Anda nak mati dengan cara bagaimana?

Kita semua PASTI akan MATI! Tak kira siapa.

Raja ker, president ker, perdana menteri ker, orang kaya ker, orang miskin ker, tua ker, muda ker, kecik ker bersar ker, laki ker perempuan ker, manusia ker binatang ker, asal saja bernyawa, pasti akan tiba masanya ajal datang menjelma. Tanpa dipinta, secara tiba-tiba, tanpa diduga… masanya pasti tiba.

cara mati

Cuba bayangkan, diri kita dalam kafan putih itu…

Tiada siapa yang tahu bila, dimana dan bagaimana caranya mati kita.

  • Ada orang mati atas jalan raya.
  • Ada orang mati atas padang.
  • Ada orang mati atas kapal terbang.
  • Ada orang mati atas katil.
  • Ada orang mati atas pentas.
  • Ada orang mati atas kerusi.
  • Ada orang mati dalam laut.
  • Ada orang mati dalam longkang.
  • Ada orang mati dalam selimut.
  • Ada orang mati dalam kelas.
  • Ada orang mati masa makan.
  • Ada orang mati masa tidur.
  • Ada orang mati masa tengok tv.

…..and the list goes on…

  • Baru-baru ni terbaca berita pasal bikers mati hangus terbakar atas jalanraya.
  • Sebelum ni pernah juga tengok pemain bola mati tiba-tiba masa main bola atas padang.
  • Paling terharu, bila tengok video seorang pendakwah mati semasa memberi ceramah dalam majlis ilmunya.

Subhanallah, indahnya mati dalam keadaan beriman dan bertakwa kepadaNya.

Anda pula, kalau diberi pilihan,

bagaimanakah cara mati yang anda mahukan???

Saya teringat kata-kata imam Nawawi rahmatullahu’alaih…

“Manusia akan MATI mengikut CARA HIDUPnya… dan dia akan dihidupkan kembali mengikut cara matinya…”

Sekarang, cubalah kita renung seketika…

Bagaimanakah cara hidup kita sekarang….?

Apa yang kita suka sangat (tergila-gila) dan “pulun” atas dunia ni?

Ingat! Bagaimana kita hidup, kemungkinan begitulah cara mati kita.

Saya berdoa semoga Allah mematikan kita semua dalam iman yang sebenar, mati dengan membawa “qalbun salim”, mati dengan akhir kalimah kita menyebut ‘Laa ilaha illallah’.

Aamiiin.

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(1006)

2,406 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(4)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam