Aku dah OK, kau tu yang kena berubah?

Dalam banyak hal, kita rasa kita sentiasa di pihak yang betul. Kita mahu orang faham kita. Kita nak orang terima pendapat kita. Kita ingin orang dengar cakap kita.

Tapi sedarkah kita, orang lain pun fikir macam itu juga. Mereka juga fikir mereka betul. Mereka tak silap. Mereka tak perlu berubah. Yang perlu berubah adalah orang lain.

Inilah lumrah pemikiran seorang manusia.

Kita sentiasa fikir, kita yang betul. Kita rasa kita dah OK. Orang lain la kena dengar nasihat kita. Orang lain la perlu berubah.

aku dah ok

Kita jarang sekali akui kelemahan kita. Jarang sekali kita nampak kekurangan kita. Jarang sekali kita sedar kesilapan kita.

Yang kita mahu, orang lain sedar kelemahan mereka. Yang kita mahu orang lain akui kekurangan mereka. Yang kita mahu orang lain perlu berubah. Orang lain perlu dengar nasihat kita.

Sedang kita, lupa muhasabah diri. Tak nampak kekurangan diri. Tak sedar kelemahan sendiri.

Lantas merasa diri kita sudah OK. Diri kita sudah baik. Diri kita dah ‘steady’. Kita berasa puas hati, syok sendiri.

Walhal kita lah sebenarnya yang rugi. Sepatutnya kita boleh perbaiki diri. Sepatutnya kita mampu berubah lebih baik lagi.

Tapi sayang, kita lupa diri. Tertipu dek bayang sendiri.

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(202)

1,002 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(4)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam