Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

9 sebab mengapa hati tidak bahagia

December 13, 2010 By: PakarHowTo Category: Info Berguna, motivasi

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Ada orang apabila tak ada duit, hidupnya berasa begitu sempit. Ada orang apabila bergaduh dengan isteri atau suami, hidupnya menjadi begitu tertekan. Ada orang apabila kerja nya bertimbun, hidupnya jadi kusut tak senang duduk.

Pendek kata, ada banyak sebab mengapa manusia tidak dapat hidup dengan tenang bahagia.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda berasa bahagia dengan kehidupan anda? Adakah anda berasa tenang dengan hidup anda sekarang? 

Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda 9 sebab mengapa hati kita tidak merasa bahagia. Mari kita periksa sama-sama, apakah sebab-sebab itu. Dan adakah kesemua sebab-sebab itu ada pada diri kita?

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

1. Pemarah

Orang yang ada sifat pemarah dalam dirinya, pasti sukar berasa tenang tenteram. Sikit punya hal dah nak marah. Ada masalah sikit dah nak mengamuk. Tenangkah begitu? Bolehkah merasa bahagia jika begitu? Orang seperti ini juga sukar untuk mendapat kawan. 

2. Pendendam

Orang yang ada sifat ini, pastinya hati dia tidak akan pernah tenteram. Selagi dia tidak dapat membalas dendam, hatinya tidak pernah tenang. Mana mungkin orang yang ada menyimpan perasaan dendam boleh tenteram! Sifat pendendam ini ibarat lahar yang tersembunyi di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam dan memuaskan hatinya. Hatta dalam perkara yang kecil-kecil pun dia nak berdendam dan mahu membalasnya. Kalau orang sakitkan hati dia, dia mahu sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Jika begitu lah sikapnya, mampukah orang yang pendendam ini merasa bahagia? Apa kesudahannya?

3. Hasad dengki

Ni lagi satu sifat yang jika ada dalam diri kita pasti membuatkan diri kita tak tenang dan tak bahagia. Nak tenang macammana, sikit-sikit nak berdengki. Orang beli kereta baru kita dengki. Orang dapat naik pangkat kita sakit hati. Orang bergaya sikit, kita cemburu dengki. Pendek kata, orang tak boleh lebih dari dia. Kalau lebih, maka sakit hati dan dengki lah dia. Jika begitu, bolehkah orang seperti ini hidup dengan bahagia?  

4. Bakhil

Sifat kedekut tahi hidung masin pun adalah sifat yang tak akan membuatkan hati kita berasa tenang bahagia. Orang kedekut ni sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Orang bakhil sentiasa berdalih mengatakan dia tiada duit, dia ada masalah lah dan sebagainya semata-mata tak nak beri derma apabila diminta. 

5. Tamak

Orang yang tamak tidak pernah dan tidak akan puas dengan apa yang dimilikinya. Ada duit RM10 dia nak RM100. Dapat RM100, dia nak RM1000. Dapat RM1,000 dia nak RM10,000. Pendek kata, dia tak pernah bersyukur apa yang dia dapat. Jika begitu, dapatkah dia merasa bahagia dengan hidupnya?

6. Tidak sabar

Orang yang tidak sabar, kena ujian kecil pun dia dah merasa tertekan. Kena kutuk sikit, dah nak mengamuk. Susah sikit dan nak komplen. Apatah lagi jika dia diuji dengan perkara-perkara besar. Lagilah tidak tenteram dan tertekan dia. Malah boleh jadi gila dibuatnya. Jadi, orang yang ada sifat tidak sabar ini, boleh tenang bahagiakah dia??

7. Ego

Orang yang memiliki sifat ini pantang rasa dirinya tercabar. Egonya tinggi. Dia pantang dikritik. Dia pantang ditegur, walaupun telah terbukti kesalahannya, dia tak mahu mengaku. Dia tetap sombong diri, angkuh dan ego. Orang lain semua tak betul, semua tak bagus, sebaliknya dialah yang paling sempurna dan betul semuanya. Orang macam ini, mana mungkin dapat merasa bahagia, apatah lagi apabila ada orang cuba mengatasi dirinya.

8. Riak

Riak adalah sifat yang suka menunjuk-nunjuk. Orang yang ada sifat ini, kalau buat kerja tak pernah ikhlas. Orang seperti ini sebenarnya hanyalah pelakon handalan yang mahu disanjung orang. Kalau orang puji dia, maka seronoklah dia. Tapi kalau tidak, hati dia menjadi begitu terseksa. Hati dia sebenarnya sentiasa tertekan kerana dia sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji atau tidak dipuji dia kecewa sakit hati.  

9. Cinta Dunia

Orang yang cinta dunia juga sebenarnya tidak merasa bahagia. Kerana apa? Kerana dia sentiasa berasa takut untuk kehilangan harta dunianya. Dia begitu takut mati meninggalkan harta yang dimiliki. Dia tidak akan merasa puas dengan hartanya. Apa yang difikirkannya hanyalah untuk mencari harta dan menambah kekayaan. Dia ingat bila dapat harta, hati nya akan puas. Dia ingat bila kekayaan bertimbun, dia akan bahagia. Tapi rupanya tidak, kebahagiaan dan ketenangan bukan pada harta kekayaan letaknya. Tapi tenang dan bahagia itu, terletak pada hati yang mensyukuri.

Kesimpulan 

Jadi, yang menyebabkan kita berasa tidak bahagia sebenarnya bukanlah disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan atau sebagainya, tetapi sifat mazmummah dan sifat buruk pada hati kitalah yang menyebabkan kita tidak merasa tenang bahagia. Makin banyak sifat mazmummah seseorang, maka makin dia tidak merasa bahagia. 

Marilah kita sama-sama berusaha dan bermuhajadah untuk membuang semua sifat yang tidak baik seperti yang diterangkan diatas. 

Berusahalah untuk buang semua 9 sifat mazmummah itu agar kita dapat hidup tenang aman bahagia sentiasa. InsyaAllah. 

Sekian, salam ceria dari kami di PakarHowTo. ;)

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

18 Comments to “9 sebab mengapa hati tidak bahagia”


  1. as salam,
     
    sukarnya membahagiakan hati…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Mimiew Reply:

    @ibuintan, hati yg tengah x bahagia…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    1
  2. terima kasih diatas imformasi boleh dijadikan panduan dlm hidup saya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. Assalamualaikum…
    mcm mana nak memaafkan seseorang yg buat jahat dgn sya.?
    puas mencuba untuk memaafkan sbb sya sendiri xnak lg hidup dgn dendam..
    org kata memaafkan itu mudah tetapi sebenarnya itula yg plg susah sbb sya sendiri brusaha utk memaafkan..
    buntu sangat2…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. Dalam perkara d atas , saya pernah lalui dan sedang lalui tapi beransur memahamkan penghidap 9 sebab tak bahagia

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. bagaimana bole menjadi org yg sebaik2 org

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Mimiew Reply:

    @Amat Tol, Be urself…n meneladani sikap Nabi Muhammad s.a.w

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. x semudah yg dikatakan untuk hidup tenang. lagi berbuat baik, lagi banyak dugaan yg menimpa. macam mana nak hidup tenang and bahagia..mmm

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. Salam…
    Astagfirullah al azim…semoga kita di jauhkan dr sifat2 mazmumah yg mampu menghapuskan amalkan kita kpd Allah S.W.T

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. soalan saya kenapa manusia suka bersikap talam 2 muka?depan nampak baik belakang hanya tuhan je yg tahu.. tak bole tgk org lebih sikit dari kita dan suka canang gong sana-sini… yg pelik nya kenapa ye mereka suka sibuk ttg hal rumah tangga kita..
    kalo boleh semua dorang nak tahu.. apakah cara terbaik utk melayan manusia macam ni.??

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. tima kasih atas info di atas…
    memang terkena kat saya yg kurang sabar nie…
    semuanya nak cepat… last2 diri sendiri yg tension..
    InsyaAllah lepas nie kena lebih byk bersabar dan redha …. tq..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. salam….
     
    sungguh menarik setiap entry dlm blog ini
    jika saya ingin share mana2 n3..boleh atau tak?
    nati saya akan buat backlink..
     
    tenkiu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10
  11. salam…alhamdulillah semua dah cukup….tapi kekadang rasa juga nak dapatkan sesuatu…tapi dah tak boleh…kena tunggu d akhirat…..rindunya……….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11
  12. semoga kita semua dijauhkan drp sifat2 yg tak baik ini..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    12
  13. kengkdg hati ini x tenteram…terlalu byk kekurangan diri…itu yg mnimbulkn rs x puas hati..seterusnya melalui hari2 yg x membahagiakn…ttp mensyukuri nikmat yg Allah limpahkn…kenapa yer??? org berkata2 positif utk menenteramkan si pemasalah..tp…betul ke setiap permasalahan blh diselesaikn dgn kata2…mungkin jgk virus2 negatif sdh menguasai diri…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    13
  14. MOHON mendapatkan data ni untuk perkongsian di blog saya….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    14
  15. saya mudah untuk MEMAAFKAN tapi sukar untuk melupakan….camana tuh??

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    15
  16. saya mudah MEMAAFKAN tapi sukar MELUPAKAN……dan sampai sekarang xbertegur dengan orang itu..khuatir jadi gaduh lagi…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    16


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11