Apa nak jadi dengan kita ni???

Sila baca luahan hati dari Puan Adilah Hamzah.

Pada saya perkara ini wajar diberi perhatian, dan kita masing-masing muhasabah diri.

Ayuh buat perubahan untuk kebaikan.

TERKILAN DENGAN KEBODOHAN MASYARAKAT

Petang tadi suami aku balik kerja agak lewat disebabkan hujan lebat. Dia hantar gambar melalui whatsapp. Jalan jem sepanjang Beranang disebabkan pokok tumbang di depan.

Dia berhenti di wakaf tempat menunggu bas. Bertentangan wakaf tersebut, ada kedai kosmetik.

Orang yang menjaga kedai tersebut panggil suami aku masuk ke kedainya, sebab ribut di luar dan angin kencang kuat sampai terangkat bumbung kedainya.

Setelah hujan pun reda… suami aku start motor nak sambung perjalanan.

Dalam 100m ke depan, ada orang berkerumun di tempat pokok yang tumbang.

Suami aku pun berhenti nak tengok juga apa yang menarik sangat perhatian orang ramai tu.

Masing-masing tengah sibuk merakam dan mengambil gambar seorang pakcik tua yang dihempap pokok besar!!

jangan jadi hamba teknologi

Betapa marahnya suami aku dengan kebodohan masyarakat kita yang berlumba-lumba nak jadi orang pertama sebarkan gambar di Facebook, Whatsapp, Instagram sehinggakan tak ada seorang pun yang nak tolong pakcik tersebut.

Suami aku gulung seluar kerjanya, segera meluru ke arah pakcik tersebut, rasa nadi di leher dan pergelangan tangan. Tetapi pakcik itu sudah tiada.

Suami aku jerkah orang sekeliling untuk tolong angkat pokok besar tu. Barulah orang terhegeh-hegeh nak tolong.

Tetapi apakan daya, tidak awal dan lewat sesaat pun… pakcik itu sudah menemui ajalnya.

Apa yang suami aku kesalkan…

Jika mereka yang sibuk-sibuk ambil gambar untuk jadi orang pertama tu terlebih dahulu membantu pakcik yg tersepit di motornya disebabkan pokok yang menghempapnya, ada kemungkinan pakcik itu boleh diselamatkan lagi.

Tetapi manusia hari ini berebut untuk ambil gambar dahulu untuk disebarkan daripada berebut untuk menghulur bantuan.

Pakcik tua tu, tak tahu siapa isterinya, tak tahu siapa anaknya. Bayangkan jika kita ini isterinya, kita anaknya… alangkah sedih ayah yang dihempap pokok, anak yang jatuh dari Kenanga Wholesale, orang keliling sibuk mengambil gambar nak disebarkan di laman media sosial. Tak kena batang hidung sendiri memang kita tak sedar.

Semoga kekesalan suami aku hari ini menjadi pengajaran buat aku dan juga kita semua.

Jika orang dalam kesusahan di tepi jalan raya, di masjid, di RNR, di kedai, di mana-mana sahaja, jadilah orang pertama hulurkan bantuan, bukan jadi orang pertama hulur handphone kau nak ambil gambar!

Suami aku yang memang tak ada Facebook, katanya nak guna handphone biasa-biasa sahaja. Tak mahu ada whatsapp lagi.

Kerana teknologi hari ini membunuh simpati sesetengah masyarakat yang tidak berotak!

Begitulah bebelan aku malam ini. Moga bermanfaat.

Wakaf Menunggu Bas, Beranang.

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(667)

1,320 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(6)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam