7 Sebab Mengapa Suami Patut Hargai Isteri

Share

Melalui email-email aduan masalah rumahtangga yang saya terima. Saya dapati bahawa, salah satu punca utama konflik rumahtangga yang terjadi adalah disebabkan oleh sikap para suami yang TIDAK MENGHARGAI ISTERI selayaknya.

Soalan :

Boleh tak terangkan sebab-sebab mengapa seseorang isteri itu MESTI dihargai?

hargai lah isteri

Berikut ini saya senaraikan 7 sebab mengapa seorang isteri itu patut dihargai.

0" frame="border">
1) Kerana isteri menjadi dinding bagi seorang suami dari api neraka (suami terhindar dari perkara haram seperti zina dan sebagainya).

 

2) Kerana isteri sanggup berkorban menyabung nyawa semata-mata untuk melahirkan zuriat buat suaminya.

 

3) Kerana isteri menjadi penjaga rumah dan segala harta suami, semasa ketiadaan suami dan semasa suami keluar mencari nafkah.

 

4) Kerana isteri sanggup bersusah payah, berletih bersusah menguruskan segala hal dan urusan dalam rumah.

 

5) Kerana isteri menjadi murabbi atau pendidik kepada anak-anak.

 

6) Kerana isteri sanggup abaikan nafsu malasnya dalam menyediakan makan minum untuk suaminya.

 

7) Kerana isteri penghibur dikala sunyi, penerang dikala kelam dan penenang dikala tegang. Kerana isteri adalah pelengkap hidup suami.

 

tugas isteri

Sebenarnya ada banyak lagi sebab-sebab lain. Tapi cukuplah saya senaraikan 7 sebab tu.

Persoalannya sekarang ialah (soalan untuk para suami) ;

Adakah anda benar-benar menghargai isteri anda selama ini? Apakah yang anda lakukan bagi membuktikan bahawa anda sememangnya menghargai isteri anda?

Kepada para isteri, jangan ingat suami saja kena hargai anda. Cuba tanya diri anda ;

Apakah selama ini anda sudah benar-benar memainkan peranan anda sebagai seorang isteri yang baik? Cuba muhasabah diri, layakkah anda dihargai suami sedangkan anda sering culas dan cuai dalam melayani suami anda sendiri???

Sekian, sama-sama lah kita bermuhasabah diri. Betulkan apa yang tidak betul. Saya tulis ni bukan nak tunjuk saya ni baik, tapi untuk mengingatkan dan muhasabah diri saya sendiri juga.

* PERHATIAN! : Kalau anda rasa artikel ini baik dan ada manfaatnya, kongsikanlah dengan kawan-kawan anda yang lain yer. Ilmu bermanfaat, kalau kita kongsi @ sampaikan kepada orang lain, akan menjadi amal jariah (bekal pahala) kita di akhirat kelak, InsyaAllah. Jadi, sebar-sebarkanlah yer. Saya dah SET kan semua artikel dapat di COPY terus dari blog ini. Anda highlight & copy saja mana-mana artikel yang anda mahu. Dan kongsikan. Tapi kalau boleh, tolong la bagi kredit sikit pada blog ini yer. Cuma letakkan link blog pakarhowto.com di akhir artikel yang anda copy, sebagai sumber rujukannya. TQ Wink

~ PakarHowTo ~

(1045)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

7 thoughts on “7 Sebab Mengapa Suami Patut Hargai Isteri

  1. TERIMA KASIH PAKAR,,
    besar pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri kan…
    doakan saya lebih memahami serta akan lebih menyanyangi isteri kesayangan saya….Amin:)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @helmi,
    tuan, sebenarnya artikel ni saya tuju khas kepada diri sendiri.
    sebab saya rasa saya ni agak kurang menghargai isteri…tu pasal la…huhu

    so, kena baiki diri kita masing2.
    hargai lah apa yang kita miliki sebaik mungkin.

    menghargai untuk dihargai ;)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. saling menghargai antara satu sama lain…SubhanALLAH indahnya rumahtangga!
    Kalau kita nak DIHARGAI kita dulu yg perlu MENGHARGAI.
    Sama juga kalau kita nak MENERIMA, kita dulu yang perlu MEMBERI.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. bagaimana pula sebuah rumahtangga di khianati oleh org yg berminat dengan suami juga ketidaksenangan mertua terhadap menantu dengan menggunakan ilmu hitam. akibatnya rumahtangga itu dingin tapi tidak berpecah kerana doa seorang isteri itu setiap masa dan ketika agar Allah memberikan ia kekuatan iman melalui dugaan ini dan mengembalikan kebahagiaan rumahtangganya walaupun sudah 3 tahun kehidupan sebagai isteri tidak di hargai dengan sempurna secara zahir dan batinnya. sama seperti kisah benar diatas, walau apa terjadi seorang isteri tetap redha dan bersyukur kepada Allah kerana menganggap apa yg berlaku adalah ujian Allah kepadanya atas rasa kasih sayang dan cintanya kepada seorang suami.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam