9 Kelebihan Ibu Mengandung

Share

Tadi masa dok ke sana ke mari di facebook, terjumpa 1 artikel menarik ni. Mungkin ramai yang dah baca kot. Tapi bagus untuk baca sekali lagi sebab ianya mampu memberikan motivasi khususnya buat ibu mengandung.

ibu mengandung

Aku tujukan artikel ini khusus buat isteri ku yang kini sedang mengandung anak ke-2 (atau mungkin ke-3 sekaligus. TWIN insyaAllah. Doakan yer).

Perhatikanlah, betapa banyaknya kelebihan @ keistimewaan mu ibu!

9 Kelebihan Ibu Mengandung

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Sumber – http://www.informasi.my/info-kemuliaan-ibu-mengandung-dalam-islam/

ibu hamil

Semoga dikau sentiasa tabah menghadapi hari-hari yang menyulitkan.

P/S- Minta tolong sikit boleh? Kepada semua pembaca blog ini, diminta untuk tolong like photo family PakarHowTo DI SINI. Sekarang baru ada 650 votes. Saya target at least 1,000 orang like. Terima kasih yek. Jasa korang pasti ku kenang. (822)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

6 thoughts on “9 Kelebihan Ibu Mengandung

  1. tu dia…… banyak nya pahala yg menanti bakal kaum2 wanita, kaum2 ibu… harap2 anda jgn sia2 kan amalan yg anda kerjakan. Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam lagi pertanyaan Allah. bertepatan dengan sabda Baginda Rasulullah S.A.W : Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

    tetapi amalan2 anda bakal menjadi sia2 jika :
    “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga… padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

    sama2 la kita memperingati diri masing2 dan yg lain… peace all…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Salam..

    Besarnya rahmat Allah bagi ibu2 yang mengandong…

    saya dah hampir 8 tahun berkahwin tetapi masih belum di beri kesempatan oleh Allah untuk mengandong. Minta semua sahabat mendoakan semoga satu hari nanti Allah menginzinkan saya untuk mendapat zuriat yang sempurna zahir dan batinnya.

    setiap hari sya membaca setiap blog and article mengenai ibu mengandung, seronok setiap kali dengar berita sahabat2 mengandong dan menimang cahaya mata.

    Ya Tuhanku, beri­lah kepadaku dari sisi Engkau keturunan yang baik. Sesungguhnya engkau adalah Pendengar permohonan . Ali Imran Ayat 38.

    Subhanallah..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Chuyaa Reply:

    @yati, awk boleh try cari Page Senang Hamil kat FB.. kat sn byk info.. saye baru je hamil.. ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Alhamdulillah..saya baru bergelar ibu..
    indah sangat2 saat ini..
    terima kasih ya Allah

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @selendang ungu,
    Tahniah diucapkan.
    Bersyukurlah banyak atas anugerah yang tidak ternilai yang Allah kurniakan kepada awak.

    Selamat menjadi ibu yang terbaik.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam