Adakah kamu fikir kamu LEBIH baik?

Mengapa begitu mudah kamu mengata orang?

BODOH, bongok, bebal, tolol, bahalul, dungu, gila, bangang, zalim, tak sedar diri dan macam-macam lagi la.

Sampai dah tak tahu perkataan buruk apa lagi yang hendak dikatakan.

Semua kata diluah penuh emosi (sewenang-wenangnya) pada orang yang kamu tak suka.

Kamu maki sesuka hati pada orang yang tak ‘sebulu’ dengan kamu.

kutuk orang

Come on saudara!

Apakah perbuatan kamu mengata itu lebih baik dari orang yang kamu kata?

Apakah kamu menganggap diri kamu LEBIH baik, mulia, hebat, cerdik, pandai, bijak, berilmu dan adil setelah kamu mengeluarkan kata-kata buruk begitu?

Maaf cakap. Kalau macam tu lah perbuatan kamu, sedarlah, yang berkata-kata buruk dan menghina orang (kamu) itu lah yang lebih buruk dan lebih memalukan.

Kamu sangka kamu lah hero, kamu hebat. Kamu sangka kamu pejuang hak yang menegakkan kebenaran.

Tapi dalam kamu perasan macam tu, sebenarnya kamulah perosak yang menghuru-harakan keharmonian masyarakat.

Pepatah Melayu ada mengatakan ;

“Paku dulang paku serpih, mengata orang kamu yang lebih.”

Kamu kata (komen) :- orang tu bebal, dungu, bodoh, gila, bangang, bongok, zalim, tamak, tak sedar diri… 

Tapi dalam kamu tak sedar… perbuatan kamu itu menampakkan kamu lah yang terLEBIH dungu dan tak sedar diri!

Saudara…

  • Mengapa kamu begitu mudah mengata orang?
  • Mengapa kamu begitu suka melabel orang?
  • Apakah kamu yakin (atau perasan jer), kamu lebih baik dari orang yang kamu kata?

Dalam banyak hal… bukankah DIAM itu LEBIH BAIK baik bagi kamu???

jaga lidah

  • Kita disuruh untuk banyakkan memuji Allah… bukannya banyak mengutuk hamba Allah!
  • Kita disuruh banyak bercakap tentang kehebatan Allah… bukannya perasaan kita yang hebat!

Ohhh alangkah sedihnya hati melihat gelagat manusia akhir zaman.

Moga Allah ampunkan kesalahan dan keterlanjuran kita. Moga Allah beri kefahaman sebenar kepada kita semua. Aamiin.

 

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

pakarhowto

(962)

3,585 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(13)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam