6 cara buatkan orang suka dengan kita

Saya nak kongsi dengan korang 6 tips yang saya amalkan untuk buatkan orang suka dengan saya.

InsyaAllah kalau korang dapat praktikkan ni, pasti korang akan dapat ramai kawan. Tak caya cubalah.

1- SUKA PADA ORANG LAIN
Syarat pertama dan utama untuk anda disukai orang ialah ANDA MESTI SUKA PADA ORANG LAIN dulu. Anda seharusnya mempunyai perasaan minat dan suka pada orang lain dengan ikhlas. Kalau anda tak suka pada orang lain, mana mungkin anda akan disukai oleh orang lain pula. Betul tak?

cara buat orang suka

2- SENYUM
Senyumlah sentiasa. Semua orang suka pada orang yang murah senyumannya. Senyumlah dari hati. Walaupun muka anda tak hensem, tapi kalau anda senyum, pasti nampak lebih manis dan menarik. Senyuman itu, selain memaniskan muka, ia juga dapat pahala. Sebab senyum itu kan sedekah.

3- INGAT NAMA dan SEBUT NAMA ITU DENGAN NADA YANG PALING MESRA
Semua orang suka kalau namanya diingati. Cuba bayangkan kalau ada kawan anda yang tidak mengingati nama anda. Apa perasaan anda? Jadi, sila ingat betul-betul nama seseorang jika ingin disukai. Dan kalau boleh, ingat nama panggilan yang paling disukainya, dan panggillah dia dengan nama panggilan tersebut dengan penuh kemesraan.

4- JADILAH PENDENGAR YANG BAIK
Jadilah pendengar yang baik lagi setia kalau mahu diri anda disukai. Tapi persoalannya bagaimana mahu menjadi pendengar yang setia??

Senang saja, kurangkan bercakap tentang diri sendiri sebaliknya banyak memberi peluang kepada orang lain untuk bercerita tentang diri mereka. Tanya soalan dan beri dorongan kepada orang lain supaya mereka seronok bercerita tentang kisah-kisah dan pengalaman mereka.

5- BERCAKAP PADA TOPIK YANG MENARIK PERHATIAN ORANG LAIN
Kalau anda suka bercerita dan bercakap, pastikan anda hanya bercakap tentang perkara-perkara yang disukai oleh dia. Kalau mereka minat politik, cakap hanya pasal politik. Kalau mereka minat pasal bola, cakaplah pasal bola.

Jangan banyak bercakap pasal apa yang anda minat (kecuali kalau dia pun ada minat yang sama). Kalau anda hanya suka bercakap pasal perkara yang anda minat, pasti orang lain akan berasa jemu dan bosan dengan anda. Jadi ingat! Hanya bercakap tentang perkara-perkara yang orang lain minat.

6- BUATKAN ORANG LAIN RASA DIRI MEREKA PENTING DAN DIHARGAI
Kalau boleh cuba buatkan orang lain berasa bahawa diri mereka itu sangat penting pada anda. Dan anda sangat menghargai diri mereka. Buatlah mereka berasa sedemikan DENGAN IKHLAS. Tunjukkan keihkhlasan anda pada mereka. Hormati dan hargailah mereka seperti yang sepatutnya.

Itu saja 6 cara untuk buatkan orang suka dengan kita.

Ayuh amalkan. Jangan sekadar baca saja.

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(622)

1,320 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(5)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam