7 Adab Penting Rumah Terbuka (Mesti Baca)

Share

Sempena musim raya ni, pastinya ramai yang dapat jemputan rumah terbuka kan? Terutamanya pada cuti hujung minggu begini? Dalam sehari ada sampai 3~4 jemputan dapat.

Alhamdulillah, kali ini saya sempat menulis 6 Perkara Yang Mesti Dijaga Semasa Pergi Rumah Terbuka untuk peringatan kita bersama.

1. Jaga niat dan tujuan

Kenapa kita pergi rumah terbuka? Adakah kerana ingin merapatkan silaturahim dan saling bermaafan atau untuk memperagakan dan menunjuk-nunjuk baju raya kita yang paling cantik dan mahal pula. AWAS! Tolong jaga niat anda.

2. Jaga aurat

Cuba tengok di cermin. Pakaian yang macammana yang anda pakai. Adakah pakaian anda betul-betul menutup aurat? Adakah ianya menepati syariat? Dan adakah pakaian anda menepati adab dan tatasusila? INGAT! Jangan sesekali bermegah dengan apa yang anda pakai. Kerana sampai satu masa nanti, kain putih sajalah yang meliputi tubuh anda…

3. Jaga masa

Sebelum pergi ke rumah terbuka, kontek dan maklumkan dulu pukul berapa anda dijangka akan sampai. Supaya tuan rumah dapat buat persediaan sepatutnya. Bila dah beritahu waktu sekian-sekian, tepatilah masa tu. Jangan datang ikut sedap anda saja.

4. Jaga solat

Ada orang sibuk pergi ke sana ke mari mengunjungi rumah terbuka sampai solat dia terlupa. Ada orang pakai baju comey-comey, pakai make-up tebal-tebal, sampai nak ambil air sembahyang pun dia tak mahu sebab lebih sayangkan make-up nya. Si tuan rumah pula sibuk ke dapur ke ruang tamu melayan tetamu, sampai terlupa waktu solat telah berlalu. TOLONG YER! Solat itu PALING UTAMA. Jangan kita dok sebuk berumah terbuka, tapi solat tergadai. Takde maknanya…

5. Jaga akhlak dan tatasusila

Kita ada banyak adab dan tatasusila yang mesti diamalkan apabila berkunjung ke rumah orang. Antaranya ialah ;

  • Memberi salam dan bersalaman - Beri salam dengan baik dan jelas. Jangan bersalaman dengan orang yang bukan mahram kita.
  • Meminta izin untuk masuk – Minta lah izin dengan penuh hormat
  • Memendekkan tempoh ziarah – Janganlah duduk melepak rumah orang sampai berejam-jam. Agak-agakla sikit.
  • Mengawal pandangan – Mata tu cuba kontrol yer. Jangan melilau-lilau memandang ikut suka hati jer. Tenung sana, jeling sini. Islam menegah kita dari memandang sana sini (meneroka) dalam rumah orang secara berlebihan.
  • Merendahkan suara – Kot ya pun seronok berbual. Cuba kontrol sikit volume suara anda. Jangan mengganggu ketenteraman orang lain. Hormatilah tetamu lain juga.
  • Meminta izin apabila hendak balik – Kalau dah nak balik tu, at least cakap la elok-elok pada tuan rumah. Jangan la main terus blah jer.
  • Bersalaman dan beri salam sebelum balik – Lepas dah minta izin permisi, bersalaman la dengan tuan rumah. Dan ucapkan salam dengan penuh rasa hormat.

6. Jaga adab makan

Adab makan ni banyak lah kalau nak sebut satu persatu. Tapi yang penting, jangan la anda berebut-rebut semasa mengambil makanan. Rileks la. Kalau dah rezeki anda tu, tak kemana beb. Jika perlu beratur, beraturlah mengikut giliran. Dan kalau ambil makanan tu, jangan ambil banyak sangat. Nampak sangat anda tamak. Ambillah dengan kadar sederhana saja. Dan bacalah bismillah, bacalah doa makan dan makanlah dengan penuh beradab.

7. Jaga mulut

Lepas dah pergi rumah terbuka. Jangan la kita dok sebuk membanding-banding pula. “Rumah orang ni BEST”. “Rumah orang tu makanan tak cukup”. “Rumah orang sana jamu mee goreng saja”. “Rumah sini air tak sedap la” dan macam-macam komplen lagi lah. Toksah la kita pi compare sana sini. Bersyukurlah dengan apa yang dijamu. Terimalah seadanya apa yang disediakan oleh tuan rumah atau pihak yang menganjurkan. Sedarlah bahawa Allah SWT tidak menilai sesuatu perbuatan itu melainkan akan dilihat terlebih dahulu kepada niat di hati.

Itulah 7 perkara yang mesti kita jaga jika kita menghadiri mana-mana majlis RUMAH TERBUKA atau menghadiri mana-mana majlis pun, terutama sekali sepanjang menyambut HARI RAYA AIDILFITRI ini.

Semoga panduan ringkas ini memberi menfaat kepada kita semua. Apa yang penting ialah kehadiran kita di majlis rumah terbuka akan MENGGEMBIRAKAN Tuan Rumah dan MENGERATKAN TALI SILATURRAHIM antara semasa kita.

(676)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

3 thoughts on “7 Adab Penting Rumah Terbuka (Mesti Baca)

  1. Tambahan sikit dari saya:

    Jaga Anak:

    Ada dikalangan ibu bapa yang tidak mempedulikan langsung tingkah laku anak-anak bila berada di rumah orang. Jagalah sikit perasaan tuan rumah, memanglah tuan rumah menyatakan “buatlah seperti rumah sendiri” tetapi janganlah sampai membiarkan anak-anak membuas, mengusik barang hiasan, membaling batu ke dalam kolam ikan tuan rumah..
    bila semua barang itu rosak, bukannya mudah untuk kita gantikan.. tuan rumah mungkin berkata tak apa, tetapi didalam hatinya kita tak tahu.. mungkin harga dan nilai sentimental barangan tersebut terlalu mahal buat tuan rumah yang kita sendiri tak mampu menggantikannya..
    Fikirlah sebelum dosa anak anak itu terpalit pada kita di setiap rumah yang dikunjung..
    Terima kasih. :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @LorD96,
    Terima kasih banyak2…
    Bagus tambahan input ni… :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @LorD96, kena anak2 yang baik mmg molek tingkahnya sebab cara didikan ibu bapa mereka berkesan, jika d bandingkan pula dengan anak2 yang jenis tidak duduk diam kadangkala ibu bapa kurang ketegasan buat mereka sendiri pening dan rungsing hati.

    Maka sekiranya keadaan begitulah yang bakal terjadi lebih afdal si ibu bapa tersebut berkunjung kerumah teman2 atau sanak saudaranya seketika sahaja sb dikhuatiri anak2 akan lebih rancak dri sebelum kedatangannya..
    surihati_ku´s last blog post ..Cara Menjana Kemahiran Motor Halus Anak

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam