Kisah rumahtangga paling tragis pernah saya terima – Part 1

Share

Hari demi hari, ada saja pembaca yang menghantar email kepada saya mengadu pelbagai masalah. Paling banyak ialah aduan tentang masalah rumahtangga.

Dalam banyak-banyak aduan yang diterima, berikut ini saya kongsikan 1 kisah paling tragis pernah saya terima. Ia adalah berkenaan dengan kisah bagaimana seorang isteri yang begitu menyayangi suaminya, yang sanggup berkorban apa saja untuk suaminya, yang mahukan rumahtangganya kekal bahagia selamanya, namun di uji oleh Allah dengan ujian yang sangat besar.

Saya telah membaca kisahnya dengan penuh teliti. Saya cuba membayangkan betapa besar dan dahsyatnya ujian @ cabaran yang dihadapi. Hati saya jadi begitu terharu dan sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa si isteri.

Subhanallah, besar sungguh ujian Allah kepada dia. Rasanya, kalau saya ditempatnya, belum tentu saya dapat menanggung bebanan tekanan seperti itu.

P/S- PakarHowTo benar-benar berharap agar anda semua dapat baca kisah di bawah ini dan berikan pendapat @ komen anda. Semoga dengan pandangan @ komen yang anda berikan, dapat sikit sebanyak mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh si pengadu. Terima kasih.

Pasangan Ku Curang?

Luahan Tulus Hati Seorang Isteri

Asaalamualaikum…

Terlebih dahulu ingin saya perkenalkan diri saya sebagai Hanis Zulaikha. Saya mengikuti blog pakarhowto sehari-hari dan terlalu banyak info yang begitu membantu dan blog ini adalah blog pertama yang penuh berfaedah dan menghiburkan.

Pakar, malu untuk diceritakan apa yang berlaku dalam kehidupan saya,tapi saya sudah terlalu buntu untuk memikirkan yang terbaik untuk masalah peribadi saya dan berharap pakar mungkin sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam membuat apa yang terbaik dalam hidup saya ini.Saya harap pakar dapat beri pandangan dan pendapat dan sekiranya pakar sudi,siarkan lah kisah saya ini untuk saya terima pendapat-pendapat lain dengan terbuka.Saya mulakan kisah peribadi saya ini.

Saya seorang isteri yang sedang mengandung 6 bulan.Saya berkahwin dengan seorang lelaki yang awalnya saya kenali dia sebagai seorang yang penyayang dan terlalu mengambil berat pada saya.Saya adalah isteri kedua kepada lelaki tersebut dan perkahwinan kami mendapat restu dari isteri pertama mungkin kerana lelaki ini selalu berjauhan dengan isterinya atas sebab kerja.Saya bernikah dengan suami saya di sempadan Thailand kerana saya kerap bertemu dengan dia,dan untuk pengetahuan pakar,saya adalah seorang perempuan yang terlalu menjaga kehormatan dan ingin mengelakkan kami dari maksiat dan alhamdullilah saya dapat menjaga kehormatan saya sehinggalah saya bergelar seorang isteri yang sah.

Pernikahan ini saya rahsiakan dari pengetahuan emak dan ayah saya kerana perhubungan kami ditentang kerana dia suami kepada seseorang.Tetapi,pada suatu hari kami berterus terang dan Alhamdullilah juga,emak dan ayah saya merestui hubungan kami dan saya dinikahkan semula oleh ayah saya dan kami diraikan dalam satu majlis yang besar-besaran.Perkahwinan kami ini juga turut direstui oleh kedua orang tua mertua saya.

Bagi mertua saya,poligami tidak menjadi satu yang agak teruk seperti yang selalu orang-orang melayu kita beranggapan kerana bapa mertua saya juga mempunyai 2 orang isteri.Perkahwinan saya ini juga dihadiri oleh kedua-dua ibu kepada suami saya.Saya bahagia dengan suami saya.

Suami saya berterus terang yang beliau mempunyai terlalu banyak hutang bank dan tidak mempunyai duit simpanan.Suami saya mempunyai pendapatan yang besar,tetapi saya perhatikan pakaian suami saya seperti orang yang tidak mampu membeli pakaian yang elok.Saya modalkan untuk membeli banyak pakaian baru dan berjenama buat dia.Saya tidak kisah itu semua,Tetapi kerana peribadi suami saya,saya terima dia seadanya dan bagi saya duit bukan ukuran,untuk pengetahuan pakar,kos pernikahan kami di thailand sehinggalah majlis di sini semua dengan menggunakan duit saya waimah duit mas kahwin.Semuanya kerana cinta saya pada suami saya.Bukan niat untuk mengungkit,tetapi kisah ini ingin saya kongsi bersama sejujur-jujurnya.

Pakar,saya seorang yang berharta dan berduit sebelum bernikah dengan suami saya.saya bertemu jodoh saya awal usia 30 an.Dan sejak bergelar isteri,saya makin dekatkan diri dengan Allah,saya tak pernah tahajjud,tapi sejak bernikah saya lakukan,dan sedikit amalan sunat-sunat yang lain.Sepanjang saya menjadi isteri,saya dilarang bertemu orang luar kecuali keluarga saya,saya tidak dibawa berjalan sepertimana suami saya membawa isteri pertamanya berjalan,setiap perbelanjaan rumahtangga saya dan isteri sana semua atas tanggungan saya.Tetapi,bagi saya,duit bukan ukuran untuk sebuah rumahtangga.

Pakar,Saya mempunyai syarikat sendiri,Tetapi,dugaan melanda,selepas bernikah,saya diduga dengan saya ditipu rakan kongsi saya.Hingga saya terpaksa membayar ganti rugi kepada syarikat-syarikat lain yang syarikat kami berhutang.Sampai ke suatu tahap saya hilang segala-gala kemewahan,kereta mewah dan duit simpanan saya semakin menyusut.Suami saya mempunyai masalah dengan pekerjaan beliau dan suami saya sebenarnya tidak berminat dengan jawatan tinggi dan pekerjaan yang dimilikinya.Sebulan selepas kami bernikah,dengan kelayakan kewangan saya,saya berani untuk izinkan suami saya berhenti dari pekerjaan dan saya fikir pada masa itu saya mampu untuk menanggung beliau dan keluarga pertamanya termasuklah ibu mertua saya.

Malangnya saya semakin hari semakin susah.Kami hidup bersama di rumah sewa kami.Kesusahan saya sehingga saya tidak mampu membayar kereta saya hingga ditarik dan dilelong.Kawan-kawan lari meninggalkan saya sehinga tiada seorang pun yang mahu berkawan dengan saya dan saya cuma ada suami saya untuk saya luahkan rasa suka duka saya.Begitu juga kawan-kawan suami saya,semua lari menginggalkan dia.Semua berlaku dengan sekelip mata selepas saya bernikah dengan suami saya.

Dalam keadaan begini,suami saya masih tidak bekerja dan saya menggunakan sisa-sisa simpanan saya untuk makan kami berdua.Paling menyedihkan,saya tertunggak bayaran bulanan sewa rumah kami.Puas saya berusaha untuk mendapatkan rezeki,tetapi rezeki masih tidak menyebelahi saya.

Saya mengandung buat kali pertama.Seperti biasa suami saya akan berulang alik ke rumah isteri pertama dan ke rumah saya dengan semua itu tanggungan saya.Kerana kan tekanan yang saya alami,saya mengalami keguguran.Tetapi selang sebulan saya mengandung lagi buat kali kedua dan saya gugur lagi pun kerana tekanan hidup.Dan selang 3 bulan selepas itu saya mengandung kali ketiga dan gugur juga.Saya terlalu inginkan zuriat untuk mengeratkan lagi ikatan perkahwinan kami.Saya pun mahukan dia rindukan saya bila dia di sana kerana saya ada anak seperti dia rindukan isteri dan anak-anak dia bila dia disisi saya.Suami saya jenis yang sayang kan anak .

Setahun perkahwinan,saya dihalau dari rumah sewa,dan saya berpindah dari rumah sewa kami seperti perompak melarikan barang-barang dalam rumah orang.Saya tumpang barang-barang rumah saya di rumah emak ayah saya,baru beberapa hari di rumah mak,rumah mak saya dirompak,dan banyak barang yang hilang adalah barang-barang rumah saya.Saya masih bersabar lagi dengan keadaan itu.Tetapi,suami saya sudah menunjukkan kelainan dengan diri saya.Suami saya sudah pandai memaki hamun saya,menengking saya dan hampir setiap minggu mengungkit kesusahan yang terjadi hingga saya digelarkan pembawa sial dan pembawa masalah dalam hidup dia.Suami saya menunding jari kerana dia tidak bekerja selama dia bersama saya.Dan paling menyedihkan dia mengugut untuk menceraikan saya.

Saya masih bersabar.Kami menumpang di rumah emak ayah saya.Suami saya mengalami kemurungan yang teruk dan saya juga tertekan dengan keadaan kami tetapi tidak pernah saya zahirkan kepada suami saya selama kami bernikah supaya dia tidak bertambah murung dan dengan sikap saya ini jugalah yang membawa kepada 3 kali keguguran dalam masa setahun pernikahan.

Masuk usia setahun 2 bulan kami bernikah,saya diduga lagi.Polis datang ke rumah orang tua saya untuk menyiasat tentang satu kes penipuan.Saya dengan tanpa rasa curiga hadirkan diri ke balai polis untuk memberi kerjasama,dan malangnya nasib saya saya ditahan reman untuk siasatan kes ini.Sebenarnya tiada sebarang penipuan pun di dalam kes ini,tetapi saya disalahkan kerana menyebabkan kerugian kepada sebuah syarikat yang dulu pernah melabur dalam syarikat saya,tetapi fakta diputar belitkan sehingga saya dipukul oleh pegawai polis untuk mengaku setiap pertuduhan tersebut.

Gambar adalah sekadar hiasan

Gambar adalah sekadar hiasan

Suami saya tinggal keseorangan,untuk pulang ke rumah isteri pertama tidak mungkin,kerana suami saya dipulaukan mertua sana kerana suami saya tertunggak nafkah kepada isteri pertamanya.Dan suami saya pulang ke rumah ibunya yang tidak berjauhan dari rumah orang tua saya.Semasa di dalam tahanan,saya terlalu sedih mengenangkan nasib saya sehingga difitnah kerana wang ringgit,dan untuk pengetahuan pakar,individu yang bertanggungjawab mendakwa saya adalah rakan karib saya sebelum saya bernikah dahulu.

Saya semakin tertekan mengenangkan keadaan suami saya.Bagaimana keadaan dia,macam mana makan minum dia,macam mana tidur dia,hanya untuk dikongsikan kepada pakar,selama saya menjadi isteri,bila suami saya celikkan mata,saya akan pastikan saya berada depan dia dan saya akan berikan sebuah senyuman buat dia yang tercinta,turun je dari katil,tuala dan sepasang sepersalinan suami saya sudah saya siapkan,selepas dia mandi saya akan siapkan sarapan untuk suami saya,dan setiap suami saya berada di mana-mana ruang di rumah kami,waimah rumah orang tua saya atau ibu mertua saya,saya akan siapkan minuman walau hanya air kosong untuk suami saya.Saya akan cuci pakaian suami saya dengan menggunakan tangan saya sendiri walaupun saya mempunyai mesin basuh.Pakaikan stokin suami bila dia hendak keluar,Ibu mertua saya tidak pernah memuji menantunya tentang layanan suami tatapi pujian itu diberi pada saya,saya tahu pun dari adik ipar saya.Yang saya tahu,saya akan melayan suami saya sepertimana emak saya melayan ayah saya.

Saya dijatuhkan hukuman terus,dan saya perlu diikat jamin dengan jumlah yang besar.Mana lah emak ayah saya mahu mencari wang untuk menjamin saya.Tetapi,mujurlah,suami saya buat pertama kali dapat meminjam pada adik iparnya untuk menjamin saya.Selepas bebas dari tahanan,saya menetap dirumah mertua saya.Kerana bukan setakat aduan polis,tetapi bekas rakan karib saya mengupah orang untuk mendapatkan saya untuk diugut dan diancam.Saya mendiamkan diri di rumah mertua saya.

Hari pertama saya bebas,suami saya meluahkan rasa yang tertekan.dia mahu kami berpisah kerana isteri pertama dia ingin menuntut penceraian.Dan dia pilih untuk hidup bersama isteri pertama dia.

Pakar,semasa dalam tahanan,saya tak sangka yang saya mengandung lagi kali keempat,dan kali ini walaupun tertekan dia dalam tahanan,walau teruk dipukul polis,kandungan saya ini tetap bertahan.Saya maklumkan pada suami saya yang saya mengandung lagi,tidak seperti dulu,dia suruh saya gugurkan kandungan ini.Saya sedih sangat,Dia mengungkit,kerana perkahwinan ini dia susah,isteri tuntut cerai dan dia tidak dibenarkan untuk berjumpa anak-anak dia.saya cuba menghubungi isteri pertamanya,saya dicemuh.Saya terkejut,madu saya juga turut berubah.Dan buat pertama kali saya dipukul suami saya.Sepanjang saya dikasari suami saya waimah tengkingan,makian,cemuhan dan pukulan,saya tidak pernah melawan.Saya sanggup itu semua asalkan dia masih terima saya sebagai isteri.Saya tetap bertahan walau hati ini hancur,kerana saya ingin hidup dengan dia sampai mati,saya ingin jaga dia dan saya terlalu cintakan dia.

Dan paling menyedihkan,saya dihalau dari rumah mertua saya oleh suami saya walau ibu mertua saya bertindak membela saya,saya dipukul,ibu mertua saya ditengking hingga ibu mertua saya menitiskan air mata,dan kerana air mata itulah dia mengugut untuk buat saya menangis seumur hidup saya.Saya disalahkan kerana kemusnahan hidupnya.

Saya mempunyai sebuah rumah untuk dijual,rumah tersebut saya beli dengan tunai tanpa pinjaman bank semasa saya senang satu ketika dahulu,susah sungguh untuk saya jual rumah tersebut bagi membolehkan saya membayar hutang-hutang dan memulakan hidup baru dengan suami saya,tetapi dia selalu mengungkit yang saya selalu menyusahkan dia dengan masalah-masalah saya,jadi saya bertindak untuk menguruskan semua hal saya sendiri tanpa menyusahkan dia,tetapi kerana proses jualan rumah ini lambat,dan dokumen-dokumen saya tinggalkan di rumah mak saya,dia menuduh saya menipu dia,dalam masa yang sama,saya menjaga maruah dia dari tanggapan adik beradik saya yang dia mahukan harta saya sepanjang bernikah dengan saya,saya tidak mahu adik beradik saya memandang serong pada suami saya.

Untuk pengetahuan pakar,lagi 2 bulan,perbicaraan ke atas saya dijalankan,sabit kesalahan saya akan dipenjarakan tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun,tetapi saya berada di pihak yang benar,saya berani bersumpah yang saya difitnah,dan saya yakin saya akan menang,tetapi saya masih tidak mampu untuk membayar kos melantik peguam.Yang terbaru,ibu mertua saya maklumkan pada saya,yang suami saya sudah keluar dari rumah mertua saya,dan dia ada menghantar sms kepada saya yang dia akan tinggalkan saya hingga bila-bila,dan pandai-pandailah saya untuk teruskan hidup…

Pakar,saya terlalu cintakan suami saya,siapapun dia,apa sahaja yang dia lakukan pada saya,saya terima seadanya,sedikit pun tidak saya bencikan dia walau caci maki,seranah,hinaan,fitnah,dan hinaan kepada keluarga saya dan saya tidak berdendam pada suami saya .Dan keluarga saya tidak pernah tahu sedikit pun tentang perlakuan saya terhadap saya.

Pakar,apa yang patut saya lakukan,saya yakin,dia hanya manusia biasa,satu hari nanti,hatinya akan lembut dan dia akan berubah menjadi baik.Saya mahu dia pulang kepangkuan saya dan saya mahu mulakan hidup baru bersama dia. Tolonglah berikan pendapat kepada saya .

Respon dari PakarHowTo

Kepada Puan Hanis Zulaikha,
Terus terang saya katakan, puas sudah saya memikirkan ayat @ mencari kata-kata ajaib untuk dinukilkan di sini agar sikit sebanyak dapat membantu puan dalam menghadapi dugaan ini. Namun saya minta maaf, saya gagal untuk mencari kata-kata ajaib itu.

Apa yang boleh saya katakan cuma ; “BERSABAR DAN REDHA LAH ATAS UJIAN ALLAH INI! SESUNGGUHNYA UJIAN ITU ADALAH TANDA KASIH SAYANG ALLAH KEPADA PUAN. SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA PUAN!”

Mungkin video Ustaz Asri ini mampu sikit sebanyak mengurangkan tekanan yang puan hadapi.

(14448)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

145 thoughts on “Kisah rumahtangga paling tragis pernah saya terima – Part 1

  1. kalaulah saya kenal saudari dulu… dah tentu saya akan bahagiakan saudari selayaknya saudari dapat….ish3.. sabar banyak2 ye.. moga2 tuhan kurniakan kebahagiaan pada saudari suatu hari nanti… :)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    nina Reply:

    ye ke afif???
    dalam cter ni pun dia ckp dia kenal suami dia first2 pun seorang yang penyan\yang tapi berubah biler dah kahwin,
    cobaaannn!!!!

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    afif Reply:

    @nina, ye le, (klu die betul2 wujud mmg saye serius!) bkn senang nk cari perempuan sebaik dia zaman skrng ni.. tp nak buat macam mane, hanya doa la yang mampu, (klu cite ni kisah benar la.. hehe), tu la akibat nak poligami tp x pandai urus, baik kawen satu je, cik hanis kene la cari lelaki yg beriman, tahu tanggungjawab baru la bahagia…. hmm

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    yenti Reply:

    ini anggap saja sebagi hukuman kurma bgi anda.sebelum anda kwin dgan laki2 tuh udh thu punya suami dan ank tapi masih mau juga kwain dengan laki2 ni.pikiran positif saja orng yg berpologami itu jarang yg adil.bagiamanpun ada rasa tersakiti,cemburu.anda kaya raya msih bnyak laki2 yg lain seutuhnya menciantai anda macam tak ada laki2 lain lagi klu dibilang cinta hidup ini tak bisa juga hanya sekedar cinta.ya kalau menurut sya buat apa lagi dipertahankan bis laki2nya mau pergi kebini pertama.lebih baik hidup sendiri aja ….

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 2

    [Balas Di Sini]

    intandahlia Reply:

    kenapala dia masih setia dengan lelaki camtu …. eee tolongla cubala jadi wanita yang kuat dan berani menghadapi apa jua dugaan tanpa lelaki. buat apa nak lagi pada lelaki camtu…walaupun dia adalah suami tapi awakjuga ada hak sebagai isteri, jangan mengalah dan ikut sangat lelaki camni. bukan apa walaupun suami isteri kita mesti juga ada back up jgn semua nk serah kat dia….tolongla fikir utk diri sendiri. lelaki apa sanggup suh isteri gugurkan kandungan..itu bohjan namanya..adoii…cubala cari jalan tenangkan diri dan jauh dr lelaki macam tu….eeee

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @intandahlia,
    setuju…
    klu suami suruh gugurkan kandungan,
    jangan la ikut…
    nanti kita turut sama mendapat dosa besar.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Kalau Puan Hanis melawat blog ini, kalau boleh bagi sedikit maklumbalas pada ruangan komen, supaya pembaca meyakini bahawa Puan hanis btul2 wujud dan mengikuti perkembangan blog ini. (kalau puan hanis Tidak melawat blog ni buat ape nak bagi pendapat dan kisah ni akan jadi cam Novel lak)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. sangat tersentuh…pn.hanis banyakkan bersabar ye..amal kan surah al-insyirah, ayat 5 dan 6 “maka sesungguhnye bersama kesusahan ada kemudahan”…saya dah penah cuba, sangat mujarab..janji Allah itu pasti..kita mesti yakin & tawakkal..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Puan Hanis,
    adakah suami puan selayaknya lelaki yang puan perlu cintai? bagaimana dengan amal ibadatnya….selayaknya menjadi khalifah puan? dari cerita puan dia tak tahu tugas seorang suami beristeri dua…tak ada kemampuan. jangan terjerumus cinta yang tak kesudahan, cinta pada yang menjadikan kita…
    Puan Hanis,
    puan telah buat keputusan sendiri, saya kira pendapat seperti saya pasti tidak dapat puan terima dengan fikiran terbuka…tapi..fikirkan masa depan puan sendiri, di alam ini dan alam akan datang

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. tinggalkan saja lelaki yg x bertimbang rasa 2. saya sebagai lelaki pun marah. pn layak untuk mendapat kehidupan yg lebih bahagia daripada menunggu buah yg entah bila akan gugur. saya akui bhw puan sygkn dia tapi, pn sendiri tahu ramai lagi insan yg berhati mulia kt luar sana. jngn kita gelapkan ms depan kebahagiaan kita dek ‘terlalu’ menjaga org ln. bnykkn bertawakal dan berdoa. saya turut bersimpati dgn puan. pn dh terlalu menderita.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. salam…
    saya sgt sedih baca kisah ni, kesilapan yg saya nampak ialah puan menyuruh suami berhenti kerja…sepatutnya kaum lelaki tdk boleh berhenti kerja…..
    apaun semua dah terjadi…hadapailah hidup dgn tabah…solat malam dan berdoalah agar keadaan berubah menjadi baik…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. Pn. Hanis,
    saya sependapat dgn comment 4. Betulkah selayaknya suami puan bergelar suami? sy telah membaca kisah puan dgn penuh penghayatan. dari situ saya lihat suami puan banyak kelemahan dan beliau seperti tidak memahami tugas2 sebenar seorang suami tambahan pula dia beristeri dua. bukan niat sy perkecilkan suami puan, tapi dari sikapnya saya merasakan begitu. mmg ada kebaikan yg ditunjukkan seperti ikat jamin puan keluar penjara, tapi puan mohonlah petunjuk dari Allah swt agar diberikan petunjuk dan jalan yang lurus utk puan ikuti. jangan buat keputusan terburu2, yg penting puan sentiasa minta petunjuk dari Allah, klu sudah ditakdirkan ape sekalipun harap puan sentiasa redha, sy hanya mengharapkan yg terbaik utk puan, saya faham berat mata memandang berat lagi bahu memikul, harap kandungan puan terus membesar dgn sihat supaya dapat menjaga puan bila besar kelak.wasalam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. sedih rase…..Yelah, hidup ni xsentiasanya indah….semoga lebih tabah….. maaf saya, puan jangan jadi buta kerana cinta….. xramai orang nak susah dengan kita……. gunakan akal, jangan gunakan perasaan dalam pertimbangan….insllah, puan mesti boleh……saya sebagai lelaki juga mengharapkan ketenangan di pihak puan…… Bykkan mengingati Allah……Wsslam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. Assalamualaikum hanis
    Syukur pd Allah krn ramai dikalangan kita memberikan nasihat dan pengajaran yg amat bermakna.Sy memahami hatimu.Kesukaran yg dilalui adalah ujian dr Allah.Cuba kita renung kembali saat2 yg lalu dimana silap kita & knp Allah menguji kita sehebat ini.Mungkin dulu kamu lupa pd Allah tapi bila dtg ujian ini barulah kamu sedar dekatnya kamu pd Allah.
    Biarpun ada dikalangan kita ini membenci wanita yg bergelar isteri ke2 tapi bersabarlah.Kamu bkn perampas tapi itu adalah jodoh yg Allah tentukan.Namun cintamu terlalu pd suami.Siapa tak syg suami kan?Lihatlah dimana dia saat kamu berduka & didlm kesusahan.Suami seperti itukah yg kau mahu agung-agungkan?Kesabaranmu lebih dr segalanya.Hatimu lembut bkn pd tempatnya.Bangkitlah hanis susuri jln yg berliku ini dgn memohon petunjuk dr Allah agar kamu temui kesudahan yg baik.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. Assalamualaikum pn Hanis..
    Saya sangat takjub dengan sifat sabar puan. Sebagai seorang wanita yang belum berkahwin, dugaan seperti inilah yang saya takut untuk terima. Tapi, bila melihat ketabahan hati puan yang tak pernah menyalahkan takdir, saya mulai sedar bahawa Allah tidak menduga hambaNya jika kita tidak mampu untuk menanggung dugaan itu. Saya mendoakan semoga puan akan terus tabah dan hikmah Allah akan datang menyambut kesedihan puan. Jika benar suamimu itu jodohmu, maka Allah itu Maha Mengetahui akan suratanNya. Salam sayang dari saya untuk puan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    gue Reply:

    @fatimah, Jangan merancang atas perkara buruj

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. bertuahlah suami pn hanis, dapat khidmat tahap A+++ dr segi layanan dan bantuan wang ringgit. biasanya lelaki memang nampak cool pada mulanya tapi mungkin akibat tekanan dari pelbagai pihak (kewangan, sosial-hilang kawan, rumah tangga isteri pertama) dia dah hilang pertimbangan. Saya tak pertikaikan perangai suami puan, asalkan pn hanis cintakan suami dan suami pun sebaliknya itu sudah memadai. Tapi puan harus beri kesedaran kpd suami bahawa dia ialah ketua keluarga yg ade tanggungjawab besar.

    Nasihat saya pada pn hanis & suami ialah, Allah tak akan menguji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Dan Allah itu tak zalim. Bermohonlah pada Allah supaya diringankan segala ujian dalam hidup kita. Percayalah pada qada’ dan qadar. Allah sentiasa bersama kita semua.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. TUHAN PERCAYA YANG AKAK MAMPU UNTUK HADAPI SEMUA NIE. DIA TAK AKAN UJI KITA MELEBIHI KEMAMPUAN KITA. SEBERAPA SUKAR SEKALI PUN TUHAN PERCAYA YANG AKAK MAMPU. SEBAB TU DIA UJI AKAK. DAN SAYA PERCAYA YANG AKAK MAMPU. BERDOALAH BANYAK2 KEPADANYA. INSYAALLAH ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA. DAN SAYA PASTI AKAK AKAN KECAPI JUGAK KEBAHAGIAAN. AMIN..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 8

    [Balas Di Sini]

    Dean Zorro Reply:

    @Ash,
    F__k off,Ash.Kow ni ada virus SETAN,tau..!!! Semua komen kow yg aku baca,semua Negatif & tak Membina Langsung..!! Go and Get a Life…!!

    BODOH punya olang..!!!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    Ash Reply:

    @Dean Zorro
    Aku menasihat dengan cara reverse psychology. Kalau tak suka pergilah jumpa suzana ghazali dan kirim salam pada beliau. Aku adalah orang bijak dan positif. Kira barang kat pasar pun x payah pakai calculator tau tak. Tak caye tanye mak aku. Sekian sahaja episod kali ini. Ingat Dean Zorro, jangan ponteng sekolah lagi ok.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 3

    [Balas Di Sini]

    nina Reply:

    sokong Zorro
    cara ko komen ash mcm org sakit jiwa, mmg hati ko ketandusan dgn kasih sayang,
    dalam dunia ni orang bijak xkemana jugak, lau nk dibandingkan dengan orang yang pandai jaga mulut…
    ko rase ko bijak adakah ko bijak setanding dengan panglima Khalid al-Walid??
    bagi ak manusia yang bijak adalah Muhammad b Abdullah, lau ko bijak cube la cipta sesuatu setakat mengira kat pasar pun nk kecoh!!!!!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    katy Reply:

    @Ash,

    KAU NI MCM MANUSIA TAKDE OTAK,TAKDE PERASAAN,KENA KAT MUKA KAU,KAU RASE LER!HATI MCM MCM HATI HINUS!BODOH!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Ash Reply:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 4

    [Balas Di Sini]

    nina Reply:

    manusia yang paling sempurna dalam dunia ni adalah Rasulullah namun baginda xpenah mengeluarkan kata2 kesat,
    naper ash?? rasa2 diri tu lagi sempurna dari Rasulullah kew???

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Ash Reply:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 4

    [Balas Di Sini]

    nina Reply:

    org nk cakap ko 2 dh sedar xsempurna bglh komen y ada sifat tamadun….
    apa guna akal???
    abis 2 ko gune akal tok kutuk & bersikap kurang ajar kew???
    otak binatang je 2….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    Ash Reply:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 3

    katy Reply:

    @Ash,

    ADA JUGAK ORG KAT MALAYSIA NI MCM KAU EK,

    ASH,..KAU MEMANG BAGUS,GRADUATE YANG BEROTAK DAN BERMORAL,WALAUBAGAIMANAPUN,NASIB KAU,NYAWA KAU,TAKDIR KAU,HATI KAU TETAP ALLAH YANG PEGANG,JANGAN KERANA MULUT KAU MUSNAH HIDUP KAU ATAU KETURUNAN KAU,INGAT..MASA TU TAKDE ORANG BOLEH TOLONG MELAINKAN KEAMPUNAN ALLAH..JANGAN LE MENDABIK DADA BILA BERKATA-KATA TU…MENANGIS KAU SATU HARI NANTI…BERFIKIRLAH BILA KAU BERKATA-KATA TU ASH….ATAU AKU RASA KAU TAK PAYAH LAH KASI KOMEN KAT SINI,AKU NAMPAK ADA BEBERAPA ORANG TAK BERAPA SENANG DENGAN KOMEN KAU,..BILA ORANG TAK SUKA,RAHMAT KITA PUN MAKIN BERKURANG TAU..INGAT TU….

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    Ash Reply:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 3

    zzue Reply:

    @Ash,
    Ingat ALLAH ash…kata2 buat diri kita binasa…aku rasa ko ni mybemcm suami puan hanis 2 kot..memaki hamun org yg lemah…ish2…taubat la….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Ash Reply:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 4

    [Balas Di Sini]

    nazihah Reply:

    @Ash, ash, awk ni kelakar la. mmg slh pn awk ckp camtu, awk pn mana tau jgk crita ni betul atau rekaan semata2. tp jgn la berkasar sgt, tp sy suka cara awk balas komen even menyakitkn hati.haha.
    awk kn tau psychology, perempuan mmg mcm tu, emosi sgt. apa lagi kaum sejenisnya dianiaya mcm ni. empathy la sdikit.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    NurAniqah Reply:

    @Ash, ermmm, apa apa pun hidup mesti jdi tabah, dengan cerita panjng mcm novel ini, ada pengajaran, sedar atau tak, bila kita menulis sebenar nya lagi pendek dari kita bercakap, maksud nya banyak cakp..apa2 pun ia buat sy fikir, kawan, harta, cinta, keluarga, mak ayah, adik beradik, semua tu MILIK ALLAH..dan kita semua kne stndby bila MILIK ALLAh tu diambil balik dari pangkuan kita..dan banyak2 kn berkwan gn owg yg berilmu utk memulakan kehidupan yg baru dan lebih beriman..^__^

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  14. Salam puan ,

    Semoga dirahmati Allah s.w.t sentiasa… Tahniah sebab..walaupun berat tekanan yang puan hadapi namun puan masih digagahi dan diberi kekuatan untuk menulis dilaman blog ini… Sesungguhnya saya amat memahami tekanan yang puan terima…

    Puan… setiap yang berlaku ada sebabnya dan ujian dari Allah…sebab itu perlu untuk muhasabah diri dan sayangi diri sendiri.. di dalam kehidupan kita perlu membuat keputusan dan ambil risiko berdasarkan hakikat sebagai manusia..yakni ingin kebahgiaan dunia dan akhirat… Jangan seksa batin, hati dan perasaan sendiri…. Dekatkan diri dengan Allah..dan sucikan hati… belajar terima qada dan qadar …. Yakinlah…. pada janji Allah antara doa yang makbul…doa orang yang teraniaya

    Wassalammm

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Ash Reply:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 5

    [Balas Di Sini]

    katy Reply:

    @Ash,

    aNAK SAPE LA TAK CUKUP DIDIKAN NAK KRITIK ORANG GAYA NI,PERASAN!MCM DIRI SENDIRI TU KOMEN DAH CUKUP BAGUS!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Ash Reply:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 4

    [Balas Di Sini]

  15. Ujian.ujian jugak..tapi janganlah menafikan hak kita untuk hidup sihat dan bahagia.
    Isteri tu bukan untuk disakiti tetapi disayangi….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Ash Reply:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 5

    [Balas Di Sini]

    zara safiyyah Reply:

    @Ash,

    assalamualaikum.

    pada pendapat en.ash, wanita bagaimana yg layak disayangi? dan boleh bgtau bahagian mana dlm cite di atas yg pn hanis ni tak bersyukur? kalau perlu sila ‘quote’kan baris2 ayatnya ye.

    sy perhatikan komen en.ash ni sumenye seperti org yang bermasalah. banyakkan beristighfar k =)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  16. Pingback: Isteri tawar hati dengan suami, apa patut dibuat? | Blog PakarHowTo

  17. jodoh, maut di tangan Tuhan. Puan telah berusaha yang terbaik untuk menjadi isteri yang solehah. Namun banyak ujian diberi kepada puan, mungkin ada hikmah disebaliknya, kita tidak tahu. Oleh itu puan jangan jemu berdoa, dan bertawakallah pada setiap usaha. Ingat, puan jangan mengasihi suami puan melebihi puan mengasihi Allah. Lantaran itu, jika suami puan bukan jodoh puan, biarkanlah,. Jika puan ada jodoh bersamanya kelak, akan adalah. Namun, ketabahn puan saya yakin puan boleh hidup bersendirian untuk semnentara di samping dekatkan diri dengan Allah sentiasa. Itu lah senjata mukmin yang kuat, sanggup menghadapi di saat tiada orang tersayang di samping tetapi ALLAh ada bersamanya sentiasa. InsyaAllah. Banyakkan sembahyang istikharah untuk mengetahiu jodoh puan dengan suami puan ini. T. kasih.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  18. takdir Allah. ikut je rentaknya. klu suami puan nk ceraikan puan, mungkin e2 dh tertulis dlm list yg Allah dh tetapkan tuk puan. dan anak dlm kandungan puan adalah pengganti suami jika suami akan tetap cerai kn puan. “Allah akan pertemukan kita dgn org yg salah sebelum Dia pertemukan kita dgn org yg betul2 menghargai kita”. mungkin ianya untuk memberikan kita pengalaman dan pengajaran di hari2 yg mendatang. sbb Allah tidak akan berhenti menguji keimanan dan kesabaran kita.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  19. Subhanallah…tergamam sy membc nye…Semoga Allah Melindungi dirimu..Klu sy mungkin tidak akn meneruskn diri d aniayai..sbb sy lbh syg kn diri sy…

    Sudah menjadi adat (alah bisa tegar biasa) Jika Cinta Menguasai Diri Ape pn jua yg d pikul seberat mane pn beban seakan jiwa ini d relakan..

    yg terjadi ttp terjadi..sudah menjadi lakaran hidup ..utk pengajaran..

    Wanita la..yg selalu BERSABAR..Wanita la yg selalu REDHO..Wanita la yg selalu BERTAHAN..Wanita la yg selalu BERALAH..Wanita la yg selalu MENANTI..Wanita la yg selalu MENANGGUNG..DAN SEMUA nya Utk Wanita..

    dan Akhirnye Wanita la yg menanggung Derita !

    Sesungguhnye Wanita la yg Paling Berat Ujiannye… Semoga Anda Terus Berjuang utk mencari Jln Suci ALLAH…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  20. kepada puan Zulaika saya nasihatkan utk solat istikharah agar Tuhan membuka jalan terbaik untuk puan membuat keputusan samada meneruskan untuk hidup bersama suami atau sebaliknya. Suami sepatutnya sebagai pembela dan bukannya memakan hasil isteri, bak kata pepatah habis manis sepah dibuang. Buatlah keputusan dan janganlah sayangkan suami dengan membabi buta dan mintaah nasihat dan pandangan dari ustaz-ustaz.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  21. Pingback: Kisah Rumahtangga Tragis (Mesti Baca) - Part 2 | Blog PakarHowTo

  22. Salam,

    Video Dr. Asri yang menyentuh hati naluri kami yang sedang gundah gelana. Terima kasih atas perkongsian ini.

    Sangat bermakna bagi kami yang sedang mengalami kejatuhan bisnes yang sudah dibina selama 12 tahun!

    Sudah lebih 50 kali kami ulang-ulang (replay) video ini. Setiap kali melihat dan mendengarnya dengan mati hati, berderai-derai air-mata berjatuhan.

    Terima kasih atas pengkongsian Cik Puan Hanis Zulaika dan Pakar How To.

    *** Kesimpulan dan jawapannya telah terjawab dengan
    aduan-rumahtangga-paling-dahsyat-pernah-saya-terima Part 2

    Tuhan menduga kita. Terutama apabila umur kita mencecah 40+an.

    Renungan dari pemerhatian kami “Biarlah kita melakukan dosa pada awal remaja, atas sebab kejahilan kita. Itu sebab Islam ada konsep taubat. Tetapi adalah teruk jika kita melakukan dosa apabila usia meningkat, iaitu sudah tua, semasa umur mencecah 40an, kaum Adam, lebih cenderung melakukan dosa. Atas sebab-sebab teknikal.”

    Tetapi seperti yang Prof. Dr. Muhaya sebut di Radio IKIM, “Isteri boleh masuk syurga, seorang-orang, tanpa suami. Suami masuk neraka. Tetapi, suami tidak boleh masuk syurga, seorang-orang, bila isterinya dimasukkan ke neraka.”

    Kedua, “Sebelum nikah, semuanya nampak elok, sebab itu kerja syaithan. Semasa / Selepas akad nikah, syaithan meraung. Automatik, Semua yang dibuat suami/isteri nampak tidak elok. Yang haram itulah nampak cantik, baik dan semuanya baik belaka. Ini kerja iblis, sebab mereka sudah berjanji dengan Tuhan untuk masukkan kita ke dalam neraka bersama-sama mereka.”

    Amin!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  23. salam..mana pn pn hanis ada saat ini, masih mngikuti blog ini atau tidak, sy tetap nk ucapkan TERIMA KASIH..terima kasih kerana membuatkan sy t’sedar tantang khdupan rumahtangga y sebenar… alhamdulillah khidupan rumahtangga sy hr ini msih diulit kbhgiaan..namun sy sentiasa beringt pd diri sdiri bhwa kbhgiaan itu perlu dipupuk dan dibajai seperti bunga..ia tidak akan kekal selamanya…dan kisah y pn hanis kongsikan mbuatkan sy makin beringt utk mjga rumahtangga..

    ya ALLAH..bsynya dugsaan y KAU berikan pd pn hanis…begitu bsrnya ksh sygmu pdnya……setelah dugaan ini dia msih bersammu ya ALLAH..maka berilah dia kebahagiaan y selayaknya…..sesungguhnya KAU maha mengetahui…amin…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  24. asalamualaikum…
    huhu baca ni kisah memang tacing la…terasa sgt2 smpai masuk ke dlm lubuk jiwa…
    well, mcm yg kita sda bnyk kali d bagitahu, d ingatkan bahawa Allah hanya mguji hambaNya mengikut kemampuan seseOrg tu sndiri..Semakin d uji, itu makna nya tanda smakin Allah syg dgn hambaNya..tujuannya supaya rs cinta pd Allah smakin dpt d’pertingkatkan..smua cubaan yg dtg mst d sambut dgn kalimah Alhamdulillah..
    rs cinta dlm diri seseOrg kpd sesama manusia tidak boleh melebihi rs kasih & cinta pd yg Esa..berdoalah selagi mampu..
    apa yg pnting, kepatuhan & ketaatan pd suami biar d lyn seburuk mana sekalipun akan menjanjikan kemanisan syurga kelak…insyaAllah..~~
    kita smua tdk tahu apa rahsia & hikmah d sebalik smua yg mnimpa jd selebihnya, serahkan pd yg maha Mengetahui….wawlahua’lam..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  25. Dai sedih2 dah jadi gelak guling2 baca2 komen2….
    etia manusia ada ujian…Ujian Allah hanya untuk mereka yang terpilih…
    Jadi bertuahlah jika kita menjadi org yang terpilih..

    Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, ertinya, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. al-Baqarah: 216.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 4 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  26. Jadilah seperti Asiah (Siti Aisyah) isteri Firaun. Salah seorang wanita yang dijamin syurga (selain Siti Khadijah isteri Rasulullah SAW, Siti Maryam ibu Nabi Isa a.s dan Fatimah anak Rasulullah SAW). Kekejaman Firaun tidak pernah menghalang untuk Asiah dari terus beriman kepada Allah SWT.

    Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tiada yang wajib disembah melainkan ALLAH. Jika manusia boleh sembah manusia, aku akan arahkan isteri-isteri menyembah suami mereka”.

    Satu nasihat saya kepada semua para isteri (termasuk juga kepada diri-sendiri), banyakkan bersabar dan berdoa. Biarlah masyarakat berkata apa pun, ketaataan isteri hanya pada suami. Biarlah dipulaukan ahli keluarga sekali pun, ketaatan isteri tetap pada suami.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 4 Thumb down 2

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @inn,
    subhanallah, tepat sekali.
    ketaatan isteri tetap pada suami,
    melainkan pada perkara2 yang bertentangan dengan syariat.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  27. salam. selepas saya membaca, saya amat simpati dgn puan hanis. saya amat memahami apa yang puan lalui, saya pun melalui situasi yang sama, saya juga bernikh di sempdan thai dgn seorg lelaki yang telah mempunyai isteri. alhamdulillh ibu bapa saya terima. bezanya isteri pertamanya dan keluarga mentua saya masih tidak tahu. bersabar lah puan… banyak berdoa..Allah itu uji kita dlm ujian sebegini kerna dia lebih tahu… kita mampu menghadapinya. InsyaAllh.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    Pn Salina Reply:

    Assalamualaikum.

    Maaf lambat membaca kisah ini. Saya harap Pn Hanis telah pun gembira dalam situasi apa sekalipun sekrang ini. Inilah yang terjadi apabila kita terlalu mengagungkan suami. Bukankah Allah yang patut diagungkan.
    Inilah yang terjadi apabila terlalu mendewa-dewakan seseorang. Suami memang patut ditaati tetapi sampai sanggup memberi nafkah kepada suami adakah berlandaskan seorang wanita muslimah? Nampak sangat perempuan ini desperate. Dahlah kawen dengan laki orang. Last-last kena halau dan cerai.
    Pendapat saya… relakan dia pergi. Kalau anda betul sayang kepadanya. Biar dia gembira dengan orang lain. Tentu jiwa anda akan tenang. Kalau dia datang semula, fikirlah dulu jangan terlalu desparate mahukan lelaki bergelar suami. Kalau benar puan mengandung, jagalah anak puan dengan baik. Anak adalah penawar paling mujarab jika didik dengan agama dan kekuatan jiwa dan agama yang kuat.
    Terimalah keadaan ini dengan redo, ikhlaskan hati…jangan menunggu dan menganggunya dengan kasih sayang anda yang dia tidak mahu.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  28. Salam puan
    Bersederhanalah dalam segala hal, jangan terlalu taksub dengan suami. Puan sebenarnya jadi taksub dengan suami puan hingga tak kisah atas apa saja perbuatannya. Enough is enough la puan, keluarlah dari masalah ini dan hiduplah dengan cara puan sendiri.
    Dia bukan lelaki sempurna buat puan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  29. assalamulaikumm.terasa..bersyukurnya..klu..allah kurniakn..isteri mcm nie.tapi..apa hal..pon smua.ketentuan..dari allah..ia..x kn..menguji..hambanya..yg x.mampu..dgn.dugaan yg diberi..saya yakin.awak mesti..boleh..melaluinya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  30. Berat mata membaca berat lagi bahu puan memikulnya. Allah menyayangi puan, sambutlah kasih sayang itu puan. Mudah mulut berkata sabar, namun hakikatnya berat. Pindahkanlah rasa cinta 5erhadap suami puan kepada cinta pada Allah.. mungkin agak melampau, namun mungkin puan selayaknya melupakan saja suami puan.. puan perlu teruskan hidup. Ingatlah hakikat hidup manusia di dunia ini adalah untuk menuju kepada Allah. Saya doakan puan dilindungi Allah dan terus tetap dalam jalan yang lurus…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @kelana malam,
    aamiiin….
    setuju dengan saranan kelana malam…

    pindahkan rasa cinta kepada suami tu kepada cintakan Allah.

    insyaAllah akan dapat ketenangan abadi.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  31. Assalamu’alaikum,

    Termenung sy baca kisah ni. Apa khabar wanita di dalam cerita ni, Pakarhowto? Maklumlah, dah lebih setahun berlalu. Sy doakan dia mendapat ketenangan dalam menghadapi segala ujian yang Allah kurniakan kepadanya.

    Sy juga sering mengingatkan diri sendiri tentang betapa cepatnya ‘nasib’ sy boleh berubah…dari kaya boleh jatuh muflis, dari sihat boleh sakit tenat, dari lapang boleh bertukar sibuk sehingga stress.

    Oleh kerana sy tak mengenalinya dan tak dpt membantu, sy mengambil iktibar utk diri sy sendiri agar dalam usaha2 sy, tawakkal kepada Allah adalah lebih utama.

    Puan, terima kasih kerana berkongsi kisah puan bersama kami. Kami doakan semoga Allah mengampunkan dosa, melimpahkan rahmat dan memurahkan rezeki puan selama mana puan tidak berputus asa terhadapNya. Selagi nyawa masih ada, selagi tu hidup perlu diteruskan dengan tabah. Sabar ye puan.

    Wassalam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  32. ash gile…ash gile..br kuar wad gile ni budak ni, haha…konon bijak tp otak macam budak tiga suku jek!!!!haha..otak ko layak dipijak2 di bawah tapak kaki aku je…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  33. sorry baru baca..

    Allah MAha Besar…
    besar ny dugaan yg puan hadapi… harap dh bahagia skrg…

    sedih kan kalau insan2 yg kita sayang yg kita harapkan bersama kita saat suka duka berpaling muka….

    apapun sabar melalui dugaan hidup ini….
    sesungguh ny Dia Maha MEngetahui….

    sabar ye puan…:)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @poohn378,
    Yaa, bersabarlah.
    Itulah yang biasa kita ucapkan kepada mereka yang menerima ujian.
    Tapi hanya Allah tahu betapa perit dan sukarnya untuk BERSABAR itu.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam