosa ibu bapa yang ku kasihi dan anakku haziq….umi…rindu….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Berdoa setiap kali sembahyang.

    1. Mengampuni segala dosa kedua orang tua anda(mahupun yang mati atau yang masih hidup.

    2. Berdoa supaya roh orang yang meninggal itu sentiasa dicucuri rahmat Allah S.W.T.

    3. Berdoa agar roh-roh orang yang meninggal itu ditempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Saya juga baru kehilangan orang yang sangat di sayangi. Nenek saya… yang telah menjaga saya dari saya dilahirkan. Beliau telah menjalankan amanah Allah untuk menjaga saya dengan terbaiknya. Beliau lah ibu, bapa dan seorang nenek, sekaligus.
    InsyaAllah, doa doa, bacaan AlQuran dan zikir zikir saya, di terima oleh Allah untuk beliau.
    I miss her very much, but saya redha dengan ketentuan Allah. Semoga, Allah, ampunkan dosa dosanya; lapangkan, sejukkan, terangkan kuburnya. Semoga Allah menghindarinya dari azab kubur dan azab api neraka. Semoga Allah bukakan pintu pintu syurgaNya untuk nenek saya. Ameen.

    Terima kasih penulis blog ni, semoga roh ibu mu juga di rahmati Allah. InsyaAllah, Ameen.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. As salam. PHT, saya ingin bertanya, boleh ke kita sedekahkan Al Fatihah dan meniatkannya utk disedekahka kpd arwah ibu tanpa menyebut namanya?
    - Boleh atau tidak kita sedekahkan Al Fatihah dan diniatkan kepada beberapa org dengan satu Al Fatihah
    -Sekiranya kita lalu di kwsn perkuburan & menyedekahkan Al Fatihah utk mereka n diniatkan juga kpd arwah ibu n sanak saudara kita yg lain?
    -Menyatukan sedekah fatihah kpd org yg telah meninggal & sebagai pendinding diri kita stp hari atau perlu dibaca berasingan?
    Terima kasih.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam