7 Tips Motivasi Pagi Untuk Lebih Bersemangat

Share


Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Oleh : Shukri Abdullah (1369)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

17 thoughts on “7 Tips Motivasi Pagi Untuk Lebih Bersemangat

  1. insyaAllah..
    mudah2an saya dapat memotivasikan diri selepas membaca artikel ni
    thankz

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ida Reply:

    saya nak minta pandangan kawan2 coz sy menghadapi masalah demotivation yg sgt truk.. bukan sy x cube mempraktikkan ape yg dishare tp perasaan ni terjadi sbbnye sy jauh dr keluarga.. husband di KL saya kerja di swak.. tambahan pula tgh mengandung.. pham2 la perasaan org mengandung, mood pon jd x btol aje.. sy asik rase nak blk je ke semenanjung cari keje lain tp nak buat cane sy terperangkap dgn contract mase stadi dlu.. dlu amek loan so skang knela byr blk.. bkn xde company di kl cume management x kasi pindah.. jd skrg setiap hari sy x nmpk point sy bekerja n tiada semangat langsung tok bekerja.. tolongla kawan2..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ida, Salam manis dari suri, tahniah ida atas kehamilan anda..satu perasaan yang menggujakan.

    pada kebiasaannya memang begitulah hati dan perasaan apabila seseorang itu mengandung tambahan lagi orang yang dicintai jauh dari jangkauan mata..macam-macam perkara yang bermain difikiran ida..

    ida banyakkanlah bersabar sb contract sudah termaktub sebegitu jadi memanglah ia tidak boleh diubah melainkan jika ida membuat surat rayuan untuk berpindah semula ke kl/samping suami.

    didalam surat itu ida boleh selitkan sebab2 yang munasabah seperti contoh sekarang ini ida dalam mengharungi proses kehamilan..tiada sokongan dari keluarga terdekat(adik-beradik), suami..dan lain-lain lagi yang ida rasakan wajar bagi pihak atasan untuk mempertimbagkan rayuan ida nanti..

    andainya permohonan ida tetap di tolak jua ida janganlah hampa dan kecewa tapi sebaiknya ida perlu kuatkan semangat dari segi mental , rohani demi anak yang berada didalam kandungan ida tu.

    ingat ida jika kita sentiasa murung selalu, maka sebegitu jugalah dia didalam kandungan ida ia turut merasa pilu..sebab tiada keceriaan yang ikhlas lahir dari hati ida sendiri..

    bukan itu sahaja malahan ia juga boleh menjejaskan perkembangan anak didlam kandungan tersebut..

    pilihan lain..
    jika ida ada hp & 3G, kemudahan internet ida selalulah berhubung dengan suami.mungkin disitu terubat juga rindu ida tika mendengar, melihat suaranya..

    sesekali mintalah dia turun ke sarawak apa salahnya..sesekali melepas keresahan yang terbuku di hati..

    luahan isi hati anda pada dairi..catatkan detik-detik manis ida didalam dairi tersebut semasa meniti alam kehamilan yang penuh dengan cabaran tanpa dia disisi..jadikanlah dairi tersebut sebagai khazanah ida memendam rasa di situ..

    laluilah hari-hari dengan penuh ketaqwaan..kesabaran..berdoa padaNYA lakukanlah kerja dengan sebaik yang termampu..tanamkan niat dalam diri yang anda berkerja bukan untuk mengejar rezeki semata-mata tapi adalah untuk mengumpul sebahagian rezeki/harta anda untuk dikongsi bersama dengan kehadiran orang baru itu..(anak)

    Semoga rakanku ini tabah dalam mengharungi hari-hari yang mendatang…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Saya paling suka point pertama. Kita tidak akan mendapat apa-apa kebaikan jika kita tidak mensyukuri kebaikan yang telahpun kita miliki.

    Mahukan hubungan rumah tangga lebih bahagia? Kita harus mensyukuri nikmat rumah tangga yang sudah dimiliki. Insyaallah pasti kebahagian mutlak milik kita walau apapun keadaan rumahtangga sekarang.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Saya memang setuju dan suka tips-tips yang dikemukakan. salah satunya memang saya amalakan iaitu dekatkan diri dengan sesi motivasi misalnya setiap pagi sebelum pergi kerja tengok dulu siri motivasi pagi. Sekurang-kurangnya ilmu pun bertambah selain memotivasikan diri sendiri.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. insyaALLAH..sy akan praktik kan ilmu yg d beri ini..bgus gak yer..tol ke kalu warna leh
    kembali kan mood yg positif..tp cmne kte nk taw kte tgk warna 2 mood kte leh kembali ok..leh terangkan tuk sy??

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. Salam Subur.

    Ya, such a Good Tips. Hamba cuma berkehendak tambah sikit aja. Bila waktu pagi, sebelum bergerak berpergian menuju ke opis & juga sebelum memulakan tugas & rutin harian, maka molek sekali “tangki” kita sudah di”clear”kan terlebih dahulu. Akan dirasai kelegaan, kesgaran & keselesaan yg lebih extra.

    Salam Makmur.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Originaler bersama SiTukangMaklum., ASKUM..HIK..hik..lawak benarlah kamu ni ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. Assalam,
    Setelah meneliti point-2 yg diberikan saya tertarik untuk komen point terakhir, kemaafan.
    Dalam hidup kita banyak kesilapan and keterlanjuran yang silih berganti samada sedar atau dibawahsedar, sengaja atau tidak disengajakan, kita hendak dan tak mahu berlaku. Kerungsingan akan ketidaktentuan walau sudah pena telah terangkat, ketentuan dan janji Allah itu tetap benar dan berjalan di atas sunnahtullah. Yang menjadi kebebalan kemarahan kerisauan ketidakkeruan menyelinap di sanubari dgn bisikan halus sang pendendam pembawa ke neraka jahanam. Dendam itulah yg menjahanamkan syaitan dan dendam jugalah dunia keberatakan. Jika setiap kita dapat meyelitkan sifat kemaafan, keamanan dan ketenangan pasti kan mengalir dari hati yang tulus ikhlas lillahitaala. Kenapa tidak kita maafkan , lepaskan dendam kesumat, ketidakpuasan hati, geram, sakit hati, hasad dengki.
    “Ya Allah, jika solat ku, bacaan Al-Quran ku dan ingatan terhadap kematian tidak dapat memadamkan amarah dan egois hati ku, kau ubahkan lah hati ku kepada hati yang lain, Amin”
    Salam keamanan

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. Salam manis..

    Alangkah moleknya andai sebelum tidur kita saling menghulurkan kemaafan sesama ahli keluarga kita..kerana mati itu akan hadir pada bila-bila sahaja tanpa mengira waktu,tempat..

    ..Pasti.. kita akan dijemput jua olehNYA..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. kemaafan sesuatu yg terindah,memberi atau menerima semuanya berasa bahagia,manis senyuman,menusuk kalbu,
    Apakah kemaafah hanya terucap ,menutur kata.
    Gusar dihati tidak redha,aku bisa melantun maaf,apakan daya hatiku dirantai kelam malam,alamnya kabut tebal,tidak bersuluh,lagkahku kacau bilau,tidak terarah,mataku hanya melihat kosongnya alam.
    aku mahu seperti mereka,mehadiakan sebuah kemaafan,mengerti betapa ianya hadiah terindah,tetapi aku patah bila melangkah,hatiku dicarik-carik melihat canda ria insan-insan dujana ini,mereka ketawa atas tangisku.
    aku mahu menhadiahkan mereka kemaafan,Ya allah ,aku mahu menghadiahkan mereka kemaafan,teman – teman aku mahu menghadiahkan kemaafan kepada kalian,keluargaku aku mahu menghadiahkan kemaafan kepada kalian,tapi…tapi…aku buntu,kalian sudah menghirup habih sisa- sisa kemaafan yang tinggal,aku sudah kekeringan…ya…allah aku tahu andai engkau mengetahui lebih dari apa yg aku jagkakan,Aku tersungkur oleh perasaanku sendiri..ya allah jika aku bisa menghadiahkan kemaafan kepada mereka,pasti aku bahagia…
    ya allah ajarkanlah aku ,agar aku bisa memberikan hadiah yg terindah ini kepada mereka semua

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. article amat bagus untuk menaikkan motivasi diri….
    Untuk lebih berjaya amalkan setiap hari…
    Thing positif what ever you do….
    Ingat setiap individu mempunyai kelebihan masing masing oleh itu cari dimana kelebihan anda sudah dapat terus gunakan demi kejayaan …
    ingat kita ini insan luar biasa…kita pasti pasti pasti akan berjaya…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. Syukur atas rencana Yg amat berguna ini.. Ini Yg sering saya lakukan iaitu membaca apa2 Yg motivasikn diri setiap pagi dn mencari artikel Yg sebegini. Sesuatu Yg baru dn menarik tentang warna menaikn mood .. Syabas penulis dn pengongsi maklumat, saya mohon izin Utk kongsi maklumat bersama teman2

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam