Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Adab Apabila Berlaku Kematian

February 24, 2010 By: PakarHowTo Category: Panduan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Saya ada menerima email dari sahabat saya yang meminta saya untuk kongsikan artikel di bawah ini. Artikel ini adalah berkenaan dengan Adab-adab apabila berlakunya kematian. Sama-samalah kita baca dan ambil pengajaran daripadanya.

Adab Apabila Berlaku Kematian

Ustaz, kadang-kala bila melawat ketempat kematian saya memerhatikan, ada scenario yang agak common berlaku. Ada pelawat yang datang bila bertemu member duduk berkumpul dan mula bercerita perihal yang tidak perlu dibualkan.

Ada pernah saya terdengar pelawat ini menanyakan soalan yang sangat peribadi dihadapan tetamu. Ini sangat menjatuhkan air muka anak muda itu. Apakah sebaik2nya adab ketika melawat bukan ahli keluarga?

Untuk keluarga yang dekat atau untuk ibu-bapa bagaimana pula?

Seandainya kita ingin membaca Yasin, mana lebih baik, baca tanpa mengeluarkan suara atau dibolehkan membaca denga kuat? Ada yang mengatakan suara wanita bila mengaji dikira aurat.

Ada juga yang mengatakan bila mayat diatas katil, kita tidak harus duduk dilantai bila membaca Yasin, tetapi harus duduk diatas kerusi.

Soalan yang terakhir, ialah, sering kali kita lihat setelah mayat keluar dari rumah, keluarga simati akan mula sibuk ke dapur menyiapkan juadah untuk pelawat yang masih ada disitu. Boleh Ustaz kongsi pandangan mengenai perkara-perkara ini. T/kasih.

Jawapan:

Waalaikumsalam Wr.Wb.

Saudara,
Berikut jawapan saya:

1. Perlu menghormati rumah keluarga yang baru mengalami kematian. Pastikan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan keluarga si mati seperti banyak berlawak jenaka, berbual dengan suara yang tinggi atau bercerita perkara yang bukan-bukan.

2. Elakkan juga terlalu banyak bertanya kepada sanak keluarga si mati seperti bertanyakan sebab-sebab kematian, punca penyakit dan sebagainya. Sebaliknya lakukan perkara-perkara yang boleh menenangkan perasaan mereka seperti ingatan supaya banyak bersabar dan segala yang berlaku merupakan ujian daripada Allah dan balasan serta ganjaran yang sedia menanti bagi orang-orang yang bersabar.

3. Membaca Quran dengan suara yang sederhana, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

4. Sebaiknya keluarga si mati tidak perlu disibukkan dengan urusan memberi jamuan kepada pelawat yang hadir. Jika adapun, boleh dilakukan selepas urusan penyenggaraan mayat telah selamat diselesaikan.

5. Tiada sebarang syarat untuk duduk di atas kerusi membaca Quran jika mayat berada di atas katil.

Wallahu A’lam.

Sekian, semoga dapat pengajaran. Dan sebarkanlah kepada kawan-kawan yang lain. TQ

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

20 Comments to “Adab Apabila Berlaku Kematian”


  1. post ni memang amat berguna.. kerana kurang didedahkan, banyak golongan muda (macam saya sendiri) kurang arif apa yang patut dilakukan bila melawat kerumah yang ada kematian..
    kalau tak cari sendiri ilmu ni, melalui pembacaan atau bertanya pada sapa2 yang patut, memang tak tahu le adab2 nya..
    maklum la, kematian bukan berlaku selalu dalam diari kehidupan kita..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ct maliha,
    Alhamdulillah..begitulah hendaknya kita sbg insan didunia ini haruslah mencintai ilmu supaya tika ada orang bertanya sesuatu pada kita maka tidaklah kita diam dan tunduk membisu shja..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. assalamualaikum.
    info yg sgt2………… berguna.
    terima kasih…….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @salmi,
    salam salmi..ya.terima kasih..manfaat untuk kita bersma..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. as salam pakarhowto,

    terima kasih untuk info yang berguna tapi kalau kita melawat kawan pejabat yang berlainan agama kerana kematian ibu@ bapa dia boleh ke….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @neesah,
    SAMA-SAMA KEMBALI..
    jika kita nak melawat boleh sahja untuk seketika bg menghormati si mati tsbut.akan ttpi anda dilarang mengikuti ada istiadat yang biasa mrka lakukan..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. as salam pakarhowto,

    kalau kita melawat kawan pejabat kita yang berlainan agama yang kematian ibunya apa hukumnya………………

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @neesah,
    pada pandagan suri tidak megapa sekadar melawat sahaja.tetpi jgnlah kita sampi melanggar hukum agama kita sudahla..jika neesah nak jawapan yang lebih lanjut adalah lbij baik anda minta pandagan dari yg pakar..cth ustaz..uztazah. ini kerana mrka lbih arif dlm hal sbgni..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @neesah,
    setakat yang saya belajar, hukumnya harus.
    cuma, kalau dia adakan upacara agama,
    jangan la pula diikuti / turut serta.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. alhamdullilah n tq pakar dgn maklumat ni….moga ada lagi info yg berkaitan dgnnya utk panduan kita semua..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Nani, salam nani.ya sama-sama.Innsyaalah segalanya akan kami kongska disini ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. aah pakar..kebersihan amatlah penting dlm menentukan solat n ibadah kita diterimaNya…mudah2an…tq

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. Salam, kebanyakan masyarakat sekarang ini tidak menjaga adab ketika menziarah jenazah. Selalunya ramai yang berbual-bual kosong, menghisap rokok dan bergelak ketawa daripada menghadiahkan al-fatihah dan solat jenazah.

    Berkenaan jamuan pula, sepatutnya pelawat yang bertanggungjawab menyediakan jamuan bukan tuan rumah. Pernahkah kita melihat pelawat membawa makanan dari rumah untuk dihadiahkan pada keluarga si mati?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ocean Reply:

    salam..erm..betul2..

    jarang sekali pelaat yg dtg ke rumah kuarga c mati membawa sedikit pertolongan..

    harapkan kenduri dan makan2 ada lah..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @imran,
    salam imran..
    owh disni pun ada juga..suri bersetju dgn pandagan anda tu. terima kasih imran atas pandagan anda tu. ;)

    suri berharap agar masyarakat kita akan lebih perihatin lagi akan hal2 sebegini kelak.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. As salam pakarhowto,

    maaf le banyak tanya kalau kita dalam keadaan uzur (haid) dah tentu tak boleh membaca surah yassin, boleh ke kita melihat jenazah ? Surah apa yang dibolehkan kita membacanya..untuk disedekahkan kepada simati. TQ

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. salam pakarhowto,

    info yg bermanfaat tuk kta semua..terima kasih byk2..

    bertambah lg ilmu pd hari nih..masih banyak lagi persoalan yg timbul mengenai adab cam nih..masih ramai yg tak tau dan memandang ringan..seolah2 tidak begitu penting dalam masyarakat..kita..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ocean,
    benar tu ocean..
    kita sering alpa..maka dgn adanya ilmu tersebut bolehlah kita saling ingat-memgungati antara satu sama lain..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. Ilmu yang sgt berguna pada sy..sehingga hari ini saya belum pernah menghadapi suasana kematian dlm keluarga terdekat..juga baru sekali menziarahi jenazah..mmg saya tak tahu apa nak dilakukan ketika menziarah apabila melihat org lain duduk bersembang. Jenazah pulak berada dlm bilik dikelilingi sanak saudaranya..yang bacakan surah yasin x smpai 10 org..jelas la kebanyakan masyarakat hari ini tdk tahu tahu adab menziarahi jenazah. Adab2 begini sepatutnya diketengahkan agar masyarakat lebih tahu apabila berdepan dgn saat itu kelak.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Leyna, benar tu leyna.setiap ajaran agama itu sebenarnya memangnya indah2 belaka ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11