Bagaimana Cara Terbaik Merawat Penyakit Sihir, Ilmu Hitam, Santau Atau Gangguan Jin.

Share

Mencari tempat berubat dari gangguan sihir, santau, terkena ilmu hitam atau gangguan jin ini bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi untuk mendapatkan bomoh atau pengamal perubatan tradisional yang betul-betul mujarab dan serasi dengan pesakit itu sendiri.

Ada sesetengah pesakit yang telah menghabiskan ratusan ringgit dan tidak kurang juga yang telah menjelajah banyak tempat untuk berubat namun sakitnya tetap tidak juga hilang. Tidak kurang pula ada sesetengah pesakit ditipu oleh pengamal perubatan yang tidak bertanggungjawab konon katanya mampu menyembuhkan penyakit yang dihidapi dengan mengenakan bayaran pengeras / kos rawatan yang terlalu tinggi hingga ratusan ringgit untuk sesuatu penyakit namun sakit tidak juga sembuh.

Ada juga segelintir pesakit yang mendapat rawatan di beberapa tempat yang terpaksa mencari pelbagai jenis bahan-bahan rawatan yang pelik untuk mengubati pesakit tersebut tetapi hasilnya tetap juga hampa. Pelbagai kaedah rawatan telah dilalui dari mandi 7 kolah masjid, mandi limau / garam kasar, rawatan secara batin, minum air yang telah dirukyah oleh Ustaz, berkebas, berurut dan macam-macam kaedah namun jika sakit itu masih tidak diizinkan oleh Allah SWT untuk sembuh maka ia tetap tidak sembuh.

Di sini saya ingin berkongsi ilmu atau amalan dengan saudara-saudari ubat yang paling mujarab dari segala jenis penyakit gangguan ini yang telah saya amalkan sendiri dan ternyata sangat mujarab.

Ubat yang paling mudah itu sebenarnya terletak pada usaha diri kita sendiri serta pertolongan terus dari Allah SWT tanpa ada perantara seperti bomoh, ustaz, Jin Islam, atau apa-apa perantara yang lain. Bukan menafikan khidmat ustaz atau pengamal perubatan tradisional yang lain tetapi saya sudah banyak kali berubat hampir 20 perawat atau pengamal perubatan tradisional yang telah saya ketemui namun sakitnya hanya hilang sekejap tetapi ianya datang kembali.

Namun berkat dari usaha saya dan dengan pertolongan dari Allah SWT saya menemui amalan atau ilmu yang sangat mujarab bagi merawat penyakit yang saya hadapi selama hampir 1 tahun ini.

Berikut amalan yang saya lakukan, sememangnya amalan ini yang biasa dilakukan apabila setiap kali selesai kita bersolat seharian cuma bezanya di sini kita tambahkan keyakinan sepenuhnya kita kepada Allah SWT serta lakukan dengan bersungguh-sungguh dengan penuh khusyuk dan istiqomah.

Page 1 of 4 | Next page